PRESIDEN YAM BERUCAP DALAM KONGRES ANTARABANGSA KESATUAN KOMUNITI MUSLIM.

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, May 28, 2010


Yayasan Amal Malaysia (YAM) menempah sejarah apabila Presidennya diberi peluang membentangkan kertas kerja mengenai peranan Ngo Islam bagi membawa misi kemanusiaan & dakwah ke seluruh negara. Pengalaman YAM bersama Ngo yang lain di serata dunia menjadi contoh keprihatinan Islam terhadap umat manusia tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

Ucapan yang disertai dengan persembahan power point menarik minat sidang konvensyen. Sebelum ini ucapan wakil-wakil negara banyak menyentuh isu politik dan ekonomi, jarang yang menyentuh secara khusus nasib mengenai umat Islam yang sering ditimpa musibah, kemiskinan, kemunduran, kejahilan dalam agama dan sebagainya. Ucapan Cikgu Husein selaku Presiden banyak menyentuh isu-isu kemanusiaan yang melanda umat Islam di negara-negara yang masih lagi mundur. Presiden YAM mengajak seluruh ngo dari negara-negara umat Islam tampil ke hadapan dalam membantu dan menangani permasalahan umat dalam bidang agama, pendidikan dan pembangunan insan.








Persidangan Antarabangsa Kesatuan Komuniti Muslim ke 19 telah bermula semalam. Ucap utama telah disampaikan oleh Prof Dr. Necmettin Erbakan, Penasihat Parti Saadet Turki yang juga mantan Perdana Menteri Turki. Lebih 70 buah negara umat Islam yag diwakili oleh parti-parti Islam dan Ngo Islam menyertai kongres ini. Malaysia diwakili oleh PAS, Kerajaan PAS Kelantan dan Yayasan Amal Malaysia.

PAS diwakili oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Awang, Presiden PAS dan YB Salehuddin Ayob, Naib Presiden PAS. Manakala Kerajaan Kelantan diwakili oleh YB Che Abdullah Mat Nawi, EXCO Asas Tani dan Bio Teknologi, YB Zulkifli Mamat, YB Abdullah Yaakob.

Yayasan Amal pula diwakili oleh Cikgu Husein Ismail Presiden YAM, YB Dr. Abdul Rani Naib Presiden dan beberapa Jawatankuasa Amal Pusat.

Dalam ucap utama yang disampaikan semalam beliau mengajak seluruh negara Islam bersatu mengagaskan pembangunan ekonomi umat Islam bagi berdepan dengan kuasa besar dunia yang ekonominya dikuasai oleh Yahudi. Seluruh gerakan Islam yang mewakili negara masing-masing hendaklah disatukan di bawah satu gagasan Economic and Social Researches Centre yang berpusat di Instanbul. Tema kongres kali ini "Yeni Bir Dunya: Nicin? Nasil?" (Bahasa Turki)/ A New World Order: Why? How ?.

Ucapa utama yang disampaikan oleh Erbakan dibahaskan oleh wakil-wakil dari seluruh negara. YB Datuk Presiden PAS juga turut membahaskan ucapan tersebut dengan beberapa gagasan dan pandangan, menurut beliau seluruh dunia Islam perlu kembali kepada roh Islam yang sebenar, ajaran Al Quran dan Sunnah sudah cukup lengkap bagi menjawab isu-isu berkaitan dengan ekonomi dan politik. Tanpa Islam dunia Islam tidak mampu berdepan dengan Yahudi dan Amerika yang menguasai politik dan ekonomi dunia masa kini.
Antara pemimpin gerakan Islam yang turut mengambil bahagian membahaskan ucap utama Erbakan Prof Gazi Husein Ahmed (Presiden Jamiat Islami, Pakistan), Ustaz Rashid Ghonusi (Tunisia), Ustaz Lutfi Hasan Ishak (Parti Keadilan Indonesia) dan beberapa pemimpin ternama gerakan Islam dunia.

Sesi petang ini, Cikgu Husein Ismail akan berucap mewakili Ngo Malaysia. Beliau dijangka akan menyentuh peranan Ngo Islam diseluruh negara yang mesti bersatu dalam membawa misi kemanusian dan dakwah di negara-negara yang ditimpa musibah atau mana-mana negara yang masih mundur dalam aspek pembangunan kemanusiaan itu sendiri.
















YAYASAN AMAL MALAYSIA MENYERTAI PERAYAAN 500 TAHUN KEJATUHAN KONSTANTINOPEL

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, May 25, 2010

Yayasan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya Cikgu Hussin Ismail dan 5 orang Jawatankuasa YAM yang lain , Sdr. Hamid Seman, Hj Affendi, YB Dr. Rani, sdr. Zaman dan saya sendiri berlepas ke Istanbul pagi ini 26 Mei. Yayasan Amal Malaysia dijemput oleh Economic and Social Researches Centre yang peneraju utamanya sebuah parti Islam iaitu Parti Saadat Turki, program tersebut diadakan sempena sambutan memperingati 500 tahun penawanan kota Konstantinopel. Sehari sebelum ini YB Datuk Seri Presiden, YB Salehuddin Ayob dan beberapa pimpinan PAS yang lain telah berangkat ke Isntanbul bagi menghadiri program yang sama.Sepanjang 5 hari berada di Instanbul, beberapa program telah diatur sempena dengan sambutan 500 tahun Konstantinopel ditawan oleh Sultan Muhammad Al Fateh. YB Datuk Seri Presiden PAS akan membentang kertas kerja dalam program 19th International Congress of the Union of Muslim Communities. Manakala Cikgu Hussin Ismail selaku Presiden YAM akan
memperkenalkan Yayasan Amal Malaysia sebagai sebuah ngo yang aktif dalam misi kemanusian di serata dunia yang ditimpa musibah. YAM telah dikenali ramai di merata dunia Islam apabila sering terlibat aktif dalam misi kemanusian, yang terkini wakil YAM Sdr. Jamaluddin Elias, Timbalan Presiden YAM dipilih bersama 4 yang lain dari Malaysia menyertai misi menyampaikan bantuan perubatan dan makanan ke Gaza melalui Turki.

Kami yang lain terlibat sebagai peserta dalam beberapa persidangan yang dianjurkan oleh Kerajaan Turki sempena dengan perayaan 500 tahun kejatuhan Konstantinopel.

Dalam perjalanan pulang nanti. kami juga akan singgah di Dubai untuk bertemu dengan rakyat Malaysia yang bekerja di sana.

PAS PERAK ANJUR KARNIVAL PERDAGANGAN

Dicatat oleh MisbahulMunir

PAS Perak melalui Lajnah Ekonomi akan menganjurkan Karnival Pedagangan di Masjid Kg. Melayu, Subang bermula 28 Mei - 30 Mei 2010. Sepanjang program berjalan, berbagai-bagai program dan acara dijalankan seperti ceramah, nasyid dan sebagainya. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai.

KONVOI KE GAZA BERTOLAK HARI INI

Dicatat oleh MisbahulMunir

Konvoi ke GAZA akan bertolak dari Pelabuhan Antalya, Turki pagi ini
25 Mei 2010, Selasa (K. Lumpur) - Pasukan Konvoi ke Gaza dengan Misi Kemanusiaan untuk rakyat Gaza di jangka berlepas dari Pelabuhan Antalya, Turki pada 10.00 pagi ini waktu Malaysia (waktu tempatan 9.00 malam).

