MELAYU TIDAK DAFTAR PEMILIH AKIBAT CARA UMNO BERPOLITIK

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, June 29, 2010
PAS berpandangan dengan laporan Berita Harian yang menyatakan bahawa nisbah 1 Melayu dan 40 orang bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi, ini angka petunjuk kegagalan Umno sebagai tonggak kepada negara pada hari ini gagal menyuntik kesedaran politik di kalangan orang Melayu.PAS berpendapat perkara ini terjadi kerana Umno BN yang berkuasa di negara ini telah menjadikan generasi muda Melayu, hanyut dengan budaya hedonisme yang melampau. Orang Melayu yang dilanda dengan budaya ini memang mereka ini tidak akan memperdulikan soal politik dan apa sahaja gejala rasuah yang berlaku dalam negara kita. Umno mengharap dengan dihadang program hiburan sebegini maka mereka tidak akan mengambil peduli apa yang berlaku kepada negara ini. Maka Umno BN akan bermaharajalela untuk memfaraid harta negara kerana rakyat Melayu ini tidak memperdulikan apa yang Umno hendak lakukan seperti kapal selam yang tidak boleh menyelam, gadai harta negara seperti blok L dan M yang berharga RM320 bilion kepada kerajaan Brunei. Nampaknya strategi...

Bertasbih Tapi Menghalal Yang Haram?

Dicatat oleh MisbahulMunir
Di antara perkara yang sangat-sangat menggembirakan saya ialah apabila pimpinan PAS yang tidak mempunyai latar pendidikan agama yang tinggi (termasuk yang tidak berpendidikan formal dalam bidang agama) telah menunjukkan kemampuan dalam menghurai sesuatu dalam konteks Islam dengan begitu baik. Yakin sungguh di hati kecil saya, inilah kesan daripada perjuangan PAS yang dipimpin golongan ulama’.Hasilnya, golongan dilihat telah mampu memahami dan menghuraikan aspek kehidupan dari perspektif Islam dengan jelas. Ia merupakan hasil didikan dan tarbiyah yang diperolehi di dalam PAS. Berbeza dengan UMNO yang dilihat membekukan golongan ulama’. Jika tidak, mana mungkin sesuatu yang haram seperti judi, boleh dilesenkan sebagai halal.Saya menyentuh begini kerana ada peristiwa menarik hati saya sewaktu penggulungan perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tempoh hari (9 Rejab 1431/22 Jun 2010). Ia adalah sidang kali ke-2 bagi tempoh penggal ketiga DUN Kelantan yang Ke- 12.Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

PAS TIDAK GENTAR WALAUPUN BERIBU ORANG AGAMA MASUK UMNO

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, June 28, 2010
Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai Umno. Kalau beribu-ribu menyertai Umno pun PAS tidak takut. Lebih-lebih lagi mereka yang menyerah borang tempoh hari adalah mereka yang tidak diketahui langsung daripada mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat. Saya cuba hubungi rakan di Fakulti Islam UKM untuk bertanya seorang yang masuk menyertai Umno itu pensyarah Fakulti Islam, rakan saya beritahu, beliau pun tidak kenal. Jikalau beliau yang menjadi pensyarah senior di Fakulti Islam UKM pun tidak kenal, macam mana pula Pak Mat di Dabong Gua Musang dan Mak Minah di Hulu Tembeling Pahang hendak kenal.Perjuangan PAS bukan menentang peribadi, tetapi menentang dasar Umno. Siapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi ia mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara mungkar dan mengkhianat amanah negara dan rakyat. PAS tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul.PAS yakin mereka yang berlatar belakang...
Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan mantan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim."Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan."Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas…”Sumber: Harakahdaily [27 Jun 2010]Saya sendiri telah menerima SMS dari ayah kepada seorang pelajar yang berada di Jordan yang berbunyi:“Empat orang darinya adalah ahli kelab Umno di Jordan. Yang lainya adalah dari Mesir, Madinah dan Indonesia...

