Ahli-ahli BPP Perak
PESURUHJAYA : USTAZ ABU BAKAR HUSEIN
TIMBALAN –TIMBALAN PESURUHJAYA
1. YB DATO’ SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN
2. DR. KHAIRUDDIN BIN DATO’ ABDUL MALEK
3. USTAZ MUSTAPHA SHAARI
SETIAUSAHA : SDR. MOHD MISBAHUL MUNIR HJ MASDUKI
PENOLONG SETIAUSAHA : SDR. ISMAD SHAHRIL BIN CHE MAT
BENDAHARI : TN. HAJI ABDUL RAHIM MAT ARIP
PENGARAH PILIHANRAYA NEGERI : TN. HAJI ASMUNI AWI
KETUA PENERANGAN : YB USTAZ KHALIL IDHAM LIM BIN ADBULLAH
AHLI-AHLI PERHUBUNGAN YANG DILANTIK :
1. TUAN HAJI AMINUDDIN BIN ZULKIFLI
2. SDR. MUHAMMAD K. Y. TIANG ABDULLAH
3. TUAN HAJI OSMAN MASERI
4. TUAN HAJI AZHAR RIFAEI
5. SDR. KHAIRUL ANUAR BIN ISMAIL
6. DR. NAJIHATUSSALEHAH BT AHMAD
7. PUAN AMIZAN BT. BAHARUDDIN
Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Husein selaku PJ yang baru telah menyampaikan satu tazkirah sulungnya dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Perak yang pertama. Tazkirahnya berkisar dalam persoalan amanah & tanggungjawab kepimpinan.
Beliau mengingatkan bahawa setiap pemimpin gerakan Islam di semua peringkat mestilah mempunyai ciri-ciri berikut : ikhlas kerana Allah, tazkiatun Nafs (membersihkan hati melalui amalan-amalan sunat), menambah ilmu, mendahulukan akhlak, tawadhu', komitmen & tanzim yang sempurna,tahdid awlawiyyat (mengutamakan keutamaan), husnul taamul (muamalah yang mesra bersama masyarakat, sentiasa peka dengan isu,bertindak secara syarie/jamie (husnai aada'/murunatul amal, wala' (kesetiaan)yang mantap, istiqamah & thabat, memiliki fikrah islah, elak perpecahan/dekatkan ukhuwah, syura didahulukan taqwa diutamakan,
Selain itu, kempen bubarkan dun akan diadakan secara berterusan, usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat, program bina insan & islah, operasi dakwah dan gerak kerja pilihanraya diperhebatkan, kempen memperkasakan parti, pengilmuan masyarakat, menjana kemantapan ekonomi,
Beliau juga mengingatkan supaya pimpinan PAS hendaklah memulakan operasi tazkiah dengan berpuasa setiap Isnin & Khamis. meninggalkan tabiat merokok dan mesra ahli.
Dalam mesyuarat tersebut, beliau telah mengumumkan perlantikan pemegang jawatan Ahli BPP Perak.
Di Ladang Ini
Saudara,
Saudara miliki ruang
tanah sendiri seumpama ladang
suburnya menghijau tidak pernah gersang
situlah kalian berdiri
situlah kalian berlari
tidak seperti aku
sudahlah jauh di negeri orang
tinggal merawat luka sendiri
merapat malam dengan siang
melakar warna langit yang hilang
entah dipandang, entahkan tidak.
Alangkah indahnya
jika tanah ini kembali berhuma
jika sungai itu mengalir air yang jernih
jika denai itu kembali ceria
jika kaki saudara masih setia
pada ini ladang
bukanlah saudara
memimpin dengan meminta
kempen,
perancangan tersusun
atau
munajat panjang
bersuaralah dalam ladang itu
semailah benih
bajaklah pandangan
tuailah keputusan
hidangkan pada aku sepinggan
meski nasi tanpa lauk
tanpa sayur
tanpa garam
kerana aku tidak pernah meminta
lebih daripada itu
sekadar huma
dari ladang kita
Swansea. UK
Aku adalah sisa
Dari kaum yang terbunuh
Mati di tanah sendiri
Permisi sebelum waktu
Berdiri aku di tanah pusaka
Yang berlembah hiba
Hilang sudah
Rimbun dedaun hijau
Tegak kota batu, pagar keluli
Yang meminggir ke penjuru
Seluruh desa permainanku
Semalam yang memanggil aku
Penuh dingin menikam sukma - berdarah
Menitis mengalir darah
Selendang merah luka bangsa
Jangan lagi bicara soal
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Kerana kaum ini
Telah hilang istilah dan peribadi sendiri
Telah roboh kotanya
Rebah madrasahnya
Ranap gedungnya
Dan remaja gersang hidup
Racun sang penguasa yang rakus
Sedang si tua hilang akal
Mengitung luka bertahun
Di tengah-tengah kamaruk pada pangkat dan harta secubit
Rela membunuh sesama rumpun
Mencabut damai
Memenjara lelayang
Yang bebas berterbangan
Suara ini semakin pudar
Hilang sudah susilanya
Mencari kata-kata yang sukar diberi makna
Seperti langkah
kehilangan gagah
Tidak persis lelaki sejati
Yang berani dan berahi
Mencabar zaman
Mengisi ruang
Dan kaum yang terbunuh
Terpinggir di bumi sendiri,
Lemah, dimamah
Terkapai, tak terbela,
Tenggelam, mati, hanyut
Si bangsat yang hilang
Buminya sendiri
Teringat aku pada hikayat lama
Bagaimana Temasik di langgar todak
Bisanya keris Laksamana Bentan
Amuk si Jebat derhaka
Titah berdarah Puteri Gunung Ledang
Ada lagi Musang Berjanggut,
Pak Pandir, Si Kadok menang sabung,
Kampong tergadai.
Aku menuntut hak kaum yang telah mati
Biar kuburnya bertanda akan
Ayat-ayat Tuhan yang hampir dilupakan
Kerana yang tinggal pada kaum ini
Hanyalah ingatan pada keyakinan yang samar
Akan ajaran lama yang ditinggalkan
Berdiri seakan bertafakkur
Kerana al Fatihah belum mampu dihabiskan
Aku terus berdiri dan melangkah
Kerana kau adalah sisa kaum yang terbunuh
Yang ingin hidup lebih bermakna.
Muhaimin Sulam
KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.
Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia.Image
Hadir sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.
Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.
Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.
Kakak sulungnya, Mariam isteri kepada seorang pesara polis kini tinggal di Kampung Laloh.
Keluarganya berasal dari Bukit Marak berhijrah ke Kuala Krai ketika beliau berusia lima tahun.
Beliau merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik. Empat daripadanya mendapat pendidikan tinggi sehingga ke luar negara.
Seorang lagi kakaknya, Prof Dr Aminah pensyarah kanan di UKM; ketiga, Ibrahim seorang peniaga buah-buahan; keempat, Sabariah ketua jururawat di Hospital Temerloh.
Kelima, Mohd Yazid, pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya. Manakala dua adiknya iaitu Razali memiliki syarikat perunding di Pulau Pinang dan adik bongsu, Zaidi lepasan bidang IT di universiti, Australia.
Mohd Fauzi mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood.
Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.
Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas.
Orang ramai mudah menemuinya di kedai-kedai kopi. Hampir kesemua penduduk di sembilan peti di Manek Urai mengenalinya.
Biar pun kenderaan disekat melintasi jambatan merentangi Sungai Lebir menghala ke Manek Urai Lama mulai jam 7 petang semalam, namun banyak kenderaan masih lagi tersangkut untuk keluar ke jalan besar jam 1 pagi. - mj _
Kutipan yuran sekolah bagi tahun 2009 yang mula dipungut sekarang membebankan ibu bapa. Biasanya kutipan yuran dipungut di awal tahun, dan ibu bapa sudah menyediakan bajet bagi membayar yuran-yuran tersebut. Tetapi tahun ini, kutipan yuran ditangguhkan dulu, ada makluman kononnya penangguhan kutipan yuran di awal tahun ada kaitan dengan perlantikan Datuk Najib sebagai PM yang baru, oleh kerana tidak ada penjelasan dari pihak sekolah berhubung dengan penangguhan yuran ini, kebanyakkan ibubapa membuat andaian dan mengharapkan Datuk Najib sebagai PM yang baru akan membuat pengumuman bahawa yuran sekolah pada tahun 2009 dikecualikan atau dihapuskan semua sekali.
