UMNO WAJAR TAKUT DENGAN DOA TOK GURU

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, November 30, 2009
Apabila Tok Guru berdoa kepada Allah swt supaya Najib dan Zahid diturunkan bala oleh Allah swt. UMNO menggigil ketakutan. Para pimpinan bergilir ganti mengecam doa Tok Guru, para ulama kerajaan turut mengecam Tok Guru.Memang wajar UMNO takut dengan doa Tok Guru, kerana mereka tahu doa Tok Guru akan dimakbulkan oleh Allah swt. Kalau tidak masakan mereka takut dengan doa Tok Guru.Tok Guru dan seluruh rakyat Kelantan adalah mangsa yang dizalimi...

YA ALLAH, BINASAKAN NAJIB KERANA DIA ZALIM

Dicatat oleh MisbahulMunir
Najib telah menzalimi rakyat kelantan. Hak royalti telah bertukar menjadi wang ehsan. Ia merupakan satu pengkhianatan yang berlaku kepada rakyat negeri kelantan. Di negeri di bawah pemerintahan UMNO, hak royalti ini tidak dinafikan. Sebaliknya, penafian hak ini berlaku, pada negeri dibawah kepimpinan PAS yang mahukan islam menjadi asas pemerintahan. Memandangkan kezaliman ini dilakukan, menyebabkan Tuan Guru nik Abdul Aziz yang merupakan ketua kerajaan negeri kelantan telah berdoa, agar memberi kebinasaan kepada najib ekoran kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat kelantan itu. Persoalannya, apakah tindakan Tuan guru itu salah? Bagi memastikan dakwaan itu, dikemukakan hujjah-hujjah berikut; PERTAMA; Di awal dakwah, nabi SAW naik atas bukit safa, lalu berucap di atas bukit tersebut untuk menyampaikan kandungan dakwah nabi SAW. Di saat itu, Abu lahab marah dengan dakwah nabi SAW, menyebabkan beliau telah mengambil batu dan membaling ke arah nabi SAW. Tindakan Abu Lahab tersebut dibenci oleh Allah, menyebabkan...

TAKUTLAH DOA MANGSA ORANG YANG DIZALIMI

Dicatat oleh MisbahulMunir
1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .2. Sabda Rasulullah saw :اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ]ibnu Hibban3. Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan . Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .4. Belumpun sempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa , terlebih dahulu kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat...

QURBAN DI KAMPUNG MERIAH

Dicatat oleh MisbahulMunir
Kemeriahan sangat dirasai apabila bersama orang kampung menyambut ibadah Qurban. Peluang terbaik digunakan untuk bertemu dengan rakan-rakan lama yang pulang bercuti di kampung Sg. Tiang Darat. Tahun lepas saya bersama isteri menyambut ediul adha di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah bersama jutaan umat Islam dari serata dunia.Solat sunat Eidul Adha di tunaikan di Masjid Istiqamah Kg. Sungai Tiang Darat. Masjid lama yang penuh dengan binaan...

WUKUF DI ARAFAH

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, November 26, 2009
Wukuf adalah kemuncak haji yang sangat penting. Rasulullah saw pernah menyatakan bahawa “haji adalah wukuf”. Tanpa wukuf tidak ada artinya ibadah haji. Esok adalah hari wukuf di Padang Arafah. Jamaah haji sudah mulai bergerak perlahan-lahan menuju ke Padang Arafah.Esok jugalah perjalanan yang paling sesak di dunia menuju ke Padang Arafah. Jutaan umat Islam meninggalkan Mekah menuju ke Arafah. Tidak ada dalam dunia satu hari perjalanan...

PAKATAN RAKYAT PERAK ANJUR SEMBELIHAN QURBAN 2009

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, November 25, 2009
18 ekor lembu akan dikurbankan pada hari raya haji yang kedua ini di perkarangan rumah Tuan Hj Asmuni Awi di Meru Heigt. Program sembelihan kurban tersebut dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Negeri Perak. Sembelihan lembu kurban akan bermula dari pukul 8.00 pagi.Penyembelihan akan diketuai oleh Ust Abu Bakar Husein selaku Pesuruhjaya PAS negeri, YB Dato' Seri Ir Hj Nizar juga akan turut menyembelih lembu kurban diikuti dengan beberapa pimpinan...

خطبة عيد الأضحى

Dicatat oleh MisbahulMunir
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، وَِللهِ الْحَمْد.الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ.أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٍ،وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ، وَالنِّعْمَةُ الْمُسْدَاةُ، وَالسِّرَاجُ الْمُنِيْرُ.وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى حَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ نَّبِيِّ الرَّحْمَةِ وَشَفِيْعِ اْلأُمَّةِ وَعَلَى اَلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ وَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ.فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ.اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُWahai hamba-hamba Allah,Bertaqwalah kamu kepada Allah agar kita mendapat kejayaan. Di hari ini seluruh Umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban. Hari ini kita memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihis...

PROGRAM MESRA MEDIA PAS DAN WARTAWAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, November 24, 2009
Para wartawan dari pelbagai media telah diraikan oleh PAS Perak di Hotel Seri Malaysia petang tadi. Lebih kurang 25 orang wartawan telah hadir dalam program tersebut. Mereka mewakili akhbar masing-masing. Hampir kesemua media menghantar wartawan mereka termasuk Utusan, Berita Harian, NST, Star, Ipoh Echo, Malaysian Insider dan sebagainya. Para wartawan dari akhbar berbahasa Cina semuanya hadir. Yang tidak kelihatan wartawan dari akhbar...