Najib Takut Dengan Kartun Zunar

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, June 26, 2010
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kasihan melihat Presiden Umno, Dato'Seri Najib Tun Razak yang ketakutan melihat penerbitan kartun-kartunkarya kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenalisebagai Zunar.Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan dan merampas bukukartun 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun.Syarikat Penerbitan Kinibooks yang juga anak syarikat Malaysiakiniyang menerbitkan buku berkenaan berhadapan dengan ancaman hukumanpenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000atau kedua-duanya sekali dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.Sebelum ini Zunar juga dilaporkan pernah memohon untuk mendapatkanpermit penerbitan Gedung kartun, tetapi pihak KDN menolak.Pemimpin Umno-BN yang menguasai Kerajaan tidak dapat menerima secaraterbuka kritikan, sindiran dan satira yang dikemukakan dalam edisikartun-kartun ini. Mereka terdesak untuk menafikan pandangan rakyatterhadap kezaliman, penyelewengan dan keangkuhan mereka.PAS menyokong usaha Zunar dan Malaysiakini...
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat isu kelulusan judi bolamenyebabkan kepimpinan Dato' Seri Najib mulai dipertikaikan olehkepimpinan Umno yang lain. Semalam sayap Pemuda Umno dan Puteri merekamenyertai Umno Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Johor danPahang membantah tindakan kepimpinan Najib yang mahu meluluskan lesenjudi bola untuk rakan baiknya, Tan Sri Vincent Tan.Najib yang juga Presiden Umno kini menerima tekanan yang kuat dan inipertama kali berlaku sejak Najib mengambil tampuk kepimpinan tertinggiparti itu tahun lepas. Jelas isu judi menjadi kudis dalam pentadbiranNajib yang juga cucu kepada Pengerusi Genting (Syarikat Judi terbesarnegara) yang pertama, Tan Sri Mohammed Noah bin Omar.PAS sejak dari mula-mula ditubuhkan lagi konsisten dengan perjuanganmenentang judi. Dakwaan Mahathir bahawa PAS hanya menentang judi bolaadalah satu fitnah yang dangkal. Beliau lupa bahawa ketika beliaumenjadi Perdana Menteri, PAS membantah kelulusan lesen judi yangbeliau hadiahkan kepada Syarikat Bukit Tinggi Resort yang...

JI : PAS mahu Kerajaan tahan dan dakwa, bukan sibuk buat berita

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, June 24, 2010
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius dakwaan pihak Kerajaandan ketua Polis Negara bahawa institut pengajian tinggi negara inikini sudah dimasuki oleh Jamaah Islamiah (JI) yang dilabelkan sebagaikumpulan penganas oleh Amerika.Berita ini diperbesarkan dan menimbulkan suasana yang tidak tenteramdalam negara. PAS kesal kerana isu sebegini sepatutnya diselesaikansecara rahsia bagi memastikan mereka-mereka yang disyaki terlibatdengan aktiviti keganasan dapat dibanteras dan tidak melarikan diri.Hebahan media ini hanya memberikan rasa takut kepada rakyat danpeluang untuk pengganas menyembunyikan atau melarikan diri. PAS sangsidengan dakwaan yang dibuat kerana setelah seminggu berita iniberlegar di media massa pihak Polis masih gagal membuat sebarangtangkapan, sedangkan PDRM adalah antara yang terhebat di dunia untukmemburu penjenayah..Pas juga merasa bimbang kalau perkara ini dihebahkan akan mengundangcampur tangan asing ke atas negara ini seperti yang pernah dialami diAfghanistan. Apa yang merugikan negara ialah...
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Kerajaan BN dan Polis DirajaMalaysia memberikan penjelasan terhadap laporan Malaysiakini yangmengatakan Presiden PAS didakwa sebagai pengganas dalam satu taklimatkeselamatan negara berhubung Jamah Islamiah (JI) di Bukit Aman Isninlalu. PAS memandang serius dakwaan ini.Menurut Malaysiakini, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu TerasInstitut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin membuatdakwaan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama bekasmufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang DrJuanda Jaya dan mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri ShahidanKassim adalah pengganas dalam taklimatnya.PAS mencurigai kredibiliti Zamihan yang mendakwa penglibatan PresidenPAS dalam gerakan wahabi yang turut dikaitkan dengan Jamaah Islamiahyang dirangkumkan bagi membentuk persepsi bahawa beliau adalahPengganas.PAS melihat bahawa fitnah ini sengaja dicipta bagi memberikan imejburuk kepada beliau dan PAS. Perkara ini bukan kali pertama. Tahunlepas...