Andaian dan apa yang diharapkan oleh ibubapa tidak menjadi kenyataan, pekeliling mengenai kutipan yuran telahpun dikeluarkan kepada ibubapa, yuran-yuran mula dikutip sekarang. Ramai ibubapa yang merungut, mengutip yuran di pertengahan tahun adalah membebankan, ini kerana dalam masa yang sama, mereka juga terpaksa menanggung perbelanjaan anak-anak yang berjaya ke IPTA dan IPTS. Kemasukan ke IPTA telahpun bermula sejak sebulan yang lalu.
Ibubapa tidak faham, apa rasional kutipan yuran dikutip pertengahan tahun, tempoh pembayaran pula bukan sehingga hujung tahun tetapi dalam tempoh sebulan. Di sekolah anak saya, kutipan yuran hendaklah dijelaskan bermula 1 julai dan tarikh akhir pula 31 Julai. Bagi pelajar tahun 1 - 3 sumbangan yang kena bayar pada PIBG RM 42.00, pelajar tahun 4 - 5 RM 52.00, dan pelajar tahun 6 RM 82, selain itu, pakej bayaran tambahan juga dikenakan sebanyak RM 38.50 kepada setiap pelajar.
Bayangkan ibubapa yang mempunyai anak yang ramai di sekolah rendah dan sekolah menengah, sedangkan pendapatan mereka pula rendah atau di paras kemiskinan. Dalam masa yang sama, ada yang mempunyai anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA. Apatah lagi sumbangan dermasiswa RM 1000 oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak kepada pelajar-pelajar yang berjaya ke IPTA tidak lagi diteruskan oleh kerajaan BN.
Slogan yang dilaungkan oleh Najib 'rakyat diutamkan' hanyalah omong kosong, rakyat tetap dibebankan dengan jumlah yuran yang begitu tinggi.
HJ NIZAR DAN PJ PERAK YANG BARU DALAM PROGRAM HI TEA ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN
Pesuruhjaya PAS Perak yang baru Al Fadhil Ustaz Hj Abu Bakar Husein bersama YB Hj Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat diraikan oleh Ikatan Anak-anak Perak di Perantaun dalam program minum petang & dialog petang esok 28hb Jun 2009 di Markaz PAS, Taman Melewar. Program bermula jam 3.00 petang.
Semua anak-anak Perak di seluruh negara dijemput hadir beramai-ramai. Dalam program tersebut, dailog isu-isu terkini negeri Perak turut diadakan bagi mengetahui perkembangan terkini politik negeri Perak.
Sebelah malamnya ceramah perdana akan diadakan di Masjid Kg. Melayu Subang oleh YB Hj Nizar Jamaluddin.
Bagi anak-anak Perak yang ingin mengetahui maklumat lanjut program tersebut, bolehlah hubungi 0196570438 (Cikgu Ezam) atau 0134747628 (Mustapha)
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.
Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.
Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.
Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.
Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.
"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.
Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.
Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.
Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.
Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.
Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.
Harakahdaily.net
Penyokong-penyokong PAS dari kalangan bukan Islam turut serta dalam program Usrah Mingguan PAS Kawasan Bagan Datoh yang diadakan di markaz PAS Kawasan Selekoh baru-baru ini. Jarang-jarang sekali, dalam program dalaman PAS yang bebentuk pengisian dalaman dihadiri oleh orang-orang bukan Islam. Tetapi di Bagan Datoh, markaz PAS yang dijadikan pusat kegiatan parti termasuk Usrah Mingguan turut juga dihadiri oleh penyokong-penyokong PAS dari kalangan Cina dan India.
Biasanya program usrah bermula dengan solat berjamaah, bacaan ma'athurat, pembentangan teks usrah menggunakan buku-buku tertentu atau kertas-kertas kerja tertentu, dibentang oleh naqib dan diperbincangkan, mengulas isu-isu semasa dan membincangkan program-program semasa. Ia dihadiri oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS.
Kali ini, penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India turut hadir, mereka duduk bersila, mendengar kupasan-kupasan ayat-ayat al Quran dan Hadis oleh YDP Kawasan Bagan Datoh yang memimpin usrah pada malam itu. YDP menggubah sedikit pendekatan agar ia lebih kepada bentuk dakwah. Mereka mendengar dengan penuh minat.
Dalam usrah tersebut, persoalan Kerajaan Perpaduan turut disentuh kerana ramai yang ingin mengetahuinya. Alhamdulillah penjelasan yang diberikan oleh YDP melegakan semua yang hadir termasuk penyokong-penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India. Mereka berpuas hati dengan penjelasan tersebut.
Program Usrah Mingguan PAS yang dihadiri oleh bukan Islam turut dilaporkan oleh wartawan Sinar Harian dalam keluaran hari Jumaat semalam. Kebetulan beliau yang juga penyokong PAS hadir dalam program Usrah tersebut. Mereka cukup tertarik dengan program usrah dan pengisiannya malam itu, dan mereka berhasrat ingin mengikuti setiap kali ada usrah.
Ini adalah satu perkembangan yang baik, mudah-mudahan dengan penyertaan mereka dalam usrah PAS, bukan sahaja semangat untuk bersama PAS bertambah kuat, bahkan semuga mereka akan mendapat hidayah untuk beriman dengan aqqedah kita. Insya Allah.
PAS berhadapan dengan kemelut dalaman parti yang tidaklah serius dan separah masalah dalaman UMNO sebagaimana yang cuba digambarkan oleh media arus perdana. Perbezaan pendapat antara pimpinan parti bukan bermakna PAS telah berpecah belah. Kemelut dalaman parti ini hanyalah krisis pemikiran antara pimpinan tertinggi parti akibat isu Kerajaan Perpaduan.
Krisis pemikiran yang berlaku semakin berlarutan akibat masing-masing pimpinan menjadikan media sebagai saluran mempertahankan pandangan, sepatutnya perbezaan pendapat dalam perkara-perkara besar seumpaman ini dibincangkan dan diutarakan dalam muzakarah dan mesyuarat dalaman parti.
Selain itu, UMNO melalui media sememangnya menunggu peluang ini, perbezaan pendapat antara pimpinan PAS dibesar-besarkan oleh media arus perdana. Pimpinan UMNO kononnya menyokong pendapat sebelah pihak dengan pujian yang melambung, selama ini tidak ada pimpinan tertinggi UMNO memuji sebegitu rupa. Tujuan pujian hanyalah untuk mengeruhkan keadaan, ini yang UMNO mahu. Dalam keadaan UMNO semakin ditolak oleh rakyat, manakala Pakatan Rakyat semakin disenangi oleh rakyat, peluang seumpama inilah yang ditunggu oleh UMNO.
Berhadapan dengan kemelut pemikiran ini, sebagai ahli dan penyokong PAS, sewajarnya kita menjadi pendengar yang baik. Kita tidak boleh terus terburu-buru menghukum mana-mana pihak yang pandangannya berbeza dengan kita. Itu sikap yang tidak adil.
Kita wajar bahkan wajib mengikuti perkembangan dengan teliti, mendengar dari sumber-sumber yang dipercayai, pandangan kedua-dua pihak hendaklah sama-sama kita dengar, kemudian diteliti. Jauhi dari mendengar dari pandangan pihak ketiga, apatah lagi media-media cetak atau media elektronik, lebih-lebih lagi bloggers yang berat sebelah.
Membaca dan mendengar bagi mengikuti perkembangan adalah baik, tetapi jangan cuba mengulasnya kalau maklumat yang kita perolehi samar-samar dan ragu-ragu, sekalipun maklumat itu benar dari sumber yang dipercayai, kalau ingin mengulas, ulaslah dengan cermat dan adil bukannya menjadi batu api atau semakin mengeruhkan keadaan.