Menurut wakil kami Tn Hj Jamuliddin Hj Elias yang juga Timbalan Presiden AMAL Malaysia, beliau akan berlepas malam ini waktu tempatan. Berikut adalah sms yang di hantar oleh beliau dari Pelabuhan Antalya, Turki : "Salam,Dari Istanbul 22mei ke Angkara 7jam by bas. 23mei ke Port Antalya 8jam by bas. 24mei jam 9pm boarding kapal bersama lebih 100 Ngo seluruh dunia.selps subuh (waktu M'sia 10am 25mei ) kami keGaza 15jam.

Jangkaan jika tiada gangguan 15hari (selesai) info terbaru 16 kapal perang israel n ratusan kapal lanun(Israel army menyamar) sudah ada di Lautan Mediterranean) kami standby 3 bulan, akan berusaha masuk dgn apa cara sekali pun. Jika sy meninggal dunia, sy mohon maaf zahir batin C Husin fwd kwn2, umi fwd adik beradik (YDP MPK tlg maklum pd full council), YB Dr Rani maklum kwn2 (now, sy boarding Kapal go to Gaza..Hj JE at port Antalya, Tukri."
Menurut beliau lagi sewaktu di wawancara secara langsung oleh wartawan Radio IKIM.FM pada 10.00 malam tadi, beliau mengharapkan sangat doa dari rakyat Malaysia dan berterima kasih di atas sokongan. Sumbangan dari rakyat Malaysia untuk Ummat Palestin akan beliau usaha untuk sampaikan sendiri kepada mereka sebab ini adalah amanah yang telah di berikan kepada beliau oleh rakyat Malaysia khususnya.

Sekian.

AMA2010


Setiausaha PAS Kawasan Gerik Hj Damanhuri bin Din telah meninggal dunia petang semalam. Beliau terlibat dengan kemalangan jalanraya sewaktu dalam perjalanan dari masjid Gerik ke sebuah restoran untuk makan malam bersama dengan tuan guru yang mengajar di masjid tersebut. Beliau yang menaiki motosikal telah merempuh sebuah lori yang berhenti di tepi jalanraya. Beliau dikejarkan ke hospital Gerik dalam keadaan yang kritikal. Keesokan harinya beliau dikejarkan pula ke hospital Besar Ipoh untuk menjalani rawatan lanjut. Namun Allah swt lebih menyayanginya, beliau dijemput oleh Allah pulang ke Rahmatullah kira-kira jam 4.00 petang lebih.

Saya bersama PJ, Bendahari dan beberapa pimpinan PAS yang lain sempat menziarahi jenazahnya di Hospital Besar Ipoh, setelah sama-sama menguruskan jenazah untuk dimandikan, dikafan dan di sembahyangkan, kira-kira jam 9.00 malam jenazah terus dibawa pulang ke Gerik untuk disembahyangkan sekali lagi di masjid daerah Gerik.

Beliau meninggalkan seorang balu, 9 orang anak dan 6 orang cucu. anak yang paling kecil masih bersekolah di Tingkatan 3.

Pengalaman menguruskan jenazah untuk dibawa pulang ke Gerik wajar diberi perhatian samaada oleh pihak polis dan pihak hospital. Prosedur yang terlalu ketat untuk mengeluarkan jenazah dari hospital wajar dikaji semula.

Bayangkan keluarga simati terpaksa menunggu berjam-jam selepas kematian semata-mata menunggu laporan polis dari Gerik bagi membuat pengesahan dan mengambil gambar. Laporan pula mesti dihantar dengan tangan oleh pihak polis di daerah berlakunya kemalangan.

Jenazah meninggal dunia kira-kira jam 4.00 petang, dan terpaksa menunggu berjam-jam menanti ketibaan polis Gerik. Setelah pihak polis datang hanya untuk menyerahkan laporan dan mengambil gambar yang tidak sampai pun 5 minit, barulah jenazah dibenarkan dibawa pulang ke Gerik pada jam 9.00 malam. Manakala ahli keluarga, saudara mara, rakan taulan dan sahabat handai menunggu ketibaan jenazah sejak petang lagi. Kira-kira jam 12.00 tengahmalam barulah jenazah disembahyangkan dan terus dikebumikan.

Pihak polis, pihak hospital dan mana-mana pihak yang berkaitan wajar mengkaji semula prosedur yang ketat ini. Prosedur ini hanya menyukar dan melambatkan proses pengkebumian, jenazahnya di setengah-setengah tempat dibiarkan begitu sahaja tanpa diuruskan sementara menunggu pihak polis yang berkaitan. Prosedur hendaklah dipermudahkan supaya pihak keluarga, sahabat handai dan terutamanya jenazah tidak perlu menunggu begitu lama.

PAS KESAL NAJIB HALANG SIASATAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, May 24, 2010


PAS kesal Najib Halang Siasatan Umno Bina Ibupejabat Di PWTC Guna Wang Rakyat
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.
Semalam Barry Wain mempertahan fakta bukunya 'Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times' dan turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM 100 Bilion.
Disember tahun lepas Najib menyebut;
"tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,”
Ini adalah satu alasan yang cuba melindungi Mahathir dan kepentingan Umno. Najib bersubahat dalam hal ini begitu juga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka turut menyambung legasi penyelewengan Mahathir.
Sehingga kini Umno gagal menyangkal dakwaan Wain bahawa bangunan PWTC yang mereka duduki sekarang adalah hasil dari wang rakyat yang diselewengkan. Malah dakwaan Wain bahawa ketika Daim menjadi Menteri Kewangan terdapat satu akaun dana politik khas diperuntukan untuk Umno bernilai puluhan juta juga tidak dinafikan oleh mana-mana pemimpin Umno.
PAS persoalkan kenapa Najib begitu takut untuk membenarkan hal ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?
Rakyat menghargai sumbangan Mahathir, tetapi itu bukan alasan untuk menyembunyikan fakta penyelewengan yang telah dilakukan dan disambung oleh pemimpin selepasnya.
Rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyelamatkan wang negara dari terus diselewengkan oleh Umno-BN. Dakwaan Wain harus disiasat dan segala dokumen yang beliau miliki harus didedahkan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

ISU PAS JUMPA PADERI : KENYATAAN PENUH PAS PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, May 21, 2010


Pembetulan Laporan Akhbar Sinar Harian 20/05/2010:

Merujuk Laporan Akhbar Sinar Harian 20/5/2010 hari ini (semalam), saya ingin menyatakan kekesalan kerana beberapa fakta yang kurang tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional. Bahkan tajuk akhbar "Kristian Tolak Pas" (muka depan) dan Kristian tidak minat sertai Pas: Nizar" di halaman PK4 adalah tersasar daripada hakikat pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu dilafazkan oleh DS Nizar semasa sidang akhbar tersebut.