ISTERI PESURUHJAYA PAS PERAK MASUK WAD DI HOSPITAL

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, June 23, 2010
Isteri PJ Perak Ust Abu Bakar Husein kini terlantar di wad 2c Hospital Besar Ipoh sejak lima hari yang lalu akibat kanser payu dara. Keadaannya stabil tetapi masih dirawat rapi oleh pihak hospital. Walaupun dalam keadaan yang begitu uzur, namun isteri beliau masih boleh tersenyum dan berbual dengan mesra ketika diziarahi.Inilah ketabahan dan kesabaran seorang isteri kepada pemimpin No 1 gerakan Islam di Perak. Manakala Ust Abu Bakar Husein begitu juga, tabah, sabar dan berrtawakkal kepada Allah swt selain berusaha dengan berbagai kaedah perubatan bagi menyembuhkan penyakit isterinya.Ahli-ahli PAS diseru solat hajat mohon kepada Allah swt agar isteri beliau Ustazah Rafeah bt. Hj Ramli disembuhkan dari penyakit yang dideritai selama ini. Kepada yang ingin menziarahi boleh berbuat demikian di Wad 2c bilik No 1, Hospital Besar Ip...

Ust Ibrahim masih ditahan di Mesir.

Dicatat oleh MisbahulMunir
Maklumat terkini dari sumber Wisma Putra mengesahkan Ust Ibrahim @ nama sebenarnya Muhammad Zulkifli bin Zakaria dari Lenggong yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak masih dalam tahanan dan siasatan polis Mesir. Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra sedang berusaha membebaskan dan membawa pulang Ust. Ibrahim. Menurut sumber dari Wisma Putra, beliau disyaki oleh polis Mesir terlibat dengan beberapa individu yang disenarai hitamkan oleh kerajaan Mesir. Walau bagaimanapun, tuduhan ini masih belum dibuktikan dan tiada yang mengesahkan punca-punca penahanan yang sebenar.PAS Negeri Perak melalui Lajnah Antarbangsa PAS Pusat sentiasa bekerjasma dengan Wisma Putra dalam usaha membebaskan beliau, PAS yakin Ust Ibrahim tidak terlibat dengan mana-mana kegiatan keganasan. Walaupun beliau pernah ditahan di bawah ISA ketika itu, bukan bermakna beliau terlibat dengan aktiviti keganasan atau terlibat dengan mana-mana kumpulan. Kerajaan Malaysia tidak pernah membuktikannya di Mahkamah.Dewan Ulama PAS Perak pula telah mengarahkan...

Politik Masjid Di Kelantan

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, June 21, 2010
Latar belakangMenerusi tulisan saya sebelum ini bertajuk “Politik hendaklah selari dengan Islam” adalah sarat dengan realiti politik Islam dan sebenarnya berlaku dalam masjid. Maka, berani saya hujahkan bahawa salah satu ciri politik Islam ialah wujudnya politik masjid. Ia cukup berbeza dengan politik sekular yang tidak menerima amalan politik berlaku di gereja. Oleh sebab itu, tiada sebab bagi umat Islam meniru-niru cara-cara politik sekular yang memakai prinsip politik suku, agama suku. Maka, PAS sebagai parti Islam adalah bersih dari saki-baki amalan politik sekular. Melainkan parti Umno yang masih pekat-berdene (kejap melekat) dengan lendir-lendir sekular-kebangsaan-pragmatik (SKP) warisan penjajah Inggeris!Politik masjid berlaku di KelantanAdakah masih kental fahaman Umno di Kelantan, sedangkan telah 20 tahun rakyat Kelantan dibayangi dengan politik Islam acuan PAS? Menjawab persoalan ini, memang ada sebahagian kelompok Melayu yang berfahaman politik SKP terlekat pada puak Umno Kelantan. Maka ia dilihat masih...