Buat masa ini, lebih baik kita ikuti sahaja perkembangan. Anggaplah pandangan-pandangan pimpinan yang berbeza dalam isu ini ada asas dan hujjah masing-masing, kita boleh ikuti dengan penuh minat, teliti, tertib dan beradab. Buat sementara waktu, elakkan dari memihak.
Di samping itu, kita sangat mengharap supaya pimpinan tertinggi parti mencari jalan terbaik menyelesaikan isu ini melalui muzakarah, semua pihak hentikan dari membuat kenyataan melalui media walaupun media rasmi parti. Ceramah-ceramah PAS juga bukan medan terbaik menjelaskan isu ini, ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Mesyuarat khas parti hendaklah segera diadakan bagi membincangakan isu. Semua pimpinan mesti memberi pandangan dan sikap terhadap isu ini.
Sekiranya peringkat pimpinan juga tidak boleh menyelesaikan isu ini, Muktamar Khas parti hendaklah segera diadakan. Serahkan kepada Muktamar bagi membuat keputusan terhadap kemelut dan krisis pemikiran ini. Sebagaimana dalam perlembagaan PAS, Muktamar adalah kuasa tertinggi dalam memutuskan suatu perkara yang tidak mampu diselesaikan sebagaimana proses biasa.
Ketika inilah, kita berhak menyokong mana-mana pandangan yang berdasarkan penelitian kita, pandangan itu benar dan betul. Ahli parti hendaklah patuh dengan keputusan Muktamar walaupun boleh jadi pandangan kita berbeza dengan keputusan Muktamar. Disiplin dan akhlak berjamaah hendaklah menjadi amalan, Insya Allah PAS tidak akan mengulangi sejarah lampau dengan perpecahan yang akhirnya wujud parti baru.
SEMINAR MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN (SMS '09)
PENGENALAN
Ilmu Maqasid Al-Syariah adalah merupakan satu cabang ilmu yang masih belum difahami dengan jelas oleh masyarakat kita di Malaysia walaupun ia telah lama dibincangkan oleh para ulama' dalam kitab-kitab fiqh dan usul-fiqh mereka. Malah istilah Maqasid al-Syariah ini juga masih kurang diberi penekanan oleh ramai ahli cendikiawan Islam sendiri.
Pada hakikatnya, ia telah diaplikasikan dalam pelbagai sudut kehidupan terutamanya yang melibatkan hal ehwal kemasyarakatan, kewangan dan pentadbiran. Sebenarnya orang yang mengenali dan memahami Maqasid Al-Syariah akan terpegun melihat keindahan dan kesempurnaan agamanya, malah ia juga akan memperlihatkan kebenaran ayat al-Quran yang bermaksud: {Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan} [Al-Haj: 78]. Dan Firman Allah swt yang bermaksud: {Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.} [Al-Baqarah: 185].
Dalam menghadapi dan menyelesaikan persoalan- persoalan semasa juga tidak kira samada yang menyentuh aspek sosial, ekonomi, politik mahupun perundangan Islam secara menyeluruh, ilmu Maqasid Al-Syariah merupakan satu elemen penting yang mesti dihadamkan oleh para cendikiawan, ulama' mahupun hukkam.
Menyedari tentang ilmu Maqasid Al-Syariah ini serta isu-isu semasa yang berkait dengannya maka, Jabatan Syariah KIAS menganjurkan satu seminar peringkat kebangsaan yang akan mengupas dan memberi pendedahan tentang isu-isu tersebut dalam kerangka ilmu dan akademik.
ANJURAN :
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kelantan
TARIKH :
13 JULAI 2009 (ISNIN)
TEMPAT : Hotel Grand Riverview KOTA BHARU
PESERTA :
• Pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan
• Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri
• Wakil Rakyat dan Ahli Politik
• Ahli-ahli Akademik IPTA dan IPTS
• Pengamal Undang-undang
• Pegawai Pejabat Agama/ Mufti/ Majlis
• Penggawa dan Penghulu
• Pegawai Dakwah/ Halaqat
• Pegawai Pendidikan
• Pelajar IPTA dan IPTS
• Ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
• Individu-individu yang berminat terhadap pentadbiran negara
TENTATIF PROGRAM
8.00 – 9.00 pagi : Pendaftaran Peserta
9.00 – 11.55 pagi : SESI PEMBENTANGAN PAGI
Moderator: Ustaz Mohd Azhar bin Abdullah
Kertas Kerja 1
Tajuk : Maqasid Syariah Sebagai Roh Dalam Pentadbiran Negara
Pembentang : Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
(Pensyarah Jabatan Al-Syariah KIAS)
Kertas Kerja 2
Tajuk : Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Kewangan dan Ekonomi Negara
Pembentang : Prof. Madya Dato' Dr. Hailani Muji Tahir
(Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia)
Kertas Kerja 3
Tajuk : Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Masyarakat Majmuk di Malaysia
Pembentang : Prof. Madya Dr. Shukeri Mohamad
(Pensyarah Akademi Pengajian Islam Nilam Puri Universiti Malaya)
11.55 pagi – 1 petang : MAJLIS PERASMIAN
11.55 pagi : Ketibaan YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar
12.00 tgh : Ucapan Pengacara Majlis
12.05 tgh : Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran al-Karim
12.15 tgh : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Seminar YBhg. Ustaz Hamidi bin Abdul Ghani
12.25 tgh : Ucaptama dan Perasmian
1.00 ptg : Makan Tengahari
Solat Zohor Berjemaah & Solat Hajat
Rehat
2.30 – 4.20 petang : SESI PEMBENTANGAN PETANG
Moderator : Ustaz Fadhli bin Shaari
Kertas Kerja 4
Tajuk : Maqasid Syariah Dalam Perlembagaan dan Perundangan Negara
Pembentang: Prof. Dr. Abdul Aziz Bari
(Pensyarah Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim UIA)
Kertas Kerja 5
Tajuk : Maqasid Syariah Sebagai Dasar Membangun Bersama Islam: Satu Pengalaman Kerajaan Negeri Kelantan.
Pembentang : YB Dato' Mohd Amar bin Abdullah
(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan)
Sesi soal jawab
4.20 – 5.00 ptg : MAJLIS PENUTUP
4.20 ptg : Resolusi
4.30 ptg : Ucapan Ketua Eksekutif KIAS YABrs Dr. Johari bin Mat
4.40 ptg : Ucapan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato' Hj. Mohd Aiseri bin Hj. Alias
5.00 ptg : Minum petang dan Bersurai
________________________________________
YURAN PENYERTAAN
Individu: RM 80.00
Pelajar: RM 40.00
PENGINAPAN
Penginapan peserta di Hotel Grand Riverview boleh diuruskan oleh pihak penganjur dengan kadar harga yang berpatutan:
Deluxe Room (single) : RM 155.00
Deluxe Room (twin sharing): RM175.00
Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat KIAS. Borang fotostat juga diterima.
Borang yang diisi hendaklah dihantar bersama bayaran yuran.
PEMBAYARAN
Bayaran boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu:
1. CEK atas nama PKPII, KIAS melalui akaun BIMB bernombor 03036010036772.
2. Wang pos / Money Order atas nama: SEMINAR MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN (SMS '09)
3. Bayaran secara TUNAI.
4. Cek / Slip Bank-in / Wang Pos atau Money Order hendaklah dihantar kepada: SEKRETARIAT, SEMINAR MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN (SMS '09) , Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), KM 12, Jalan Kuala Krai, Nilam Puri, 15730, Kota Bharu, Kelantan.
[IPTS 07010-KP (JPS)5195/IPTS/1007]
(Cik Wan Raihan bt Wan Mohd Rani 013-9995703)
Pendaftaran dibuka SEKARANG sehingga 5 JULAI 2009 (Ahad)
SEBARANG PENYERTAAN DAN KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
PEJABAT KIAS : 609-7129386 / 87
FAX : 609-7126161
ATAU
Ustaz Hamidi Abdul Ghani
019-9438165 / 09- 7126161
Ustazah Nurul Akma bt Mohamed
013-9968751
Ustaz Zulqarnain bin Hassan
013- 5305369
Hj. Mohd Nor Anuar (Penginapan)
016-5490150
ATAU E-MAIL DI ALAMAT:
smskias09@gmail.com
LIMA MINIT SELEPAS ANGKAT SUMPAH, AHLI PARLIMEN BK. GANTANG TERUS DI HALAU KELUAR DEWAN
YB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pagi tadi di Dewan Rakyat. Belia mengangkat sumpah dihadapan Speaker Dewan Rakyat Tan sri Pandikar Amin Mulia.