Selaku moderator dialog tersebut dan salah seorang pimpinan Pas yang turut serta memberikan kenyataan akhbar saya ingin betulkan fakta-fakta berikut:

i/ Perjumpaan Pas Perak dengan pimpinan gereja-gereja seluruh Kinta adalah di atas jemputan Pas. Matlamatnya adalah untuk saling berkenalan dan memahami di antara satu sama lain.

ii/ Perjumpaan tersebut bukan untuk mengajak pimpinan gereja untuk menyatakan sokongan kepada pas. Sebagai satu entiti agama, pihak gereja adalah dilarang terlibat dalam politik kepartian. Namun pihak gereja menyatakan mereka bebas menyatakan sikap tentang isu-isu keagamaan dan isu-isu kepentingan rakyat atau negara.

iii/ Tidak pernah mana-mana pimpinan gereja yang berucap sama ada menyatakan sokong atau tolak Pas. Kenyataan yang mereka keluarkan hanyalah mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan Pas untuk bersemuka dengan mereka walaupun Pas berhadapan risiko.

iv/ Dalam sesi dialog pihak gereja meminta penjelasan Pas tentang isu-isu - peranan ulama dalam memberi fatwa, isu hak keluarga yang ditinggalkan oleh suami yang memeluk Islam, isu hak rakyat bukan Islam dalam hal-hal minuman keras dan hiburan serta isu kenapa hingga kini orang bukan Melayu masih dilabelkan sebagai pendatang. Isu penggunaan kalimah Allah disentuh secara ringkas sahaja. Akhirnya pihak pimpinan gereja memuji kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan yang mereka sebutkan sebagai ahli kepada semua rakyat dan memastikan amalan kebebasan agama berlaku dengan baik di Kelantan.

v/ Di pihak Pas, kami berusaha untuk menerangkan konsep-konsep utama dalam hubungan antara agama yang menjadi prinsip-prinsip Islam iaitu - tidak ada paksaan dalam kepercayaan, Islam adalah agama rasmi negara ini, hak rakyat untuk mengamalkan agama masing-masing, prinsip-prinsip keadilan islam dan prinsip Pas tidak menerima perjuangan berasaskan perkauman.

DR. HJ KHAIRUDDIN BIN DATO' ABD. MALIK
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PERAK

PAS PERAK JAWAB SALAH LAPOR SINAR HARIAN

Dicatat oleh MisbahulMunir


PAS Perak kesal di atas laporan yang tidak tepat oleh Sinar Harian semalam. Laporan tersebut dilihat tidak profesional dan mengelirukan. Tajuk utama akhbar "Kristian Tolak PAS" di muka depan dan "Kristian tidak minat sertai PAS : Nizar" di PK4 adalah tersasar dan tidak betul.

Dalam dialog PAS - Paderi yang diadakan pada 18Mei yang lalu di Hotel Hilcity tidak ada langsung kenyataan seumpama itu oleh YB Hj Nizar samada dalam ucapan aluan mahupun dalam sidang akhbar yang diadakan selepas itu.

Dalam program tersebut wakil Paderi yang menyampaikan ucapan aluan ada menyebut kalau 3 tahun dulu PAS jemput paderi hadir dalam program PAS, sudah pasti seorang pun paderi-paderi tidak berani hadir. Ini kerana menurut mereka, PAS sering digambarkan buruk oleh media, dan keganasan-keganasan yang berlaku di luar negara sering dikaitkan dengan kumpulan Islam, jadi PAS juga menjadi mangsa kepada situasi seumpama itu.

Malahan dalam sesi dialog, mereka sangat gembira dengan pertemuan itu dan mengharapkan pertemuan seumpama itu lebih kerap diadakan. Kini perasaan prejudis golongan gereja telah terhapus apabila melihat PAS dilihat lebih terbuka dalam menangani isu-isu yang sensitif. Pengalaman PAS memerintah di beberapa buah negeri bersama PKR dan DAP juga membuka fikiran golongan gereja terhadap PAS lebih-lebih lagi mereka sangat mengkagumi Hj Nizar sebagai MB Perak dan ketokohan YAB Menteri Besar Kelantan.

Hari ini, Sinar Harian telahpun memohon maaf kepada PAS secara terbuka di muka surat PK2 dengan mengakui kesilapan penyunting dalam olahan bahan asal telah disalahtafsirkan di pihak suntingan.

DAILOG PAS - PADERI BERJAYA

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, May 19, 2010




Buat julung kalinya PAS Perak berjaya menganjurkan program Ramah Mesra & Dialog bersama paderi-paderi dari sembilan buah gereja di bandaraya Ipoh. Seramai 23 orang paderi-paderi gereja dari berbagai mazhab hadir di Hotel Hilcity petang semalam. Sebahagian yang lain tidak dapat hadir kerana menghadiri program gereja di Pulau Pinang.

Program yang penuh mesra dan ceria berjaya merapatkan hubungan antara PAS dan pihak gereja yang sebelum ini terpisah kerana prejudisnya pihak gereja terhadap PAS. Salah seorang wakil mereka Dr. Teoh yang menyampaikan ucapan aluan menyatakan dengan telus sekiranya 3 tahun sebelum ini PAS menjemput mereka hadir, sudah pasti tidak ada pihak gereja yang mahu hadir. Ini kerana gambaran yang mereka terima bahawa PAS adalah parti agama yang ekstrim dan ganas.


Setelah PAS berpengalaman menerajui negeri Perak bersama DAP dan PKR serta pengalaman memerintah di negeri-negeri lain dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah dan keganasan,
sikap dan pemikiran mereka mulai terbuka terhadap PAS, prejudis golongan gereja terhadap PAS mula terhakis dan kini mereka lebih percaya dengan PAS berbanding dengan UMNO.


Pimpinan PAS yang diketuai oleh YB Dato' Seri Hj Nizar telah berjaya menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh paderi dalam sesi dialog. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perak selaku pihak penganjur. Dalam ucapan aluan beliau menyatakan bahawa program hari ini adalah titik permulaan mencari persefahaman dan persamaan antara PAS dan gereja dalam menangani apa sahaja isu masyarakat dan negara. Sebagaimana PAS yang boleh bergabung dengan DAP walaupun berlainan ideologi, sudah tentu PAS juga boleh berkerjasama dengan pihak gereja dalam menangani persoalan yang sama dengan melihat dari persepktif agama yang bersifat universal.

Antara pimpinan PAS yang hadir ialah Dr. Khairuddin, YB Khalil Idham Lim, YB Zainuddin Yusuf, Pemangku Ketua Dewan Ulama, Setiausaha Dewan Ulama, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan beberapa Jawatankuasa hariannya. Turut hadir sebagai tetamu ialah YB Dr. Mujahid Yusuf, AJK PAS Pusat.

Penghujung program, para paderi yang hadir menyatakan rasa gembira dengan pertemuan ini dah mengharapkan ia lebih kerap lagi dianjurkan.

Tahniah, Syabas, Selamat untuk Sibu

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, May 18, 2010

Sesungguhnya perubahan bermula di Sibu, tsunami pilihan raya Semenanjung sudah melanda Sarawak. Paling daramatik, trend sikap politik senyap kalangan pengundi Cina di Hulu Selangor menolak Barisan Nasional (BN) turut melanda hati budi pengundi Cina Foochow Sibu. Segala-galanya terjawab dalam pilihan raya kecil (PrK) Sibu.

Tahniah, syabas dan selamat untuk warga Sibu.

Tahniah kepada semua pimpinan, dan petugas Pakatan Rakyat. Syabas kepada DAP kerana kemenangan calonnya, Wong Ho Leng yang berjaya meraih kemenangan dengan peningkatan undi selesa. Ucapan selamat pula kepada seluruh rakyat Sarawak, semoga keputusan PrK Sibu adalah petunjuk jelas betapa rakyat Sarawak telah bersedia melakukan perubahan dalam pilihan raya negeri nanti.