PASAR BAGAN DATOH DIARAH TUTUP GARA-GARA NAJIB TURUN BAGAN DATOH

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, June 18, 2010
20hb ini PM Dato' Seri Najib akan turun ke Bagan Datoh. Kunjungan ke Bagan Datoh tiada siapa yang menghalang, itu tugas beliau sebagai PM Menteri Malaysia. Rakyat Bagan Datoh sentiasa mengalu-alukannya.Masalahnya apa kena mengena dengan lawatan kerjanya ke Bagan Datoh dengan peniaga-peniaga di Pasar Pekan Bagan Datoh yang itulah kerja sehari-harian mencari rezeki? Mengapa ada arahan dari Majlis Perbandaran Teluk Intan mengarahkan supaya pada 19 dan 20hb Jun ini para peniaga menutup gerai-gerai ikan dan sayur mereka sempena lawatan PM ke Bagan Datoh.Semata-mata meraikan PM pintu rezeki mereka pula ditutup. Inilah UMNO BN yang lebih mengutamakan pemimpin dari rakyat jelata. Di mana perginya slogan "Rakyat didahulukan..............". Cacatkah program menyambut Najib di Bagan Datoh hanya kerana para peniaga tetap meneruskan perniagaannya? Yang jelas para peniaga yang terjejas pendapatannya gara-gara Najib melawat Bagan Datoh.Semua para peniaga kesal dan membantah arahan menutup Pasar Pekan Bagan Datoh selama dua hari oleh...

PAS Mahu Kerajaan Tambah AP Gula, Selesaikan Mogok Peniaga Segera

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, June 17, 2010
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu kerajaan menambahkan permit import (AP) bagi gula dan segera menyelesaikan mogok yang yang dilakukan oleh Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia yang bermula hari ini.Tindakan 20 ribu ahli persatuan ini mungkin tidak akan menjejaskan rakyat yang tinggal dibandar besar kerana mempunyai pasaraya hypermarket yang mudah dikawal oleh kerajaan, tetapi secar tidak langsung ia akan memberikan masalah kepada rakyat diluar bandar.PAS melihat bahawa tindakan kerajaan memperkenalkan lesen penjualan barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung merumitkan lagi masalah kekurangan barang-barang ini dipasaran. Walaupun pada masa ini lesen ini diberikan secara percuma, tetapi sambutannya amat sedikit.Keengganan para peruncit memberikan kerjasama amat mengecewakan rakyat. PAS yakin dari lebih 70 ribu peruncit diseluruh negara, majoriti mereka tidak bersetuju dengan kempen boikot ini. Walaubagaimana pun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlulah...

YB KESAVAN TIDAK AKAN LOMPAT PARTI

Dicatat oleh MisbahulMunir
"Alhamdulillah, saya selamat dari syaitan BN. Saya sanggup korbankan nyawa demi mempertahankan maruah dan harga diri pengundi HM...lawan tetap lawan". Itu adalah jawapan YB Kesavan (K7)melalui mesej kepada saya setelah dihubungi berikutan dengan desas desus kononnya beliau akan turut melompat menyertai BN. Beberapa rakan dan wartawan cuba menghubungi beliau melalui hp tetapi tidak diangkat,ini menggusarkan penyokong-penyokong PR sehingga timbul tandatanya ? Ternyata telahan tersebut meleset, K7 sengaja menutup hpnya, kebelakangan ini beliau sering dihubungi oleh syaitan-syaitan BN (bahasa K7) dan beberapa orang yang tidak dikenali memujuk supaya beliau mengikut jejak langkah adun Malim Nawar.Saya sedikitpun tidak percaya dengan khabar angin ini. K7 seorang yang berprinsip dan sangat tegas dengan prinsip yang dipegangnya. Beliau juga di antara yang menerima tawaran puluhan juta dari beberapa orang BN, antara yang pernah menghubungi katanya adalah Ezam Mohd Noor sendiri dan orang-orang Zahid. Semua tawaran dan pujukan...