Walau bagaimanapun Hj Nizar diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan supaya menanggalkan lilitan "BUBAR DUN" Perak.Hj Nizar mengenakan lilitan "BUBAR DUN" di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang. Beberapa ahli Dewan Rakyat yang lain juga turut melilitkan "BUBAR DUN".
Dewan kecoh seketika apabila Speaker mengeluarkan arahan keluar dewan yang turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional. HJ Nizar terpaksa menanggalkan lilitannya sebelum kembali ke tempat duduk beliau di blok "F".
Turut diarah keluar ialah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang enggan mematuhi arahan Speaker supaya tidak memakai lilitan itu.
Mereka ialah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) serta N. Gobalakrishnan (Padang Serai).
Dewan Rakyat juga mengarahkan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dari Perak yang turut memakai lilitan "BUBAR DUN". Mereka adalah ADUN-ADUN PR dari Perak dan penyokong-penyokong PR dari Bukit Gantang.
Kempen "BUBAR DUN" Perak telah menjalar ke parlimen selepas dalam Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam baru-baru melancarkannya. Dengan tindakan ini, ia memberi isyarat kepada BN bahawa rakyat Perak melalui ahli-ahli parlimen medesak dan menuntut supaya DUN Perak dibubarkan.
Presiden PAS telah melantik Ust Abu Bakar Husein sebagai Pesuruhjaya PAS yang baru bagi sessi 2009-2011. Perlantikan ini dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama hari ini jam 10.00 pagi di Pejabat Agung PAS Pusat.
Sebelum ini, Ust Abu Bakar Husein adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai YDP PAS Kawasan gopeng untuk beberapa penggal yang lalu. Dalam Pilihanraya umum yang lepas, beliau bertanding di DUN Pengkalan Baru dan hanya kalah dengan majoriti yang begitu kecil iaitu 14 undi. Beliau juga adalah pesara guru agama yang pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh.
Perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Perak disambut baik oleh kawasan-kawasan dan dewan-dewan. Dengan pengalaman sebagai pendidik agama, seluruh PAS Kawasan di Perak mengharapkan agar pengalaman mentarbiyyah di gunakan untuk mentarbiyyah ahli-ahli PAS. Beliau sememangnya sangat meminati bidang tarbiyyah haraki.
Markaz Tarbiyyah Air Kuning sentiasa aktif dengan program-program Tarbiyyah yang dikendalikan oleh Lajnah yang dipengerusikan oleh beliau. Pengisian tarbiyyah begitu hidup sepanjang beliau menerajui lajnah tersebut. Pembentangan kertas-kertas tarbiyyah tidak hanya terikat dengan teks tertentu, malahan persoalan ekonomi, politik, ISA dan berbagai-bagai isu semasa di peringkat nasional dan antarabangsa turut diketengahkan. Pimpinan PAS silih berganti menyampaikan pengisian dengan tajuk-tajuk yang mencakupi semua aspek.
Tahniah Ustaz Abu Bakar Husein, ustaz tidak akan bersendirian memimpin negeri Perak, seluruh PAS Kawasan dan dewan-dewan akan membantu ustaz bagi melaksanakan amanat dan mandat ini.
Datuk Mustapha Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS Pusat yang baru, Ust Idris Pula dilantik Ketua Penerangan PAS Pusat, Manakala YB Dr. Hatta kekal sebagai Bendahari dan YB. Datuk Abd Halim Abd. Rahman dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat yang baru.
YB Datuk Husam Musa, Mat Sabu, Asmuni Awi, YB. Dr. Mariah Mahmud, Anuar Tahir, YB. Wan Ubaidah dan YB Mohd Taufiq Abd. Ghani masing-masing dilantik sebagai AJK PAS Pusat.
Perak pula mempunyai Pesuruhjayanya yang baru iaitu Ust. Abu Bakar Husein, beliau sebelum ini adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Harun Taib pula dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu. Negeri-negeri lain dikekalkan Pesuruhjaya yang lama.
Semuga PAS semakin kuat dengan terlantiknya mereka yang terbukti mempunyai keupayaan, kemampuan, kebolehan dan pengalaman masing-masing. Di harap agenda perjuangan PAS semakin terserlah bagi PAS menguasai persada politik tanah air.
Harapan rakyat terlalu tinggi kepada pimpinan baru agar merealisasikan tema ucapan dasar Presiden. Segala kekusutan yang menimbulkan berbagai tanggapan negatif hendaklah segera dipulihkan. Rakyat masih mempunyai keyakinan terhadap PAS, jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada PAS.
Pimpinan hendaklah segera turun padang, Ketua Penerangan hendaklah dengan segera melantik jentera penerangan untuk mengatur strategi bagi turun ke akar umbi. Pimpinan hendaklah buang segala ego masing-masing, tak payah tunggu kawasan-kawasan jemput, pimpinan sendiri mesti mengatur jadual turun menemui seluruh rakyat di merata tempat.
Pimpinanlah yang mesti bersusah payah menemui rakyat, bukan rakyat yang bersuah payah menemui pimpinan. Panggilan telepon hendaklah sentiasa dijawab, kalau tidak ada kesempatan, lantik seorang pembantu bagi menjawab panggilan dan mengatur jadual pimpinan turun padang.
Pimpinan jangan turun padang hanya untuk berceramah, tetapi menemui rakyat bagi mengambil tahu permasalahan mereka, menangani dan membantu menyelesaikan isu-isu yang menyelubungi mereka.
Pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS di peringkat kawasan dan cawangan hendaklah kerap diadakan. Bimbing dan pimpinlah kawasan dan cawangan, kawasan dan cawangan akan berbesar hati dengan kunjungan-kunjungan yang kerap diadakan.
Apa salahnya sekali sekala pimpipan bermalam untuk berqiyamullail bersama pimpinan kawasan dan cawangan di markaz-markaz kawasan, pagi esoknya pula bersarapan bersama rakyat.
Tinggalkan tabiat menginap di hotel-hotel, rakyat akan lebih hormat kepada pimpinan sekiranya pimpinan sanggup merendahkan diri untuk menginap di markaz-markaz atau rumah-rumah pimpinan Kawasan dan cawangan.
Saya fikir kalau program ini berjalan secara berterusan, Insya Allah pemimpin PAS akan sentiasa dekat di hati rakyat, dan rakyat akan sentiasa dekat di hati pemimpin.
Muktamar Tahunan PAS kali ke 55 berakhir petang semalam dengan jayanya merungkai segala permasalahan, pertembungan dan kekusutan. UMNO BN yang mahu melihat PAS bertembung dan bercakaran sesama sendiri kerana perbezaan pendapat atau hanya kerana pertandingan dalam jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden tentu kecewa. Akhbar-akhber media perdana dan internet yang cuba menggambarkan pertembungan ini juga gagal dan kecewa.
Mereka menilai PAS dari perspektif parti politik semata-mata, sedangkan dalam masa yang sama PAS adalah sebuah gerakan Islam yang mempunyai kekuatan tersendiri, mempunyai akhlak dan adab berjamaah, pemimpin adalah terpilih yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan Islam, ahli-ahlinya juga ditarbiyah oleh para ulama PAS dengan berasaskan manhaj yang standart, asasnya perjuangan juga adalah kukuh, pengorbanan ahli dan pemimpinnya cukup besar, amalannya pula terbukti meneruskan perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat.