Analisis angka dan peratus

Jadual 1 di bawah adalah gambaran bagi kemenangan DAP yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (Pr) P.212 Sibu yang diadakan pada 16 Mei 2010. Jadual di bawah juga menjelaskan kedudukan keputusan PrK secara bandingan dengan pilihan raya umum (PRU) pada 8 Mac 2008.
Jadual di atas mempamerkan keputusan pengundian bagi PrK Sibu adalah:
1. Undi BN merosot sebanyak 691 undi
2. Undi DAP bertambah 2,942 undi
3. Perubahan majoriti bagi DAP dari kalah kepada menang 398 undi
4. Pertambahan undi sah sebanyak 1,671 undi atau 1.81 peratus.
5. Petunjuk asas dari PrK Sibu adalah berlaku peningkatan sikap pengundi menolak BN dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Petunjuk menolak BN

Namun begitu, di sebalik analisis angka dan peratus sebenarnya ia menggambar suatu kekecewaan besar Barisan Nasional (BN). Nilai kecewa itu adalah:
1. Bermula dengan keazaman tinggi Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib yang disokong kuat oleh kerja keras timbalnnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengulangi kemenangan di Hulu Selangor, tetapi ia tidak disambut oleh majoriti pengundi Sibu.
2. Kekecewaan BN juga dapat dilihat apabila DAP yang diserang habis-habisan tidak memberi kesan. Sebaliknya DAP telah mendapat tambahan sebanyak 2,942 undi sehingga berjaya meningkat undi dari kekalahan 3,235 kepada kemenangan 398 undi majoriti. Meskipun berlaku pertambahan jumlah undi sah dari 66.79 peratus (PRU 2008) kepada 68.61 peratus (PrU 2010), namun tambahan itu berpihak kepada DAP.
3. Kekecewaan pihak pemimpin BN juga boleh dilihat sebagai manifestasi sokongan yang merosot rakyat Sarawak kepada igauan 1Malaysia momokan Datuk Seri Najib. Meskipun Datuk Seri Najib melakukan turun padang sampai paling kerap dalam sejarah pilihan raya dan sanggup terlibat dengan upacara agama perarakan Tua Pek Kong. Namun, sikap politik senyap pengundi Cina Foochow telah meleyapkan promosi 1Malaysia di bumi Sarawak.
4. Paling kecewa dan perit untuk diterima oleh pemimpin BN adalah kesan kekalahan di Sibu turut memberi palitan kepada kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang paling lama menerajui kerajaan negeri. Petunjuk jelas pengundi Cina yang membentuk 67 peratus daripada 54,695 pengundi Sibu menolak calon SUPP dijangka akan membuat perubahan yang bakal menyebelahi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri nanti.

Sama-sama kita tunggu dalam pilihan raya negeri Sarawak nanti (mungkin seawal September atau dilewatkan ke penghujung tahun depan ekoran kekalahan di Subu).

Semoga Tuhan Yang Esa memelihara umatnya yang sentiasa beriltizam dengan kebenaran dan kesabaran di dalam menegak keadilan dan meruntuhkan kemungkaran di bumi.

Wan Nik Wan Yusuf
Setpol YAB MB Kelantan

KEANGKUHAN & KESOMBONGAN BN DI HULU SELANGOR DI BALAS DI SIBU

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, May 17, 2010


PRK Hulu Selangor UMNO BN gunakan segala keangkuhan, kesombongan dan ketakabburannya bagi menolak sokongan rakyat kepada PR. Dalam kempen-kempen BN di Hulu Selangor, mereka mengelabui rakyat kononnya PR di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan juga Perak tidak melakukan apa-apa untuk rakyat. 2o tahun PAS perintah Kelantan, selama itulah kerajaan PAS Kelantan dinapikan oleh BN pusat, seolah-olah 20 tahun perintah Kelantan tidak ada apa-apa yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan. Rakyat Kelantan tidak tertipu, mereka hanya mahu menipu rakyat di tempat lain. 2 tahun PR memerintah 3 negeri juga dinapikan oleh UMNO BN. Sama jugalah di Perak, 11 bulan PR memerintah Perak, banyak perubahan yang telah PR buat, tetapi semuanya dinapikan oleh UMNO BN. BN mendabik dada dengan sombong dan angkuh kononnya hanya UMNO BN sahajalah yang boleh membangun dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. Kenyataan sombong ini dengan jelas menolak adanya kuasa yang maha besar iaitulah ketentuan Allah swt.

Sombong, angkuh, dan takabburnya mereka di Hulu Selangor dan sebelumnya di Bagan Pinang dibalas oleh rakyat Sibu. Rakyat Sibu menolak propaganda murahan UMNO BN, menolak amalan rasuah Najib, menolak politik sempit BN, menolak sentimen perkauman, menolak tawaran-tawaran berjuta ringgit semata-mata mahu memancing undi, menolak kepimpinan Taib Mahmud, menolak 1 Malaysia. Pendek kata semua propaganda dan kempen jahat mereka yang bernilai ratusan juta ringgit ditolak oleh kecerdikan dan keterbukaan rakyat Sibu.

PAS yang tidak ada satu cawangan pun di Sibu, tidak ada pimpinan PAS di Sibu, ahlinya pula cuma belasan orang sahaja, apatah lagi program PAS tidak pernah dianjurkan di Sibu, tetapi pendekatan PAS dalam kempen-kempen di Sibu ternyata lebih disenangi oleh penduduk tempatan berbanding dengan UMNO yang turut membantu calon BN. Ini merupakan petanda baik PAS boleh bertapak di Sibu dan menjadi saingan kepada parti yang dipimpin oleh Taib Mahmud.

Rakyat di negeri lain terutamanya negeri-negeri yang masih diperintah oleh BN di Semenanjung wajar belajar berpolitik dengan rakyat Sibu. Rakyat Sibu lebih terbuka dan cerdik pemikiranya. Berpuluh menteri kabinet berkampung di Sibu, berulang aliknya PM dan TPM ke Sibu menjanjikan program dan melaburkan projek ratusan juta untuk rakyat Sibu, namun ditolak mentah-mentah oleh rakyat Sibu.

Majoriti 398 walaupun kecil angkanya, tetapi besar artinya kepada perubahan yang lebih besar pada pilihanraya akan datang. Ia juga satu isyarat kepada BN untuk membuat persiapan dan bekalan menuju hari kehanjuran.

PR jangan pula sombong dan angkuh dengan kemenangan ini. Jadikan ia satu perangsang ke arah pengukuhan ikatan sesama PR, juga pengukuhan ikatan hati ke atas rakyat, rakyat sentiasa didekati, diambil tahu kesusahannya, dihiburkan hatinya, diperjuangkan nasibnya dan dihargai nilai harga dirinya, Insya Allah PR akan sentiasa di hati rakyat. Kemenangan Sibu adalah penebus kekalahan di Bagan Pinang dan Hulu Selangor dan perangsang kemenangan besar PRU akan datang.

Menghalang fungsi masjid bererti meruntuh masjid

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, May 15, 2010


Firman Allah S.W.T dalam ayat 114 Surah Al-Baqarah bermaksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut / mengingati nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Para mufassirun atau ulama-ulama tafsir khilaf (berselisih pendapat) dalam menyatakan sebab nuzulnya atau sebab turunnya ayat 114 surah al-Baqarah di atas.

Mengikut riwayat al-Kalbi daripada Ibnu Abbas katanya, ayat ini bersempena dengan serangan Putlos iaitu seorang Maharaja Rom ke atas Masjid Al-Aqsa, lalu masjid itu dirobohkan.

Mengikut satu riwayat yang lain daripada Qatadah, sebab turun ayat ini bersempena dengan serangan Bakhtanuso ke atas masjid tersebut di mana rumah Allah itu dibakar hangus.