MELAWAT BANJIR DI BAGAN DATOH

Dicatat oleh MisbahulMunir
Petang semalam, selepas selesai memenuhi jemputan ceramah kepada para petugas muslimat Padang Rengas di Berhala Kati, saya terus bekejar balek ke Bagan Datoh untuk melawat beberapa buah rumah yang dibanjiri air akibat hujan yang lebat. Walaupun cuaca semakin baik dan hujan tidak lagi turun dengan lebat, namun air belum lagi surut dan kering. Banjir di Bagan Datoh berpunca dari hujan yang turun dengan lebat, air akan bertakung di kawasan-kawasan...

PERMOHONAN SPR DITOLAK MAHKAMAH TINGGI

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, November 23, 2009
Permohonan SPR bagi menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi hari ini. Bagaimanapun SPR akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.Isnin lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.Dalam keputusannya, hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalk...
Dicatat oleh MisbahulMunir
Tok Guru Nik Abdul Aziz nasihati menantunya letak jawatan Keterbukaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz terbukti apabila beliau menerima nasihat pucuk pimpinan parti yang diketuai oleh Presiden, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din dan beberapa yang lain supaya menasihati menantunya Ir. Abdul Ariffahmi Abd. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).Tok Guru Nik Aziz mengumumkannya dalam sidang akhbar selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini. Menantunya turut hadir dalam sidang akhbar yang diadakan. Dalam sidang media Ariffahmi, beliau dilaporkan mengumumkan perletakan jawatan sebagai CEO PMBK sebagaimana yang dinasihati oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.Keputusan tersebut diambil bagi mengelakkan fitnah yang lebih besar serta memelihara kesinambungan perjuangan. Imej Tok Guru sejak akhir-akhir ini diberi gambaran yang agak buruk oleh media dan para blogger yang sentiasa mengambil kesempatan bagi membesarkan...

HUSAM TIDAK LETAK JAWATAN - TUAN GURU NIK ABD.AZIZ

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, November 22, 2009
KOTA BHARU, 22 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul,...

PAS PERAK MELAWAT MANGSA BANJIR DI BAGAN SERAI

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, November 19, 2009
Penghulu Nawawi sedang memberi taklimat kepada PJ dan dua ADUN Ust Abu Bakar sedang menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak mangsa banjirKanak-kanak berbaris untuk menerima sumbangan sambil mendengar ucapanPAS Perak diketuai oleh Pesuruhjaya PASnya bersama Timbalannya Al Fadhil Ust. Mustapa Shaari, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Pengarah Unit Amal Perak, dan beberapa anggota unit Amal yang lain telah melawat mangsa banjir di pusat...
Web 5 Bintang: PAS Ucap Tahniah Kepada Kerajaan Pakatan Selangor Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Negeri Selangor kerana Portal Pejabat Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC). Perkara itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam dan seharusnya menjadi benchmark bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat lainnya. Pakatan bangga kerana dari 4 buah negeri yang ditadbir sekarang, Selangor terlebih dahulu mendapat pengiktirafan ini, tapi malang buat negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional kerana tiada satu pun yang tersenarai. PAS berharap agar semua negeri mengambil inisiatif serius bagi membangunkan dan menyelenggara portal rasmi Kerajaan masing-masing dan menjadikannya medan interaksi maya yang lebih efektif di masa hadapan. PAS juga menyeru kepada semua organisasi didalam parti supaya menjadikan medium internet sebagai ruang alternatif secara maksimum untuk menyebarkan...

TENTERA MERAH JEPUN BERTEMU PESURUHJAYA PAS PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, November 18, 2009
Mereka pernah digelar Tentera Merah Jepun sewaktu berkhidmat membantu mangsa banjir di Johor beberapa tahun lepas ketika Johor dilanda banjir yang begitu teruk. Unit Amal dari seluruh Malaysia yang baru menukar warna uniform mereka ketika itu bergegas ke Johor dan masuk ke pelusuk tempat membantu mangsa banjir, kedatangan mereka yang serba merah mengejutkan penduduk kampung dan mereka mengelar Tentera Merah Jepun. Kedatangan mereka akhirnya...

KONVENSYEN BLOGGER PAS 2009

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, November 17, 2009
MuqadimahBlog merupakan medium alternatif terpenting yang memberikan kelebihan kepada mana-mana individu, kumpulan dan organisasi bagi membina imej dan pengaruh. Blogger pula merujuk kepada individu yang mengendalikan Blog. PAS memandang positif kewujudan blog sebagai medium bagi menghadapi peperangan siber disamping menyebarkan dakwah. Namun kebanyakan blogger PAS yang ada, tumbuh meliar tanpa panduan dari peringkat kepimpinan PAS hingga menjadikan dunia blog sebagai medan yang mendatangkan kerugian kepada PAS. Maka satu konvensyen Blog dicadang untuk diadakan bagi mengenal pasti blogger sebenar PAS dan memberikan perkongsian maklumat serta panduan berguna untuk mereka memberikan sumbangan yang lebih bermakna buat PAS.Objektif 1. Menghimpunkan dan mewujudkan Kelab Blogger PAS yang aktif 2. Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PASTarikh : 20 Disember 2009Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS, Taman MelewarMasa : 8.00 pagi-1.00 petangPendaftaran : RM10.00 seorangPeserta1. Terdiri dari kalangan ahli PAS...
Seramai 32 orang ahli PAS baru dari PAS Cawangan Sungai Lancang telah menerima sijil keahlian PAS yang disampaikan oleh YB Datuk Hj Mahfuz Omar. Sebelum ini mereka sekadar menjadi penyokong PAS sahaja sewaktu pilihanraya. Setelah mereka yakin dengan perjuangan PAS, kagum dengan kepimpinan ulama PAS, keterbukaan pimpinan PAS, kesederhanaan hidup pimpinan PAS, sikap mesra rakyat yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS, keupayaan PAS memimpin kerajaan...

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!