PAS boleh kalah atas nama politik tetapi tidak boleh dikalahkan sebagai sebuah gerakan Islam, pemimpin PAS boleh bertukar ganti, pemimpin-pemimpin PAS terdahulu ada yang meninggalkan PAS, tetapi PAS tetap utuh, malahan bertambah kuat. PAS pernah menang dalam pilihanraya, pernah juga kalah beberapa kali, bahkan kalah lebih kerap daripada menang. Namun PAS tidak pernah terkubur. Suatu ketika ramai pemimpin PAS ditahan bertahun-tahun di bawah ISA, semangat PAS tidak pernah pudar, bahkan pemimpin PAS yang ditahan itu, semangatnya tetap kental
Perselisihan dan pertembungan tidak dinafikan memang wujud dalam PAS tetapi tidak sampai menghancurkan PAS. Perselisihan pendapat dalam PAS adalah perselisihan yang sihat dan menyegarkan. Pertembungan pemikiran yang berlaku tidak pula bercanggah dengan prinsip dan dasar PAS, hanya UMNO BN melalui media-media mereka sahaja yang membesar-besarkannya.
Apabila PAS ditubuhkan di atas dasar dan prinsip yang teguh dan kukuh berteraskan al Quran dan Sunnah, PAS tidak akan hancur walaupun ada pimpinan PAS yang mengkhianati parti, mereka yang cuba mengkhianati parti tidak akan diterima oleh PAS dan akan terpelanting dari arus perdana PAS.
Pada hari terakhir muktamar semalam, para perwakilan mendengar sendiri jawapan-jawapan dari beberapa pimpinan tertinggi parti, cara mereka memberi jawapan cukup berhemah, berilmu dan profesional walaupun diasak oleh ucapan para perwakilan yang berapi-api, sehingga ada para perwakilan yang kurang matang dan cerdik sikit, mungkin terlalu emosi atau tidak ada pengalaman panjang dalam PAS, mengambil kesempatan membahaskan usul yang langsung tidak ada kaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh perwakilan tersebut. Perwakilan tersebut kena belajar lebih lama sikit dari pimpinan yang lain untuk mematangkannya.
Para pimpinan boleh menggunakan paltform penggulungan hujjah semalam untuk membidas balik hujjah-hujjah perwakilan, tetapi mereka tidak berbuat demikian. Mereka menjawab dengan penuh cermat, berhemah dan penuh dengan hujjah-hujjah yang jitu tanpa berucap dengan semangat berkobar-kobar. Ternyata para perwakilan menerima jawapan-jawapan yang diberikan oleh pimpinan.
Saya percaya, para perwakilan sekarang sudah kembali di kawasan masing-masing dengan perasaan yang puas dan penuh semangat untuk mengatur gerak kerja parti. Mereka yang tidak terpilih tidak kecewa, bahkan boleh jadi bersyukur. Mereka tetap boleh berkhidmat dengan parti tanpa ada jawatan di peringkat pusat. Pemikiran mereka tetap boleh dimanfaatkan.
Ucapan dasar presiden mesti dihayati, dibentangkan semula di peringkat kawasan, dimunaqasyahkan, diperincikan dan dilaksanakan dalam bentuk agenda bertindak. PAS mesti diagendakan bagi memimpin gerakan masa bagi menjatuhkan UMNO BN, dan PAS mesti mengambil alih dan menjadi pengganti kepada UMNO bagi menerajui kepimpinan negara. Buktikan melalui kesungguhan kita bekerja tanpa mengenal penat dan jemu. Insya Allah PRU ke 13 akan menjadi kenyataan.
Tiga usul telah dipilih untuk dibahaskan oleh Jawatankuasa Penapis Usul yang diketuai oleh YB Datuk Mahfuz Omar, manakala 11 usul-usul yang lain diterima tanpa bahas. Usul yang akan dibahaskan pada pagi ini adalah Usul Ekonomi yang akan dibawa oleh Pemuda, Usul Integriti Kehakiman yang akan dibawa oleh Dewan Muslimat dan Usul Pendidikan yang akan dibawa oleh PAS Kawasan Rembau.
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
1. USUL EKONOMI
KESAN NEGATIF KETIADAAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN & KOPERASI KEPADA USAHAWAN BUMIPUTERA ISLAM DAN PEMANSUHAN PEGANGAN WAJIB 30% EKUITI TEMPATAN DI DALAM 27 SUB-SEKTOR PERKHIDMATAN SERTA CABARAN KEMASUKAN MODAL ASING KE MALAYSIA MELALUI DASAR LIBERALISASI EKONOMI
• Menyedari bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD) ditubuhkan untuk membantu para usahawan kecil dan sederhana khususnya bumiputera melalui bantuan modal dan bimbingan;
• Menyedari bahawa ketiadaan MECD akan menyebabkan peluang bumiputera dan rakyat dalam menyertai bidang keusahawanan dan terus maju dalam bidang perniagaan akan terganggu dan terhalang;
• Menginsafi bahawa DEB tidak mencapai dasarnya serta gagal memberikan manfaat pada bumiputra disebabkan kepentingan politik Umno-Barisan Nasional dan kroninya yang menguasai kontrak-kontrak perniagaan utama negara melalui rasuah dan salahguna kuasa hingga menyebabkan usahawan bumiputra yang bukan proksi Biro Ekonomi Umno tertindas dan bankrap;
• Menyedari akan kesan terhadap usahawan tempatan khususnya bumiputera ekoran pemansuhan syarat 30% ekuiti tempatan & bumiputra ke atas 27 sub sektor perkhidmatan dalam liberalisasi ekonomi yang disuruh Najib;
• Menyedari bahawa terdapat juga pihak-pihak bumiputra yang menjadikan diri mereka sebagai proksi pelabur asing bagi memenuhi syarat 30% ekuiti tempatan & bumiputra;
• Menginsafi bahawa dasar liberalisasi ekonomi yang dipraktikkan di Malaysia boleh menjejaskan sumber pendapatan perniagaan dan ekonomi usahawan IKS khususnya daripada kaum bumiputera sepertimana krisis ekonomi (isu sub-prima) yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2007-2008;
• Memikirkan bahawa kesan liberalisasi ekonomi akan menyebabkan pelaburan asing terutamanya kalangan pelobi Yahudi memonopoli sumber ekonomi negara dan akan menyebabkan ekonomi Malaysia dikuasai dan dijajah oleh kuasa besar dunia;
Maka, Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 11 – 13 Jamadilakhir 1430 bersamaan 05-07hb Jun 2009 di di Stadium Melawati, Shah Alam mengusulkan dan membuat ketetapan mendesak dan menuntut :-
a. Kerajaan Malaysia mewujudkan semula MECD atau agensi seumpamanya supaya matlamat penubuhannya dapat direalisasikan dan hak masyarakat bumiputera untuk menyertai bidang keusahawanan dapat ditingkatkan agar berjaya mencapai sasaran satu rumah satu industri.
b. Menyemak dan menyusun semula dasar serta mekanisma perlaksanaan DEB dengan memberikan peluang yang seimbang kepada semua bumiputra tanpa mengira latar belakang politik mereka serta rakyat Malaysia;
c. Mengekalkan syarat pegangan 30% ekuiti tempatan & bumiputra bagi meningkatkan nilai pelaburan tempatan & bumiputra ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.
d. Memastikan penggunaan ‘proksi kalangan tempatan & bumiputra’ oleh pelabur asing bagi memenuhi syarat 30% ekuiti tempatan & bumiputra yang benar-benar mempunyai kelayakan sebagai usahawan tulin bagi memastikan penjajahan ekonomi oleh syarikat antarabangsa tidak berlaku.
e. Memperkasakan mekanisme kawalan modal dan memberikan keutamaan kepada bumiputra untuk menguasai pelaburan dalam negara khususnya dalam projek mega ekonomi di Iskandar Malaysia, ECER, NCER, SCORE dan SDC.
f. Membuat penilaian yang ketat terhadap permohonan kemasukan pelabur asing dan juga kelompok expatriate bagi memastikan mereka tidak memonopoli pelaburan serta sektor pekerjaan domestik.