Mengikut riwayat Ibnu Abbas dalam satu riwayat yang lain, ayat ini bersempena dengan tindakan yang dilakukan oleh orang-orang kafir Makkah yang menghalangi Nabi Muhammad s.a.w. bersembahyang dan mengajar agama di masjid Makkah.

Walaupun ayat ini sebab nuzulnya ada tetapi mengikut kaedah hukum yang berdasarkan kepada Usul Tafsir iaitu pengajaran itu diambil daripada lafaznya yang umum, bukan daripada sebabnya yang khusus.

Yang dimaksudkan dengan mengingati Allah di sini seperti yang dinyatakan oleh as-Syawkani dan beberapa mufassirun (ahli-ahli tafsir), termasuk di dalamnya bersembahyang, membaca al-Quran, berzikir, menghalang orang mengajar dan belajar agama di dalam masjid termasuk di dalam ayat ini.

As-Syawkani mengatakan, "dan dikehendaki menegah masjid bahawa disebut nama Allah padanya, Allah mencegah perkara yang berlaku padanya termasuk sembahyang, membaca al-Quran berzikir dan mengajar.

Dikehendaki dengan meruntuhkan masjid itu bukan dengan makna merobohkan bangunannyasahaja, tetapi juga berusaha untuk meruntuhkan tujuan-tujuan masjid itu dibina kerananya, umapamanya mengganggu ketaatan-ketaatan yang dilakukan padanya yang didasarkan masjid ke atasnya, merupakan suatu yang umum."

Berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Abu Jahal kepada Nabi Muhammad s.a.w., di mana Abu Jahal menghalang Nabi s.a.w. beribadat di masjid, menghalang baginda ntuk mengajar dan menerangkan hukum agama di dalam masjid.

Oleh kerana itu, menjadi amalan kepada Nabi s.a.w. dan para sahabatnya, tidak melarang orang mengajar agama di dalam masjid. Apabila dilihat seseorang yang diragui mengajar agama di dalam masjid dan bimbang kalau mengajar perkara yang tidak benar, dia perlu dipanggil dan disoal siasat tentang apa yang diajarkannya.

Kalau apa yang diajar itu perkara yang benar, dia tidak boleh dihalang dan dicegah. Barang siapa yang mencegah orang yang mengajar adalah hukuman yang termasuk dalam meruntuhkan masjid dan mencegah manusia daripada mengingati Allah di dalamnya.

Termasuk juga dalam mencegah manusia mengingati Allah dalam masjid ialah mereka yang mengunci masjid kononnya untuk menjaga keselamatan masjid.

Jaga keselamatan masjid bukan cara menguncinya. Jaga keselamatan masjid ialah dengan menghidupkan masjid itu dengan zikrullah serta melakukan kerja-kerja kebajikan yang ada hubung kaitnya dengan kegiatan masjid.

Satu kekeliruan apabila Islam hanya di masjid

Boleh jadi ada orang yang berkata, sekiranya masjid itu tidak dikunci nanti ia akan dimasuki penagih dadah, pencuri dan seumpanya. Sebab berlaku begitu kerana kita merasakan Islam itu hanya di masjid sahaja.

Antara sebab lain ialah kerana di luar masjid, Islam tidak dilaksanakan, dengan sebab itu hubungan antara masjid dengan luar masjid tidak dapat diselaraskan.

Mengapa orang yang melakukan kejahatan suka masuk ke dalam masjid untuk melakukan kejahatan? Ini kerana di luar masjid berjalan undang-undang jahat yang tidak berlandaskan kepada hukum Allah SWT, sebab itulah huru-hara boleh berlaku dalam masjid dan di mana-mana sahaja.

Kita mestilah mengetahui bahawa hukum agama Allah ini bukan sahaja dilaksanakan dalam masjid, tetapi juga di luar masjid.

Yang menjadi kacau-bilau hari ini kerana kita bimbang kalau-kalau masjid diganggu kerana kita tidak melaksanakan Islam di luar masjid.

Apabila Islam tidak dilaksanakan di luar masjid, maka berlakulah perkara yang tidak selaras dalam masalah keselamatan masjid sehingga kita membuat undang-undang sendiri dan undang-undang yang bercanggah dengan Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Kita hendaklah memhami bahawa yang dikatakan memakmurkan masjid itu ialah seperti yang disebut oleh Allah SWT di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya hanya yang memakmurkan masjid itu ialah seseiapa yang beriman dengan Allah dalam erti kata yang sebenarnya ( Surah at-Taubah, ayat 18).

Bukan dalam makna yang tidak sebenar iaitu beriman dengan sebahagian sahaja daripada ajaran Allah dan yang sebahagian lagi tidak beriman.
Orang yang beriman sebahagian sahaja daripada ajaran Allah SWT tidak layak untuk memakmurkan masjid dan disebut ayat berikut iaitu mereka yang beriman dengan hari akhirat.

Orang yang memakmurkan masjid ialah orang yang percaaya kepada hari akhirat bukan sebaliknya, dan mereka yang mendirikan solat. Iaitu orang yang mendirikan solat inilah orang yang memakmurkan masjid. Orang itu mestilah mendirikan solat, kalau kerajaan, kerajaan itu hendaklah mendirikan solat juga.

Apa makna kerajaan mendirikan solat? Makna memakmurkan masjid ialah kerajaan yang jemaah menterinya dan ketua-ketua negaranya menunaikan solat lima waktu, bukan solat sunat hari raya dan solat Jumaat sahaja.

Mereka juga hendaklah menjalankan undang-undang yang memerintah supaya orang mengerjakan solat. Kalau dalam negara itu tidak ada undang-undang demikian serta menghukum orang yang tidak solat, maka tidak dinamakan pemerintah yang mendirikan solat. Kerajaan seperti itu tidak layak untuk memakmurkan masjid.

Dan juga ciri terakhir ialah mengeluarkan zakat. Orang yang memakmurkan masjid ialah orang yang menunaikan zakat. Apa kena mengena memakmurkan masjid dengan menunaikan zakat? Orang yang menunaikan zakat ini ialah orang yang tahu tanggungjawab harta bendanya dengan menunaikan zakat mengikut hukum-hukum agama yang ditetapkan Allah dan Rasulullah s.a.w.

http://presiden.pas.org.my

PRK Sibu – titik perubahan pilihan raya negeri Sarawak

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, May 14, 2010


Benar atau tidak politik Sarawak sedang dalam perubahan, pastinya akan terjawab selepas keputusan pilihan raya kecil Sibu diketahui. Atas alasan, kemungkinan sokongan pengundi di Sibu bakal memberi nilai yang tepat kepada senario politik Sarawak. Ini kerana pilihan raya Sibu merupakan ujian kepada Barisan Nasional (BN) yang berdepan dengan Pakatan Rakyat yang baru mendapat anggota baru, Sarawak National Party (SNAP) yang sebelum ini pernah menganggotai BN. Sementelah pula, keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang lepas telah menyaksikan sokongan meningkat pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat. Apakah ia bakal mempamerkan warna sebenar politik negeri Sarawak di penghujung kepimpinan ketua menterinya yang paling lama memimpin negeri.

Sekadar ingatan, nilai sokongan itu sebenarnya boleh dilihat sejak pilihan raya negeri 1996. Ketika itu, BN dikenali BN4 yang disertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Sarawak United People’s Party (SUPP), SNAP, dan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS). Sementara parti pembangkang terdiri daripada Democratic Action Party (DAP) dan pihak Bebas sahaja. Keputusannya, BN4 telah memenangi 57 kerusi, sementara pembangkang memenangi lima kerusi (DAP 3 dan Bebas 2). Ia turut membuktikan penerimaan kepada pembangkang, khususnya pengundi Cina yang memberi kemenangan kepada DAP di kawasan bandar (Meradong, Bukit Assek, dan Kidurong).

