RAKYAT MANEK URAI TETAP KENANG JASA PAKSU WEI

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, July 9, 2009

Allahyarham Pak Su Wei (Hj Ismail Yaakob) telah pergi buat selama-lamanya, namun rakyat Manek Urai tetap kenang jasanya selama-lamanya juga. Pemergian Paksu Wei amat sukar dicari ganti, sikapnya yang selalu merendah diri, mudah mesra dengan sesiapa sahaja membuatkan rakyat begitu menyayanginya. Beliau amat baik orangnya, suka menolong orang tanpa mengira fahaman politik, hidup penuh dengan kesederhanaan, susah senang bersama rakyat, tetap berkhidmat dengan rakyat walaupun tidak menjadi wakil rakyat pada tahun 2004-2008.

Pak Su Wei sejak menyertai pilihanraya dari 1986 tidak pernah kalah bertanding, 2004 beliau tidak bertanding kerana memberi laluan pada orang lain. Tetapi tahun tersebut Manek Urai terlepas ke tangan BN. Beliau bertanding semula pada pilihanraya umum 2008 dan merampas semula kerusi tersebut dari BN.

Watak dan sikap Paksu Wei sedikit sebanyak ada pada Abe Uji (Fauzi Abdullah), calon PAS Manek Urai. Beliau seorang peniaga ikan di bandar Kuala Krai, kalaupun tidak menyamai keperibadian Paksu Wei, tetapi kepekaan terhadap masalah rakyat, mudah mesra kepada sesiapa, suka membantu mereka yang memerlukan bantuan, kelebihan yang lain, beliau boleh mengimami solat, membaca khutbah dan tazkirah dengan baik dan berkesan. Sikap dan watak inilah yang cukup disenangi oleh rakyat Manek Urai.

Tugas sebagai Penyelia DUN Guchil dan Ahli Majlis Daerah Kuala Krai menjadikan Abe Uji sangat dekat dengan rakyat, pengalaman itulah yang memudahkan beliau berkhidmat dengan rakyat dengan lebih cemerlang.

UMNO BN cuba memperkecilkan Abe Uji sebagai orang yang tidak terpelajar dan berpendidikan tinggi berbanding dengan calon BN. Mereka silap membuat perhitungan, UMNO BN mengukur berpendidikan tinggi mesti mereka yang memiliki sijil diploma atau ijazah. Sedangkan Abe Uji merupakan lepasan pengajian pondok yang juga mempunyai pendidikan tinggi dalam bidang agama, cuma pengajian pondok secara tradisional itu tidak ada upacara penyampaian skrol setelah tamat pengajian. Pengajian pondok pula sebenarnya tidak ada tempoh tamat pengajian, mengajilah selama manapun, tidak ada tempohnya dan tidak ada yuran tetap yang dikenakan.

Ternyata Abe Uji terpelajar orangnya, keterpelajarannya dibuktikan melalui fikiran dan tindakan sewaktu memimpin PAS di peringkat cawangan dan kawasan, sewaktu bertugas sebagai Penyelia DUN Guchil dan Ahli Majlis Daerah Kuala Krai, beliau sering memberi pandangan-pandangan yang bernas, pandangannya sentiasa dihormati oleh semua Ahli Majlis Daerah yang lain.

Beliau tidak berpendidikan tinggi bukan kerana tidak ada kemampuan dari sudut akademik, tetapi kemungkinan tidak ada peluang ketika itu, dan beliau lebih memilih untuk mengaji dipondok secara tradisional. Latar belakang keluarga dan adik beradiknya yang seramai 8 orang itu semuanya berpendidikan tinggi dan terpelajar, antaranya berjaya dalam bidang perniagaan, pensyarah, jurutera dan consultant. Salah seorang anaknya juga sedang menuntut di USM, yang lain-lain masih menuntut di peringkat menengah dan rendah lagi.

Rakyat Manek Urai bijak menentukan siapa wakil rakyat mereka. Berilah kepercayaan kepada rakyat memilih wakil rakyat yang boleh menjiwai permasalahan mereka. Dan Abe Uji ternyata calon suka ramai Manek Urai.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!