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
2. INTEGRITI KEHAKIMAN
• Menginsafi bahawa badan kehakiman di Malaysia tidak bebas dari kongkongan dan tekanan pihak eksekutif sepertimana yang ditunjukkan di dalam kes-kes berikut :-
a) Pendedahan video V.K. Lingam
b) Kes Ayer Molek
c) Pendedahan mantan Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Kamil Awang bahawa beliau diarahkan oleh Ketua Hakim Negara bagi membatalkan petisyen pilihanraya DUN Likas
Dan juga pendedahan secara terbuka oleh beberapa hakim yang sudah bersara dengan mengatakan bahawa sistem kehakiman sekarang sedang mengalami kereputan;
• Menginsafi hakikat badan Kehakiman Malaysia telah menjadi bahan momokan dan ejekan dunia lantaran tercabulnya kebebasan badan kehakiman;
• Menginsafi akan lemahnya moral, jatidiri dan wibawa segolongan hakim di Malaysia akibat lupa atau kurangnya ilmu agama, sehingga sanggup menggadaikan prinsip keadilan untuk tunduk kepada kehendak pihak-pihak tertentu dan menzalimi pihak yang lain;
• Menginsafi bahawa Islam amat menyayangi dan menghormati prinsip kebebasan dan keadilan;
• Menyedari bahawa beberapa keputusan mahkamah mengenai krisis politik di Perak di lihat wujudnya unsur-unsur campurtangan politik
Maka, Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 11 – 13 Jamadilakhir 1430 bersamaan 05-07hb Jun 2009 di di Stadium Melawati, Shah Alam mengusulkan dan membuat ketetapan :
a. Menggesa Institusi Kehakiman di Malaysia agar kembali menghayati prinsip pengasingan kuasa, tidak tunduk kepada sebarang arahan, tekanan, ancaman, ugutan, mahupun ganjaran material yang ditawarkan dari pihak eksekutif, dalam usaha mengembalikan institusi yang mulia ini sebagai sebuah institusi yang benar-benar bebas, adil, bersih dan berintegriti.
b. Menggesa Institusi Kehakiman agar bangkit dan mengambil tindakan drastik yang berani, berlandaskan Undang-undang dan Perlembagaan serta prinsip-prinsip keadilan sejagat dengan mengenepikan kepentingan politik dan peribadi, dalam memulihkan imej dan kredibiliti badan Kehakiman Malaysia sebagai sebuah badan yang benar-benar layak memegang tampuk keadilan, bebas dan berintegriti di mata dunia.
c. Menggesa agar Institusi Kehakiman bersifat telus, beramanah terhadap ilmu, dan menyanjung prinsip ketinggian perlembagaan di dalam mengadili mana-mana kes yang berprofil tinggi sepertimana kes krisis perlembagaan di Perak;
PAS KAWASAN REMBAU
3. USUL PENDIDIKAN
SEGERA MANSUHKAN PPSMI
• Menyedari bahawa PAS adalah antara yang mempelopori gerakan mansuhkan PPSMI bersama dengan parti-parti politik, NGO, orang perseorangan, golongan intelek, pencinta bahasa dan seluruh rakyat Malaysia melalui himpunan 100 ribu rakyat baru-baru ini ;
• Menginsafi bahawa satu kajian yang dilakukan oleh seorang Professor Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap pelajar luar bandar mendapati;
• 98 % guru mengatakan pelajar mereka mempunyai masalah dalam PPSMI.
• 96 % guru tidak bersetuju bahawa ramai pelajar mereka semakin berminat dengan PPSMI.
• 94 % tidak bersetuju dengan keputusan peperiksaan pelajar sangat membanggakan dalam matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
• 84 % mengatakan tidak bersetuju dengan Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris.
• Menyesali tindakan kerajaan yang melengahkan keputusan bagi memansuhkan PPSMI
Maka, Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 11 – 13 Jamadilakhir 1430 bersamaan 05-07hb Jun 2009 di di Stadium Malawati, Shah Alam mengusulkan dan membuat ketetapan :
a. Membantah tindakan Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran yang sengaja melengah-lengahkan tuntutan rakyat yang dikemukakan melalui Memorandum Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dengan membuat Kajian sebanyak dua kali dibawah pentadbiran dua Menteri yang berbeza iaitu Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
b. Mengutuk tindakan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menolak hasil kajian PPSMI yang pertama kerana tidak berpihak kepada dasar Kerajaan BN, mengarahkan kajian kedua dilakukan adalah satu pembaziran dan wajar dihentikan serta merta.
c. Mengesa agar Kerajaan memansuhkan PPSMI serta merta dan mengembalikan dasar yang lama dengan mengangkat Bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa ibunda lainnya sebagai bahasa pengantar kepada matapelajaran Sains & Matematik.
Kempen "Bubar DUN Perak" bergema dalam Muktamar PAS di stadium Malawati setelah dilancarkan oleh Timbalan Presiden PAS Pusat.
Berikutan kempen tersebut, pimpinan PAS Perak naik ke pentas mengikat headband ke kepala dan tangan pimpinan PAS Pusat. Serentak itu juga sebahagian perwakilan turut mengikat headband Bubar DUN ke kepala dan tangan masing-masing.
Laungan Allahu Akbar dan Bubar DUN Perak bergema di stadium.
Perwakilan Kelantan, YB Datuk Hj Wan Rahim mendedahkan dalam muktamar semasa membahaskan Ucapan Dasar Presiden bahawa YAB MB Kelantan telah menyumbangkan sebahagian daripada haknya sebagai MB kepada rakyat dan kerajaan negeri. Beliau berkata inilah contoh pemimpin Islam zaman ini yang wajar ditauladani oleh seluruh pemimpin-pemimpin PAS terutama yang memegang jawatan dalam kerajaan.
Menurutnya Tok Guru Nik Abd. Aziz tidak pernah mengambil elaun rumah sebanyak RM 3000 sebulan sepanjang 19 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan. Elaun tersebut tidak pernah dituntut oleh MB, dan kalaupun ada yang pernah dimasukkan dalam akuannya, dikembalikan semula kepada kerajaan negeri untuk disalurkan kepada rakyat.
Selain itu, ada maklumat dari sumber lain, Tok Guru juga menyumbangkan sebahagian elaun bulanan sebagai MB dan wakil rakyat kepada Tabung Serambi Mekah yang juga disalurkan kepada rakyat yang memerlukan. Menurut sumber tersebut hampir 40 % elaun bulanannya disumbangkan kepada rakyat. Katakan elaun bulanan yang Tok Guru terima setiap bulan sebagai MB RM 15 ribu, ini bermakna lebih kurang RM 1.3 juta tok guru sumbangkan elaunnya kepada rakyat selama 19 tahun. Ditambah pula dengan elaun rumah yang tidak pernah dituntutnya selama 19 tahun iaitu hampir RM 684 ribu, bermakna RM 1.9 juta lebih atau hampir RM 2 juta Tok Guru Nik Abd Aziz telah sumbangkan elaunnya kepada kerajaan negeri dan juga rakyat.
Kalaulah betul sumber tersebut, inilah contoh terbaik seorang pemimpin yang tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai MB untuk mengambil kesempatan mengumpul kekayaan.Hidup penuh dengan kesederhanaan, rumahnya rumah kayu, rumahnya tidak pernah berubah dari dulu hingga sekarang, kalau adapun ubah suai yang tidak menelan belanja ratusan ribu ringgit. Menurut sumber tersebut, eluan perjalanan dan harian tok guru pun rasanya Tok Guru tidak juga menuntut.
Sebab itulah rakyat Kelantan sangat sayang kepada Tok Guru.
Semua Ahli-ahli yang berhormat dari PAS juga turut menyumbangkan kepada parti sebanyak 20 % sebulan, ada juga yang menyumbangkan 5 hingga 10 % pula kepada pusat khidmat masyarakat masing-masing.
Agaknya ada ke pemimpin UMNO BN buat macam tu ya ?
TOK GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT SUMBANG RM 16,500 UNTUK PAS
Datuk Tuan Guru Mursyidul Am menyumbangkan sebanyak RM 16,500 untuk PAS pusat ketika melancarkan Derma Jihad Muktamar PAS Pusat. Dalam ucapan ringkasnya sumbangan derma jihad bukan kegiatan tetapi kewajipan yang akan diganti dengan pahala oleh Allah swt.
Selepas pelancaran ini, seluruh pimpinan PAS, PAS Kawasan-kawasan dan ahli-ahli PAS akan turut menyumbangkan kepada PAS Pusat dan akan diisytiharkan dari masa ke semasa oleh Pengerusi Tetap.