Kemudian pilihan raya negeri 2001 BN meraih kemenangan 61 daripada 62 kerusi yang dipertandingkan. Parti komponen BN masih kekal empat parti, iaitu PBB, SUPP, PBDS dan SNAP. Sementara parti pembangkang pula terdiri daripada tiga parti, iaitu DAP, Parti Keadilan Nasional (KeADILan), dan buat kali pertama penyertaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Namun, PAS hanya bertanding di tiga kerusi sahaja, iaitu Samariang, Sadong Jaya dan Beting Maro. Ketika itu pembangkang hanya memenangi 2 kerusi, iaitu masing-masing satu DAP dan satu bebas. PAS tidak memenangi apa-apa kerusi.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2006 pula berlaku sedikit anjakan senario politik apabila pihak pembangkang berjaya membentuk kerjasama melalui Barisan Bersatu Sarawak. Ia dianggotai tiga parti utama, iaitu SNAP, KeADILan dan DAP. Sementara PAS hanya menjalin kerjasama dengan KeADILan dan bertanding di satu kerusi sahaja, iaitu Beting Maro dalam parlimen Batang Lupar. Kesan kerjasama itu, pembangkang berjaya menambah kemenangan dari dua kerusi pada 2001 kepada sembilan kerusi, iaitu masing-masingnya satu SNAP, satu KeADILan, satu bebas dan enam DAP. Namun PAS masih gagal memenangi kerusi tunggal yang ditandingi. Jelas sekali, kesan kerjasama parti-parti pembangkang telah membawa pertambahan sokongan pengundi terutama di kawasan pengundi kaum Cina. Ini bermakna politik pengundi Cina agak utuh bersama pembangkang, khususnya bagi DAP yang saling bersaing dengn SUPP di atas sentimen kaum Cina.

Pada 2006, SUPP sebagai parti teras Cina dalam komponen BN bertanding 19 kerusi (16 kerusi daripadanya adalah dominan pengundi Cina) didapati tujuh kerusi di kawasan bandar. Kekalahan itu adalah kepada DAP (lima kerusi – Pending, Batu Lintang, Meradong, Bukit Assek dan Kindurong), KeADILan (satu kerusi - Padungan) dan SNAP (satu kerusi - Engkili). Apa yang menarik, kekalahan SUPP itu dianggap ‘teruk’ berikutan beberapa tokoh penting parti itu kecundang kepada DAP. Antaranya menteri muda, Datuk Sim Khend Hui dan Datuk Alfred Yap Chin Loi, dan Datuk Bandar Kuching, Chan Seng Khai. Termasuk tokoh yang kalah juga adalah penjawat utama jawatan parti, iaitu Setiausaha Agung, Naib Bendahari, Setiausaha Penerangan dan ahli jawatankuasa pusat SUPP.

Menurut Ghazali dan Lee (2009) yang mengkaji politik Cina Sarawak dalam pilihan raya negeri 2006, punca kekalahan SUPP itu adalah antaranya disebabkan isu dalaman parti SUPP seperti faktor calon, perpecahan dalaman dan faktor ekonomi (kenaikan harga minyak petrol, harga pajakan tanah dan perasaan dipinggirkan dari arus pembangunan nasional). Meskipun begitu, kajian mereka itu tidak melihat aspek perpaduan parti pembangkang dan peranan tokoh pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang turut memainkan peranan meyakinkan pengundi Cina di Sarawak.

Natijahnya, faktor pengundi Cina dilihat berombak antara pilihan raya negeri 1999, 2001 dan 2006. Misalnya dalam pilihan raya negeri 2001 sokongan pengundi Cina kepada SUPP memuncak kepada 66.2 peratus, tetapi merundum kepada 49.2 peratus tahun 2006. Kesannya pada pilihan raya umum 2008, prestasi BN khususnya SUPP kembali pulih apabila menerima lonjakan undi dan berjaya mengekalkan kawasan tradisi di semua parlimen kecuali Bandar Kuching kekal dimenangi DAP. Berdasarkan realiti ini, apakah pilihan raya kecil Sibu kali ini menjadi titik perubahan sokongan pengundi Cina menjelang pilihan raya negeri Sarawak nanti. Rekod pilihan raya yang lepas cukup membuktikan dominasi BN adalah di semua parlimen di Sarawak, kecuali pilihan raya 1995 parlimen Bintulu dimenangi DAP dan di parlimen Sibu dimenangi DAP pada pilihan raya 2004 dan 2008. Sedangkan dalam tempoh pilihan raya umum 2008, anjakan sokongan pengundi Cina dari BN kepada parti-parti pembangkang berlaku agak ketara di Semenanjung. Ia tidak berlaku di Sarawak.

Walau bagaimanapun, mood pengundian ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor meskipun dimenangi BN, tetapi pola pengundian kalangan pengundi Cina amat tegas menolak BN. Ia terbukti apabila di Kuala Kubu Bharu, salah satu dewan undangan negeri yang dominan pengundi Cina didapati Pakatan Rakyat mengatasi BN, sedangkan pada pilihan raya umum 2008 ia dimenangi BN. Mungkinkah mood itu menular ke Sibu?

Menjawab persoalan di atas, sebenarnya Sibu dengan pengundinya adalah majoriti kaum Cina Foochow ada keunikannya. Pihak mana yang akan menang sebenarnya masih terikat kepada performance parti-parti dan calon bertanding. Atas kefahamanan inilah, pihak DAP telah meletakkan pendekatan kempen yang seimbang bagi mendekati pengundi Cina, Melanau, Melayu, Iban dan Bidayuh. Sedangkan pihak SUPP pula didapati menjayakan kempen mengutamakan citarasa pengundi Cina sehingga merancang perarakan Tua Pek Kong akan diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib di penghujung kempen. Namun, gelagat pengundi Cina dijangka lebih bijak berasaskan respons pasukan kempen Pakatan Rakyat yang mengunjungi mereka di gudang, pasar dan perumahan. Segala-galanya akan terjawab pada 16 Mei nanti. Sejauh mana tegarnya gelagat pengundi Cina Hulu Selangor menolak BN, natijah persekitaran sosial dan politik serta ekonomi dan perniagaan di Sibu terlalu bebeza dengan di Hulu Selangor. Jika latar politik Semenanjung menjadi senario untuk meramalkan keputusannya, maka pilihan raya kecil Sibu bakal menyaksikan titik perubahan pola pengundinya menafikan dominasi BN. Selayaknya Pakatan Rakyat mampu menang selesa.

Wan Nik yusuf
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan/
Timbalan Pengarah I JPN PAS Kelantan

Sifir Politik Negara Maju

Dicatat oleh MisbahulMunir

Selepas berjaya mewujudkan kerajaan campuran di UK, David Cameron dan sekutunya Nick Clegg mula mengorak langkah yang meyakinkan. Gandingan pemimpin muda (PM termuda dalam sejarah UK. David Cameron, 43 tahun dan Nick Clegg, 42 tahun).

65 tahun lalu, kerajaan campuran UK (coalition government) disebut national government. Kerajaan campuran UK hari ini disebut sebagai kerajaan stabil dan responsibiliti. Atau mungkin kerajaan perpaduan. Itu hanya cap. Brand. Yang pentingnya, bagaimana kerajaan itu diterjemahkan dalam kehidupan rakyat.