LEBIH BAIK USULKAN UNDI TIDAK PERCAYA DI DUN PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, June 15, 2010
Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap desas desus kononnya beberapa ADUN BN akan melompat dari parti mereka, saya bimbang ini hanya gimik untuk meletakkan harga yang tinggi ke atas mereka. UMNO BN sudah tentu tidak akan berdiam diri untuk mengikat adun-adun BN, jutaan ringgit dan berbagai tawaran pasti akan dihamburkan kepada mereka.Alasan untuk meninggalkan UMNO BN pula sekadar tidak puas hati kerana Zambry terlalu melebihkan dan melayani 3 adun yang melompat dulu berbanding mereka. Kalau inilah alasan, lompat yang seumpama ini lompat yang tidak bermoral dan berprinsip. Lainlah kalau alasan itu atas dasar prinsip, amalan rasuah UMNO BN, penyelewengan, salah guna kuasa, penghalalan judi bola dan sebagainya. Kalau inilah alasanya, perbuatan mereka terpuji dan ia bukan melompat tetapi berhijrah dari perkara yang tidak baik kepada yang lebih baik. Dan amalan ini wajar dicontohi oleh orang-orang UMNO BN yang lain.Saya setuju dengan pandangan YB Hj Nizar supaya mana-mana Adun UMNO BN yang sememangnya tidak...
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan komentar Tun Mahathir Mohamad berhubung dengan isu judi yang dihalalkan oleh Kerajaan Umno-BN. Tuduhan beliau bahawa PAS hanya mengharamkan judi bola sahaja adalah suatu fitnah yang jelas dan isu judi bukanlah isu politik seperti apa yang beliau fikirkan. PAS menolak dan mengharamkan semua aktiviti judi dinegara ini dan bukan melibatkan perjudian bola sahaja. PAS jauh berbeza dengan Umno. Umno telah perintah negara selama 12 penggal, namun belum ada usaha dilakukan bagi menghapuskan judi. Selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi. Di Kedah usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan. Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat. Rakyat juga tahu, bahawa lesen perniagaan judi diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanya meluluskan lesen premis dan iklan yang kebanyakannya...
Al Fadhil Ust Ibrahim Zakaria (Nama sebenar Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria) bekas calon PAS Lenggong 2008 dan AJK Dewan Ulama PAS Perak telah ditahan oleh pihak keselamatan Mesir. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Cairo selepas mendaftar masuk untuk pulang ke Kuala Lumpur.Menurut sumber yang menghubungi saya, beliau berada di Mesir selama dua bulan untuk mengikuti ujian kelayakan master di Universiti Zamalik, Cairo. Ketika ditahan beliau bersama dengan isteri dan anaknya, walau bagaimanapun isteri dan anaknya dilepaskan pulang ke tanah air, beliau pula dikenakan tahanan lokap yang tidak diketahui di mana tempatnya. Sehingga sekarang, tidak ada siapa yang tahu punca-punca penangkapan.PAS Negeri Perak dan PAS Pusat sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut penangkapan ini dan berusaha menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Mesir dengan kerjasasama Wismaputra bagi membebaskan Ust Ibrahim.Seluruh ahli PAS diseru solat Hajat supaya Ust Ibrahim dalam keadaan selamat dan segera dibebaskan, kita yakin beliau tidak melakukan...
Ustaz Hassan Shukri mengakhirinya hayatnya dalam perjuangan. Beliau kembali ke rahmatullah sekembalinya dari mengikuti Muktamar Tahunan PAS Pusat yang berlangsung di Putik, Kelantan.Saya sempat menegurnya dengan ucapan tahniah apabila jasanya sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat satu ketika dulu dihargai oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dalam Muktamar Tahunannya kali ini. Beliau tersenyum simpul sambil mengucapkan terima kasih.Dalam perjalanan ke LCCT petang tadi untuk mengikuti program bersama saudara baru di Sarawak anjuran Yayasan Amal, saya mendapat mesej mengatakan Ustaz Hassan Shukri telah meninggal dunia. Pada mulanya saya ragu menerima mesej tersebut, maklumlah satu ketika dulu saya menerima mesej mengatakan Ust Hassan Shukri meninggal dunia, ketika itu saya sedang mengikuti program di Sabah anjuran Pemuda PAS Sabah, lantas saya meminta para hadirin membaca Al Fatihah, rupanya orang lain yang meninggal dunia di Taman Melewar yang namanya sama. Begitu juga Al Marhum Ust Fadhil, berita mengenai kematiannya mendahului hari...

MUKTAMAR PEMUDA PAS PUSAT KE 51

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, June 10, 2010
Muktamar Pemuda PAS Pusat kali ke 51 telah berlangsung hari ini. Serentak itu juga Dewan Ulama dan Dewan Muslimat PAS Pusat menjalankan Muktamar Tahunan masing-masing di PADU Machang dan Perdana Resort.Upacara perasmian ketiga-tiga dewan telah berlangsung malam tadi di PUTIK oleh YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS. Dalam majlis perasmian dua orang tokoh telah diberi anugerah oleh Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat...