Keputusan diumumkan oleh Datuk Mustapa Ali
Timbalan Pengerusi Tetap :
Husin Ismail 609 undi
Timbalan Presiden :
Nasaruddin Mat Isa 480 undi
Naib Presiden
Tuan IbrahimTn Man 879
Salehuddin Ayob 824
Mahfuz Omar 636
Jawatankuasa PAS Pusat
Nizar Jamaluddin 854
Idris Ahmad 799
Kamaruddin jaafar 769
Ust Azezan Razak 653
Datuk Hasan Ali 642
Dr. hatta Ramli 638
Abd Ghani Shamsuddin 677
Abu Bakar Chik 622
Hanipa Maidin 622
Amiruddin Hamzah 606
Dr. Lo' Lo' 589
Ust Abd ghani Abd Rahman 584
Dr. Zulkifli Ahmad 536
Dr. Syed Azman 530
Ust Hashim Jasin 522
Mazlan Aliman 513
Ust Taib Azamuddin 508
Dr Mujahid Yusuf Rawa 448
Wakil Selangor, Ust Salehuddin Nasir telah memulakan perbahasan dengan membawa usul terima kasih di atas Ucapan Dasar Presiden. Dalam ucapannya asas utama perubahan yang hendak dipimpin mestilah berasaskan aqeedah sebagaimana asas perubahan yang dibina oleh Rasulullah saw. Pimpinan PAS di semua peringkat tidak boleh meninggalkan asas ini.
Pagi ini wakil negeri-negeri akan mula membahaskan Ucapan Dasar Presiden yang bertemakan Islam Memimpin Perubahan. Perwakilan dijangka akan menyentuh isu-isu hangat dan panas selain dari membangkitkan isu-isu utama yang diketengahkan oleh Presiden dalam ucapannya semalam.
Manakala keputusan pemilihan semua jawatan yang dipertandingkan dijangka akan diumumkan oleh Datuk Mustapa Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan awal pagi ini.
Muktamar PAS Pusat telah bermula jam 9.00 pagi di Stadium Melawati, Shah Alam. Muktamar dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan kehormat Unit Amal DPP Pusat oleh Yb Datuk Seri Presiden.
Ucapan Dasar Presiden mula disampaikan oleh Presiden PAS kira-kira jam 10.00 pagi. Ucapan Presiden kali ini bertemakan Islam Memimpin Perubahan. Kira-kira 2000 perwakilan, pemerhati dan para tetamu-tetamu membanjiri stadium sejak awal pagi lagi. Pemerhati asing juga turut hadir dalam majlis perasmian antaranya wakil Hamas Palestin, Bulan Bintang Infdonesia dan sebagainya. Tokoh-tokoh akademik dan bahasa juga hadir bagi memeriahkan lagi majlis perasmian.
Dalamm majlis perasmian tersebut juga diadakan anugerah pejuang bahasa kepada tokoh-tokoh Bahasa iaitu Datuk Hasan Ahmad dan Datuk Samad Said. Acara perasmian turut diserikan dengan pelacaran e harakah, pelancaran pembinaan kompleks PAS Pusat dan penyampaian cek sumbangan derma tabung Palestin sebanyak RM 150 ribu kepada wakil Hamas Dr. Marwan Abu Rah.
Pada sesi sebelah petang, pemilihan Jawatan-jawatan yang dipertandingkan mula berlangsung sejak pukul 3.30 petang sehingga sekarang. Dijangka pagi esok akan diketahui keputusannya.
Sempena Muktamar yang berlangsung sehingga 7hb ini dimeriahkan dengan karnival jualan dan pameran, persembahan kebudayaan, forum dan ceramah. Semuanya diadakan di kaswasan sekitar Stadium Malawati.
Esok bermula sidang penuh dengan perbahasan Ucapan Dasar Presiden dari wakil negeri-negeri. Perbahasan dijangka hangat dengan pelbagai isu terkini termasuk kemungkinan dibangkitkan semula isu ulama profesional dan sebagainya.
KEPUTUSAN PEMILIHAN JAWATANKUASA MUSLIMAT PAS PUSAT
PENGERUSI TETAP (154)
Nor Hashimah Deraman
TIMBALAN PENGERUSI TETAP (162)
Wan Hamidani Wan Ahmad
KETUA (136)
Nuridah Mohd Salleh, Ustazah
TIMBALAN KETUA (142)
Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.
NAIB KETUA (MTB)
Mumtaz Md Nawi, YB.
AHLI JAWATANKUASA KERJA (23)
1. Wan Ubaidah Omar, YB.(196)
2. Halimah Ali, YB. Dr. (173)
3. Mastura Hj Mohamad (173)
4. Aiman Athirah Al Jundi (162)
5. Najihatussalehah Ahmad, Dr.(158)
6. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr. (156)
7. Rosni Adam, Dr. (155)
8. Azizah Khatib Mat, Ustazah (147)
9. Salbiah Abd Wahab (147)
10. Nurul Huda Yusof Rawa (135)
11. Wardatul Jannah As Sofea (125)
12. Fatimah @ Zainab Ibrahim, To' Puan (122)
PEMERIKSA KIRA-KIRA (2)
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan Ismail
Muktamar Pemuda dikejutkan dengan kunjungan hormat tetamu agung PAS dari Hamas Palestin iaitu Dr. Marwan Abu Ras, Ahli Parlimen Palestin dari Hamas dan Syeikh Mahmud Siyam, Bekas Imam Masjid Al Aqsa dan juga bekas Reaktor Uni. Islam Ghaza. Mereka diberi penghormatan dengan menyampaikan ucapan dalam Muktamar tersebut.
Dalam ucapan tersebut, Dr. Marwan menceritakan perjuangan dan penderitaan rakyat Palestin yang dizalimi oleh Yahudi Israel Laknatullah, dan bagaimana semangatnya rakyat Palestin yang menentang pencerobohan Yahudi walaupun mereka tidak dilengkapi dengan senjata.
Dr. Marwan mengajak pemuda-pemuda Islam PAS bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestin dengan menggunakan apa sahaja cara bagi menyalurkan bantuan. Dr. Marwan turut menceritakan bagaimana rumah-rumah tempat kediaman rakyat Palestin, bangunan-bangunan termasuk sekolah dan hospital yang dibom hingga hancur oleh Yahudi Israel.Dr. Marwan mengucapkan penghargaan terima kasih kepada umat Islam Malaysia khususnya PAS yang banyak membantu perjuangan umat Islam Palestin.
Dalam kunjungan tersebut, Dr. Marwan telah menerima sumbangan derma RM 19,000 yang berjaya dikutip oleh pemuda-pemuda PAS negeri Perak.
Pemilihan Jawatankuasa Ulama telahpun selesai, berikut adalah keputusan penuh Jawatankuasa Ulama PAS Pusat 2009-2011
Ketua : Ustaz Harun Taib(MTB)
Timbalan : Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)
Naib : Dr Mahfodz Mohammad (MTB)
Ahli-ahli Jawatankuasa
1.Ustaz Husin Awang 193
2.Ustaz Abdul Ghani Shamsudin 186
3.Ustaz Nik Zawawi Salleh 186
4.Ustaz Saleh Sani Harun 156
5.Ustaz Abu Bakar Abdullah 153
6.Dato' Ustaz Mohd Daud Iraqi 152
7.Ustaz Abdullah Abd Razak 152
8.ustaz Hasan Mohamad 143
9.Ustaz Ismail Noh 138
10.Ustaz Mohd Zain Abd Rahman 138
11.Ustaz Mohamad Mustafa 131
12.Ustaz Abdullah Husin 129
Pemeriksa kira-kira : Hj Ibrahim Omar 188
Pengerusi Tetap - Misbahul Munir Hj Masduki (menang tak bertanding)
Timbalan pengerusi Tetap - Aris Awang (menang tak bertanding)
Ketua Pemuda - Ust Nasaruddin Hassan (menang tak bertanding)
Timbalan Ketua - Ustaz Azman Shapawi (menang tak bertanding)
Naib ketua - Sabki Yusuf
UST RIDHUAN MOHD NOOR 197 UNDI
UST NIK ABDUH NIK ABD. AZIZ 194 UNDI
YB FIRDAUS JAAFAR 176 UNDI
UST MOHD NAZRI CHIK 165 UNDI
SUHAIZAN KAIYAT 165 UNDI
YB NASIR ZAKARIA 152 UNDI
UST KAMAL SHAARI 145 UNDI
KAMARUZAMAN MOHD 139 UNDI
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL 139 UNDI
MUHAMMAD ADRAM BIN MUSA 135 UNDI
ABDULLAH BIN KARIM 127 UNDI
DR. RAJA ISKANDAR BIN RAJA YAAKOB 126 UNDI
Proses penggundian AJK Pemuda PAS berjalan lancar dan ditutup jam 12.30 tengahari tadi. Perwakilan dan AJK Pemuda PAS Pusat mula menggundi mulai pukul 10.40 pagi tadi. Mereka mengundi secara bergilir-gilir. Seramai 23 orang calon dari kalangan ahli pemuda menawarkan diri bertanding Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat. Ketua, Timbalan dan Naib Ketua di menangi tanpa bertanding. Begitu juga Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap turut dimenangi tanpa bertanding.