Musuhnya musuh adalah kawanku. Begitulah sifir dalam politik. Nick dan David banyak tidak sehaluan. Tetapi politik itu menyatukan. Bukan memecahkan. Yang berpecah adalah mereka yang dangkal berpolitik. Politik haiwan. Membunuh musuh bagai mangsa yang rangup.

Perbincangan utama dalam rangka mewujudkan kerjasama antara Konservatif dan Lib Demokrat, isunya adalah mengurus perbezaan manifesto. Bukannya berapa banyak kerusi kabinet yang bakal diperoleh. Memang ada manifesto yang terpaksa digugurkan.

Parti yang besar tidak cuba menarik ahli parlimen yang menang untuk melompat ke dalam parti mereka demi menubuhkan kerajaan. Mereka bincang antara parti dengan parti. Bukan antara pemimpin parti dengan pemimpin politik. Tidak seperti senaif idea 16 September atau coup d etat Perak. Politikorup.

Bahasa yang retorik tidak lagi penting untuk dinilai keupayaan dan kesungguhan. Masyarakat menilai bahasa badan pemimpin.

Gordon Brown balik kampong di Scotland. Orang kampongnya pun dah tolak dia. Brown kata, dia nak penuh kehidupan peribadinya. Letak jawatan Perdana Menteri dan ketua Parti Buruh. Biarlah pemimpin muda lain yang memimpin parti untuk membawa cabaran masa hadapan.

Sekali lagi, berilah peluang kepada orang muda.

Muhaimin Sulam




PRK SIBU PELUANG TERBAIK PAS BERTAPAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, May 13, 2010

Walaupun agak sukar menempuh kemenangan, namun sambutan rakyat semasa berkempen secara terbuka dan rayu undi rumah ke rumah kepada PR memberi petunjuk yang sangat memberangsangkan. Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu, perkampungan orang Melayu di Sibu sangat sukar ditembusi oleh pembangkang.

PRK kali ini dengan adanya PAS membantu calon DAP, sebuah bilik gerakan PR yang dikendali sepenuhnya oleh jentera PAS dapat ditubuhkan di Kg. Hilir di DUN Nangka. PAS belum ada cawangannya di Sibu, namun kehadiran PAS tidak pula janggal kepada penduduk di situ. Bendera DAP dan PAS berkibaran di Kg. Hilir. Beberapa buah rumah turut mengibarkan bendera PAS, markaz PAS tersergam di tengah-tengah Kg. Hilir.





Saban malam ada sahaja ceramah di adakan di markaz PAS, orang kampung masih belum bersedia menjadi tuan rumah. Tetapi mereka sentiasa datang mendengar ceramah-ceramah oleh pimpinan PAS, PKR dan juga DAP. Di Kg. Hilir memang tidak pernah sebelum ini adanya ceramah-ceramah politik anjuran pembangkang.

Selain ceramah ada sahaja kegiatan di situ seperti khidmat dan rawatan kesihatan percuma, kaunter semakan daftar pemilih dan kaunter daftar ahli PAS dan ahli Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS. Setiap hari ada sahaja beberapa orang yang mendaftar sebagai ahli PAS dan ahli Kelab Penyokong PAS.

Kunjungan petugas PAS untuk merayu undi dari rumah ke rumah juga sangat positif sambutannya, walaupun cawangan PAS tidak wujud di situ, dan pimpinan PAS tidak pernah berkunjung ke situ sebelum ini, namun mereka tetap mengenali Tok Guru Nik Abd. Aziz, Tok Guru Hj Abd. Hadi, Mat Sabu, dan juga YB Dato' Seri Hj Nizar. Bila sebut sahaja Hj Nizar, mereka segera mengenalinya. Kesantunan YB Hj Nizar mengunjungi penduduk-penduduk tempatan memikat mereka.

Di Kg. Jeriah majoriti pengundinya juga Melayu. Kunjungan calon dengan diiringi oleh YB Dr. Zulkifli Ahmad, YB Dr. Maria, YB Senator Mumtaz Nawi dan beberapa pimpinan PR yang lain turut disambut dengan baik. Mereka menemui pengundi dari rumah ke rumah. YB Hj Nizar juga sepatutnya turut mengiringi calon. Kami menukar strategi setelah melihat sekumpulan kaum wanita sedang berkumpul di masjid Kg. Jeriah.

Rombongan kami diketuai oleh YB Hj Nizar. Setelah menyapa dan memperkenalkan diri serta memberitahu tujuan kunjungan, mereka menyambut dengan mesra dengan baik. Saya memperkenalkan YB Dato' Seri Hj Nizar, tanpa diperkenalkan siapa Hj Nizar yang sebenar, mereka segera mengenalinya, spontan sebahagian yang hadir menjerit kecil ' ini Menteri Besar Perak'.

Rupanya mereka sedang menunggu kehadiran pegawai Amanah Ikhtiar yang dipanggil cikgu oleh mereka, hari ini adalah pertemuan mingguan peserta Amanah Ikhtiar. Saya terus meminta izin untuk YB Hj Nizar berucap daripada Ketua kumpulan peserta Amanah Ikhtiar sementara menunggu cikgu mereka sampai. Spontan sahaja mereka menjawab tanpa berfikir panjang untuk membenarkannya. YB Hj Nizar pun menyampaikan ucapan dan berkempen, ucapan ringkas Hj Nizar disambut dengan tepukan. Reaksi orang ramai begitu positif.

Dalam masa yang sama, saya hubungi YB Dr. Maria untuk datang ke majlis yang tidak disangka-sangka menjadi program kempen PR. Sebaik Dr. Maria sampai, program Amanah ikhtiar baru sahaja dimulakan dan peserta Amanah Ikhtiar juag semakin ramai. Tidak juga disangka, pegawai tersebut turut memberi peluang dan kesempatan.

YB Dr. Maria, YB Mumtaz dan seorang anak tempatan menyampaikan ceramah ringkas. Walaupun ringkas, Penerangan mereka begitu menarik, mereka kelihatan seronok dan bertepuk tangan apabila mendengar penerangan-penerangan yang begitu menarik.

Dalam masa yang sama juga, YB Hj Nizar sempat menyapa dan membeli barangan jualan hasil pertanian penduduk tempatan sambil merayu undi.

Beberapa hari berada di Sibu sejak Isnin lepas, didapati mentaliti kebanyakan rakyat Sibu terutama bumiputera asli dalam politik masih rendah, begitu juga Melayu Melanau. Kefahaman terhadap politik semasa masih ketinggalan, ini berpunca dari kurangnya maklumat yang sampai kepada mereka.

Berbeza dengan pengundi Cina di bandar-bandar dan pinggir bandar. Mereka sangat terbuka pemikirannya dan bersedia menerima perubahan. Ini kerana akhbar-akhbar berbahasa Cina sangat adil dalam membuat liputan.

Namun pemikiran mereka masih terbuka sekiranya mereka diberi peluang untuk mendengar. Buktinya mereka bersedia mendengar dan tidak menyanggah apabila kita diberi peluang memberi penerangan.

Mereka tidak fanatik sebagaimana fanatiknya pengikut-pengikut UMNO BN di Semenanjung, suasana kempen juga tenang, tidak ada provokasi dari mana-mana parti. Tidak ada poster dan kain rentang yang dikoyak, mereka mengikut arahan SPR dan pihak polis. Cuma apabila petugas-petugas UMNO BN dari Semenanjung mula membanjiri Sibu dan menumpu di kawasan majoriti Melayu, barulah bibit-bibit provokasi mula kelihatan.

