BUKU JINGGA BERJAYA DILANCARKAN DI PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, March 24, 2011

Buku Jingga yang sangat digeruni oleh UMNO BN akhirnya berjaya dilancarkan di negeri Perak pada beberapa hari yang lalu di Dewan Chin Woo, Ipoh. Pelancarannya cukup sederhana tetapi meriah dan penuh berarti kepada rakyat Perak.

Buku Jingga ini menjadi isu utama perbahasan di Dewan Parlimen, hampir semua Ahli Parlimen BN yang mengambil bahagian dalam perbahasan titah diRaja menjadikan buku jingga sebagai isu utama, seolah-olah mereka sedang mengambil bahagian dalam konvensyen Buku Jingga Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan Buku Jingga yang dilancarkan disetiap negeri termasuk Perak sangat menggerunkan dan menggetarkan UMNO BN.

Mereka kepanasan apabila tawaran PR dalam Buku Jingga tersebut dapat menarik hati rakyat berbanding dengan usaha mereka sepanjang menerajui negara yang banyak membebankan rakyat, lebih-lebih lagi tawaran 100 hari PR memerintah negara.

Dalam majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini, kesemua pimpinan utama di semua peringkat hadir, begitu juga para ADUN dan Ahli Parlimen PR Perak. Turut hadir beberapa pimpinan Ngo Perak seperti ABIM, Jamai'e dan sebagainya. Program dimulakan dengan beberapa ceramah pendik oleh beberapa ADUN PR, majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, diikuti ucapan Tim. Pengerusi PKR, ucapan Pengerusi DAP Perak, penerangan Buku Jingga oleh YB Dr. Zulkifly Ahmad dan ucapan penutup oleh YB Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin.

Risalah dan Buku Jingga diedarkan kepada orang ramai yang hadir termasuk para wartawan. Selepas ini Buku Jingga bakal diedarkan ke seluruh pelusuk di Perak. Majlis-majlis penerangan juga bakal diadakan nanti. Rakyat perlu tahu kandungan Buku Jingga yang berupa tawaran PR kepada rakyat sekiranya diberi mandat menguasai Putrajaya dalam PRU akan datang.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!