SEMINAR MEMPERKASAKAN PARTI

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, November 7, 2009

Lebih 1000 pimpinan PAS semua peringkat memenuhi Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar dalam Seminar Memperkasakan Parti yang dianjurkan oleh PAS Pusat. Seminar tersebut diadakan ekoran isu-isu yang dibangkitkan oleh YAB Mursyidul AM.

Seminar dimulakan dengan pembentangan ucaputama Presiden yang bertajuk "Memperkasakan Parti, Mendepani Kemenangan Dalam Pilihanraya ke 13".

Seminar tersebut turut menjemput ahli akademik Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Prof Madya Dr. Abu Hasan Hasbullah. Kedua-dua tokoh tersebut telah diberi penghormatan untuk memberi pandangan-pandangan yang kritikal terhadap PAS itu sendiri. Sesi soal jawab yang diadakan agak panas namun terkawal dengan baik apabila bertubi-tubi soalan dikemukakan kepada Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Bari.

Soalan-soalan yang dikemukakan berkisar tulisan beliau yang banyak menimbulkan kontravesi sejak kekalahan PAS di Bagan Pinang. Kenyataan terkini mengenai kepimpinan PAS dalam wawancara bersama Malaysiakini juga banyak dibangkitkan oleh peserta.

Seminar kali ini memperlihatkan keterbukaan PAS dan kepimpinannya dalam menanggapi isu-isu dalaman parti. Dua tokoh akademik tersebut bebas mengutarakan pandangan dan kritikan hasil dari kajian dan persepktif umum rakyat Malaysia terhadap PAS dan pemimpinnya. Para media dan blogger juga tidak dihalang membuat liputan.

Semua pimpinan tertinggi parti termasuk Mursyidul AM PAS hadir mengikuti seminar ini. Kritikan-kritikan terhadap mereka diterima dengan hati terbuka oleh pimpinan.

Sebelah petang seminar dibuka untuk perbahasan ucaputama Presiden oleh wakil-wakil negeri.

Jelas dari pandangan-pandangan yang dikemukakan dalam seminar semuanya bersetuju bahawa Pakatan Rakyat hendaklah diperkukuhkan, manakala hubungan politik dengan UMNO ditolak sama sekali.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!