Petugas-petugas muslimat diugut bukan oleh petugas tempatan tetapi pemuda-pemuda UMNO BN dari Semenanjung, petugas kita kenal bahasa yang mereka gunakan. Petugas-petugas muslimat yang sejak awal berada di Sibu merayu undi rumah ke rumah tidak merasa terancam keselamatan mereka oleh penduduk tempatan, hanya bila petugas UMNO BN dari Semenanjung mulai sampai, barulah terasa bibit-bibit provokasi oleh mereka sebagaimana yang biasa berlaku dalam PRK di Semenanjung sebelum ini.

Apapun angin perubahan tetap kelihatan di Sibu, terutama PAS yang sebelum ini tidak pernah dikenali di bumi Sibu, satu cawangan PAS pun tidak ada di Sibu, apatah lagi program-program PAS. PRK kecil merupakan peluang keemasan untuk PAS diperkenalkan kepada rakyat Sibu terutamanya penduduk Islam. Hendaknya PAS negeri Sarawak bekerja dengan lebih keras bagi membolehkan PAS Kawasan dapat ditubuhkan selepas ini bagi membolehkan PAS bergerak lebih aktif dalam bidang dakwah, kemasyarakatan dan politik.






SAMBUTAN RAKYAT DI SIBU MENYAKINKAN PR BOLEH MENANG

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, May 12, 2010


Kempen rayu undi semakin menyakinkan calon DAP boleh menang dalam PRK Sibu. Sepanjang hari ini dan semalam, sebelah pagi dan petang kami menemui pengundi di bandar Sibu. Sambutannya cukup membanggakan. Setiap sapaan di sambut dengan senyuman oleh pengundi, bila kita meminta tolong supaya mengundi calon DAP, mereka memberi isyarat tanda bagus dan menyatakan akan mengundi calon DAP.








BERKEMPEN DI PRK SIBU

Dicatat oleh MisbahulMunir

Suasana kempen di Sibu semakin rancak dan panas, ceramah-ceramah PR benar-benar kepada sasaran yang sebenar. Tempat-tempat awam seperti gerai-gerai menjadi tumpuan kempen PR.

Malam tadi, YB Hj Nizar, saya, YB Senator Mumtaz Nawi, beberapa pimpinan Angkatan Muda Keadilan berceramah di gerai Idaman cafe.

Salah seorang pengusaha gerai dengan berani membenarkan PR berceramah di ruang gerainya walaupun diugut dan ditakut-takutkan oleh petugas BN sehari dua sebelum program berjalan.Keberanian dan semangatnya mengatasi
segala ugutan dan ancaman BN.

BN juga menganjurkan ceramah yang sama di
gerai bertentangan, tapi dibantah oleh Pasukan
Pemantau SPR kerana tidak ada permit.
Akhirnya BN tidak berjaya berceramah di situ.

Para pengunjung menunggu ceramah sehingga selesai, tidak ada yang berganjak. Ini menunjukkan mereka berminat mendengar ceramah PR yang sebelum ini mereka jarang mendengar ceramah-ceramah seumpama ini.

Menariknya semua petugas dan penyokong BN
yang berkumpul sejak awal lagi tidak berganjak, mereka turut mendengar ceramah dari PR.

Selepas ceramah kami bersalam-salaman dengan
para pengunjung yang rata-rata berpuas hati
dengan penerangan kami dalam menjawab semua tohmahan dan fitnah BN. Mereka memberi isyarat bagus sebagai tanda sokongan kepada PR.

Kami turut bersalam-salaman dengan para petugas dan penyokong BN.

Sebelah petang, YB Hj Nizar sempat menyaksikan pertandingan Futsal dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dalam ucapan ringkas, YB Hj Nizar sempat
berpesan dan merayu para pemain supaya
mengingatkan ahli keluarga untuk mengundi calon DAP dalam PRK nanti.

















































































































SUASANA PRK SIBU

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, May 11, 2010


Saya bersama rombongan PAS Perak sampai malam tadi di Bilik Gerakan PAS Kg. Hilir, Sibu bagi membantu calon PR memenangi kerusi Parlimen Sibu dalam PRK kali ini. Ketika kami sampai satu ceramah politik sedang berlangsung di situ. Walaupun kehadiran pendengar tidak ramai tetapi semua yang hadir adalah pengundi tempatan. Kg. Hilir antara pengundi Melayu yang ramai di Sibu.

Penceramah malam tadi ialah YB Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, sdr. Mustapa Kamil Ayob, Prof. Dr. Razali dan beberapa yang lain. Sebagaimana biasa, selain mengajak pengundi melakukan perubahan dengan mengundi calon PR, isu-isu semasa turut dikupas oleh penceramah. Kupasan yang menarik menimbulkan minat para pendengar tempatan,mereka tidak berganjak sehinggalah ceramah selesai kira-kira jam 11.00 malam.

Di satu tempat yang lain, ceramah politik yang sama turut diadakan iaitu di Rajang Park, Sibu. Rajang Park adalah kawasan pengundi Cina. Kehadiran diluar jangkaan, ribuan pendengar hadir, selain pimpinan DAP Pusat yang turut menarik perhatian para penduduk tempatan untuk hadir beramai-ramai ialah YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin, kehadiran Hj Nizar diberi tepukan yang begitu gemuruh, ceramahnya diselang seli dengan ungkapan-ungkapan bahasa Mandarin memukau para pendengar yang majoritinya kaum Cina. Inilah kali pertama rakyat Sibu dan Sarawak mendengar ceramah YB Hj Nizar di bumi kenyalang, selama ini mungkin mereka mendengar melalui You Tube di internet. Walaupun hujan renyai-renyai, namun mereka tidak berganjak sehinggalah majlis bersurai.

Pagi tadi, kami bersama YB Hj Nizar mengiringi calon PR, Wong Ho Leng melawat dan berkempen di bandar Sibu. Sambutan pengundi yang rata-rata peniaga Cina cukup menyakinkan. Kunjungan rombongan calon disambut meriah oleh para pekedai dan orang ramai. Kemunculan YB Hj Nizar yang tidak disangka-sangka juga seolah-olah menenggelamkan ketokohan calon PR.

Setelah berkempen dari pintu ke pintu di setiap kedai di bandar Sibu, satu sidang akhbar calon diadakan di Pejabat calon. Turut hadir dalam sidang akhbar ialah YB Hj Nizar, YB Lim Kit Siang dan beberapa adun PR yang lain. Sidang akhbar diadakan bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh BN Sarawak.

Ada sedikit kelaianan suasana PRK Sibu berbanding PRK di Semenanjung. Samada di bandar Sibu, pekan-pekan kecil mahupun kampung-kampung atau kawasan perumahan, tidak berlaku perang poster sebagaimana lazimnya PRK di Semenanjung. Ceramah-ceramah tetap meriah. Lebih-lebih lagi di bandar Sibu dan kawasan perumahan, hampir-hampir tidak ada poster, kain rentang dan banting. Poster-poster dan kain rentang calon hanya kelihatan meriah di bilik-bilik gerakan parti masing-masing.
BN seperti biasa menggunakan semua kemudahan dan jentera kerajaan untuk berkempen, para menteri silih berganti turun ke Sibu, majlis-majlis perasmian diadakan hampir setiap hari. Projek Mee Segera datang mencurah-curah di Sibu, jalan yang masih elok ditar semula.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!