SUKARELAWAN GAZA SELAMAT PULANG KE TANAH AIR

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, June 6, 2010
12 orang sukarelawan Malaysia ke Gaza telah selamat pulang ke Tanah Air pagi tadi kira-kira jam 5.20 pagi diKLIA. Ketibaan mereka disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, beberapa NGO, ahli keluarga masing-masing dan sekitar 300 orang yang lain. Mereka disambut dengan meriah sekali.Sukarelawan Gaza terus dibawa ke Kediaman PM di Putrajaya bersama ahli keluarga masing-masing untuk diraikan oleh ...
Pakatan Rakyat berjaya membuka mata rakyat melalui ekspedisi yang dianjurkan semalam. Rombongan ekspedisi disertai oleh pimpinan PAS, PKR dan DAP serta adun-adun PR. Dua buah bas dan beberapa buah kereta membawa para peserta ekspedisi ke beberapa destinasi. Ekspedisi bermula di Kuala Kangsar, menuju ke Manong, Beruas, Bota, Kg. Gajah, Langkap, Teluk Intan, Lumut dan Bagan Datoh.Program berjalan sebagaimana yang dijadualkan, setiap destinasi...

SINAR HARIAN KUNJUNGI HJ NIZAR MOHON MAAF

Dicatat oleh MisbahulMunir
Sinar Harian mengunjungi YB Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak petang Jumaat baru-baru ini di pejabat PAS Perak. Kunjungan Sinar Harian selain menjalin hubungan mesra dengan PAS Perak juga memohon maaf berikutan salah lapor satu program antara PAS Perak dengan paderi-paderi di sekitar bandaraya Ipoh. Sinar Harian melaporkan kononnya penganut Kristian tidak sokong PAS.Berikutan laporan yang tidak tepat tersebut,...

NAJIB LANTIK MUKA BARU SEMUA BUKAN MELAYU

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, June 2, 2010
Apabila YB Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak yang ke 10 melantik barisan EXCOnya pada tahun 2008 setelah diberi mandat memerintah negeri Perak, gegak gempitalah pemimpin UMNO Perak dan seluruh negara kononnya Hj Nizar boneka DAP, boneka Cina, kuda tunggangan DAP/Cina dan sebagainya. Dalam pembentukan EXCO Perak jumlah kerusi DAP melebihi kerusi PAS dan PKR. Rasionanya kerusi DAP yang dimenangi dalam PRU 2008 berjumlah 18, berbanding PAS cuma 6 dan PKR cuma 7. DAP mempunyai 6 EXCO, 5 daripada Cina dan seorang India, PAS 2 orang (termasuk MB), PKR pula 3 orang (2 Melayu dan seorang Cina). Itulah kewajaran dan rasionalnya. Namun bukan bermakna DAP yang jumlah kerusi EXCOnya lebih besar dibandingkan PAS & PKR, maka DAP berhak menentukan dasar dan polisi kerajaan PR. Di Perak, segala polisi, dasar dan perlaksanaan apa sahaja program kerajaan ditentukan oleh ketiga-tiga parti melalui majlis pimpinan PR peringkat negeri yang dianggotai oleh tiga orang setiap parti. Mereka inilah yang menentukan polisi...

Rakyat Malaysia yang ditahan Israel bebas

Dicatat oleh MisbahulMunir
Berita terkini melaporkan 12 orang rakyat Malaysia yang ditahan regim Israel telah dibebaskan termasuk sdr. Hj Jamuliddin Elias, Timbalan Pengarah Yayasan Amal Malaysia. Kesemua yang dibebaskan kini berada di Kedutaan Malaysia Jordan. Kesemua yang dibebaskan itu telah menghubungi keluarga masing-masing. Namun semua alat-alat milik mereka seperti kamera, handphone, video dan yang seumpamanya tidak dikembalikan. Manakala semua barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza ditahan oleh pihak berkuasaa Israel tidak pasti samada diserahkan kepada rakyat Palestin di Gaza atau dirampas. Urusan untuk mereka pulang ke tanah air sedang diuruskan oleh pihak kedutaan. Sumber : Lifeline4gaza.o...

KELUARGA HJ JAMULIDDIN DI ZIARAHI YAYASAN AMAL

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, June 1, 2010
Sebaik sampai di KLIA dari Instanbul, rombongan Yayasan Amal Malaysia (YAM) yang diketuai oleh Cikgu Hj Husein Ismail terus bergegas ke rumah Hj Jamuledin Elias, Timbalan Presiden YAM di Kg. Delek, Kelang. Hj Jamuledin adalah salah seorang rakyat Malaysia yang mewakili YAM ke Gaza yang telah ditahan oleh Israel bersama dengan ratusan aktivis Ngo seluruh dunia.Kedatangan kami disambut oleh isteri, ahli keluarga, jiran tetangga dan seluruh...

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!