AMANAT PRESIDEN MELEGAKAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, November 3, 2009


Amanat dan taklimat Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS kepada pimpinan PAS Negeri dan Kawasan-kawasan seluruh Perak di Markaz PAS Air Kuning petang tadi melegakan semua yang hadir.

Datuk Seri Presiden berada di Perak bagi menghadiri jemputan ceramah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Bagan Serai. Mengambil kesempatan tersebut, PAS Negeri Perak memanfaatkan kunjungan Presiden ke Perak dengan menganjurkan majlis amanat dan taklimat Presiden kepada semua pimpinan negeri dan kawasan-kawasan.

Dalam amanat & taklimat serta diikuti dengan soal jawab, Datuk Seri Presiden telah menjelaskan beberapa kekeliruan yang timbul akibat mainan media.

Semua pimpinan kawasan yang hadir merasa puas hati dengan penjelasan tersebut. Media BN sering melaporkan bahawa berlaku perpecahan dalam parti, dengan penjelasan Presiden dapatlah disimpulkan bahawa yang berlaku bukan perpecahan dalaman tetapi perbezaan dan perselisihan pendapat yang boleh diselesaikan dengan kaedah yang bijaksana.

Datuk Seri Presiden juga memberi amanat penting kepada pimpinan PAS Kawasan agar membuat persiapan yang bersungguh-sungguh bagi menghadapi kemungkinan berlaku pembubaran DUN Perak. Jentera pilihanraya di semua peringkat hendaklah bergerak lebih aktif dan agresif.



About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!