Pelancaran Buku Jingga peringkat Pakatan Rakyat Perak

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, March 9, 2011

Demokrasi adalah hak asasi kita sebagai rakyat Malaysia yang mahu melihat proses penyuburan dan kepedulian rakyat ditangani dengan tatakelola yang baik. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pemimpin yang dipilih memikul tanggungjawab dan amanah yang mesti dijalankan dengan adil.

Segala kecuaian dan aktiviti-aktiviti pembaziran mesti dibenteras bersama demi kebaikan rakyat dan negara. Kerana pembaziran itu adalah sifat Syaitan seperti yang telah dijelaskan dalam Al-Quran dalam surah Al-Israk ayat ke 27 yang bermaksud "Sesungguhnya orang yang membazir itu dalah saudara Syaitan"

Pakatan Rakyat juga telah sebulat suara bertekad dalam menyusun atur program transformasi dan reformasi agar matlamat dan kebaikkan program-program yang telah dan akan dilaksanakan itu dinikmati sepenuhnya oleh rakyat tanpa membatasi etnik ,bahasa dan perbedaan budaya. Maka Pakatan Rakyat telah berikrar dalam Dasar Bersama yang menjadi paksi kesepakatan dan dasar ini adalah iltizam kami untuk mengalih hala tuju Negara dan bangsa ke landasan yang betul.

Asas-asas yang dijelaskan dalam Dasar Bersama adalah:-

1. Memartabatkan dan menyuburkan demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat.

2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mapan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.

3. Keadilan sosial yang menjamin pembangunan insan secara menyeluruh

4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar Negara yang adil-setara.

Justeru Pakatan Rakyat peringkat Negeri Perak akan mengadakan satu Majlis Pelancaran buku jingga, yang akan diadakan pada 13 Mac 2011 bersamaan hari Ahad, jam 9 Malam bertempat di Markas PAS Pekan Chemor, Ipoh Perak

Antara pimpinan yang akan menjayakan majlis tersebut ialah, YB Dato' Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS ), Ust. Abu Bakar Hussain (Pesuruhjaya PAS Perak), YB Dato' Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak), Dr. Muhamad Nur Manuty (Pengerusi MPN PKR Perak) dan YB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat ).

Pakatan Rakyat Perak, seluruh rakyat serta rakan-rakan media untuk turut hadir dalam majlis pelancaran buku jingga tersebut,.

Dengan berbekalkan iltizam, kesepakatan dan keyakinan bersama, marilah kita berganding tenaga untuk memastikan perencanaan dan matlamat yang kita sasarkan seperti tercatat dalam Buku Jingga ini dapat kita laksanakan. Semoga,pelancaran Buku Jingga ini dapat mengembalikan semula semangat perjuangan kita untuk terus turun bersama-sama, berkhidmat dan berkorban demi masa depan Malaysia.Oleh itu saya menyeru kepada semua,

"Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!"

Misbahul Munir Haji Masduki
( Pengarah Bersama Majlis Pelancaran
Buku Jingga Peringkat Negeri Perak)

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!