POLIS CUBA HALANG ADUN PR MEMASUKI DEWAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, March 30, 2010

Berlaku sedikit kekecohan sebelum sidang dimulakan pagi tadi. Kekecohan berlaku di pintu dewan persidangan. Kekecohan berpunca apabila polis yang begitu ramai di setiap pintu masuk dewan persidangan menghalang Adun PR menggunakan pintu tersebut atas arahan Speaker.

Speaker haram Ganesan telah mengarahkan pintu-pintu tertentu digunakan oleh Adun BN sahaja, manakala Adun PR diarahkan menggunakan pintu yang berbeza. Ini mengundang kemarahan Adun PR yang dinafikan hak untuk menggunakan sebarang pintu di dewan persidangan.

Sebelum sidang dimulakan, seorang Adun PR YB Datuk Ngeh Kho Ham bangkit mempertikaikan kehadiran pihak polis yang begitu ramai di Dewan Undangan Negeri. Sususlan itu semua Adun PR mendesak semua pihak polis keluar dari dewan kerana mereka tidak ada hak berada dalam dewan. Walaupun alasan yang diberikan untuk mengawal keselamatan, tetapi ia tidak berasas sama sekali. Dalam sidang yang lepas, anggota polis diperkudakan oleh BN untuk menyerbu masuk ke dalam dewan lalu mengkasari Adun-adun PR dan mengangkat, mengheret serta mengurung Sivakumar dengan kasar dan biadab.

Suasana reda dan tenang setelah Tuanku Raja Muda masuk ke dewan untuk menyampaikan titah ucapan perasmian pembukaan sidang DUN. Setelah titah ucapan tuanku tamat, sidang ditangguhkan.

Berlaku sekali lagi keanehan dalam jadual sidang kali ini. Tidak ada jadual perbahasan ucapan titah Tuanku oleh semua Adun. Ini menimbulkan sangsi kepada Adun PT bahawa sidang kali ini juga sebagaimana sidang 7 Mei 2009 yang lalu, dalam sidang yang lalu titah Tuanku tidak dibahas.

Menurut Adun-adun PR, ini satu penghinaan kepada Tuanku sendiri. Ucapan Tuanku begitu bernas, ia merangkumi semua aspek. Tetapi Titah tidak berarti sekiranya tidak ada perbahasan. Perbahasan adalah ruang yang terbaik untuk semua Adun memberi respon. Adun PR mahu MB Perak memastikan esok semua Adun diberi peluang yang adil bagi mengambil bahagian dalam perbahasan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!