Pertandingan pemuda berjalan secara sihat dan berakhlak, tidak ada unsur lobi, kempen dan sebagainya. Sepanjang muktamar berjalan tidak ada di kalangan calon-calon yang bertanding cuba mempengaruhi pengundi dengan berjumpa atau bersalam-salaman di dewan Muktamar. Tidak ada juga agen yang digunakan untuk berkempen. Beginilah lumrahnya pemuda sewaktu pemilihan sejak saya menjadi EXCO lagi.
Pengumuman kemenangan dijangka akan diumumkan lewat petang ini.
Dewan Muslimat PAS akan terus memberikan komitmen kepada usaha pembentukan kepimpinan dan amilin yang profesional melalui penubuhan Akademi Naqibah, demikian menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyampaikan ucaptama Muktamar Tahunan DMPP Kali Ke-49 di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, di sini sebentar tadi.
Melalui penubuhan Akademi Naqibah, beliau melahirkan harapan agar ianya akan dapat mendidik dan melahirkan saf kepimpinan yang mampu memimpin wanita di semua peringkat, serta mampu menjadi amilin yang mampu menyerahkan seluruh jiwa dan raga untuk perjuangan suci ini.
"Usaha-usaha ke arah melahirkan muslimat yang bertakwa, bertistiqamah serta berperanan sebagai da'i pada masyarakat mestilah dipertingkatkan," tegasnya terhadap usaha memastikan kesatuan yang kukuh di kalangan jentera muslimat pada ucap tema "Menyemarak Kemenangan, Menyatukan Rakyat" itu.
DMPP juga mendesak pemansuhan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (Auku) yang disifatkan telah mematikan sifat kritis dan kreativiti mahasiswa yang akhirnya melahirkan ramai mahasiswa yang jumud, beku dan tidak prihatin terhadap segala permasalahan masyarakatnya.
"DMPP sentiasa memberi komitmen untuk membawa mahasiswa kepada hala tuju yang sebenar iaitu sebagai pemimpin masa depan yang akan menggunakan seluruh kekuatan intelek yang dikurniakan Allah s.w.t bagi merancang masa depan negara. Seterusnya memainkan peranan membawa negara ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat," ujarnya.
Tegas beliau, DMPP juga menyedari akan fungsi cendikiawan muda terutamanya dari kalangan mahasiswa yang seharusnya memainkan peranan penting di dalam membawa para remaja kepada Islam.
Katanya, keupayaan minda dan intelek yang dikurniakan Allah s.w.t harus digunakan untuk memikirkan pelbagai pendekatan dan teknik bagi menarik kembali mereka yang telah te- rpesong ke jalan lurus./wann_
SHAH ALAM - Dewan Ulamak PAS Pusat yakin dan percaya walau sejahat atau sefasiq mana pun manusia beragama Islam, mereka tetap berpeluang untuk menerima hidayah dari Allah subhanahu wataala untuk kembali ke pangkal jalan.
Demikian ujar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Mohd Daud Iraqi dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat di Muzium Negeri Selangor pagi ini.
"Memang tidak dapat dinafikan bahawa adalah sebuah parti politik Islam. Selain itu seluruh dunia tahu bagawa PAS juga sebuah Harakah Islamiyyah, gerakan Islam yang menjadikan dakwah dan tarbiyah sebagai tunjang utama gerakkannya," katanya dalam ucapan Dasar tersebut.
Namun ujarnya, adalah amat malang jika terdapat segolongan ahli dan pendokong PAS yang tidak mahu berinteraksi apa lagi meneruskan agenda dakwah kepada non muslim dan agenda amar makruf nahi mungkar kepada saudara sesama Islam.
"Ibarat kata-kata hikmat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa PAS akan membubarkan parti itu sekiranya Umno bersedia hendak mengamalkan Islam dalam hidup bernegara dan masyarakat,” ujarnya.
Begitu juga dengan kata-kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawa PAS melawan Umno bukan kerana nama dia Umno, tetapi kerana Umno mengekalkan peraturan dan perlembagaan penjajah.
"Sekalipun kita menentang umno, misi dakwah serta amar makruf nahi mungkar tetap disasarkan kepada mereka. Terutamanya pada masa ini, sehingga mereka faham dan akhirnya bersama kita dalam perjuangan ini,"katanya lagi.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menggesa ahli dan kepimpinan Pemuda PAS agar melihat perkembangan pesaing utama di kalangan pemuda Pakatan Rakyat (DAPSY dan AMK) untuk memantapkan Pemuda PAS.
"Selain berhadapan dengan Pemuda Umno yang menjadi pesaing utama kepada Dewan Pemuda PAS, kita juga turut bertemankan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang menjadi komplimenter dalam memperkasakan Pakatan Rakyat.
"Saya teruja melihat pemimpin-pemimpin muda yang muncul dan memimpin AMK dan DAPSY pada masa ini. Mereka adalah generasi baru yang mewakili aspirasi baru Malaysia yang menolak gagasan sempit yang berasaskan kaum atau sentimen-sentimen sempit yang lain.
"Mereka sekarang sedang bercakap soal ketelusan pentadbiran, keadilan undang-undang, keadilan sosial, kecekapan kerajaan dan kestabilan ekonomi yang menjadi isu pokok ke arah Malaysia sebuah negara maju dan berkebajikan," kata Salahuddin dalam ucaptama sempena Muktamar Pemuda PAS ke-50 di Markas Taman Melewar hari ini.
Ujar beliau lagi, isu-isu yang bersifat perkauman, keagamaan yang sempit, sentimen kedaerahan dan seumpamanya sudah tidak relevan kepada generasi baru Malaysia. Inilah persoalan yang membuatkan parti-parti perkauman dalam BN kini kehilangan dukungan rakyat, khususnya golongan muda.
Bagi Dewan Pemuda PAS, perkembangan ini perlu dilihat secara positif, dan pemuda sendiri mesti berperanan secara positif juga supaya PAS terus diterima di pentas politik negara, katanya.
Beliau percaya AMK dan DAPSY telah mempunyai rancangan-rancangan kerja jangka panjang masing-masing bagi menangani perubahan ini, maka generasi baru Pemuda PAS juga perlu membuat kajian dan perancangan yang lebih strategik dalam memperkukuh Pakatan Rakyat, katanya.
"Kita bukanlah "sleeping partner" kepada Pakatan Rakyat atau sekadar pelengkap sahaja, tetapi Pemuda PAS mahu PAS menjadi tulang belakang kepada kebangkitan Pakatan Rakyat dalam menamatkan kezaliman, penindasan dan penyelewengan BN," katanya.
Pemuda PAS adalah tenaga utama dalam meningkatkan peranan PAS ini termasuk dalam kerajaan dan dalam pakatan untuk mengembleng rakyat semuanya yang perlu diberikan suntikan perangsang yang baru, katanya.
"Saya bukan bermaksud supaya PAS menguasai Pakatan Rakyat dan parti lain menjadi pengikut kita, kerana saya sedar semua parti adalah komplimenter antara satu sama lain. Tetapi saya mahukan dalam apa aspek pun peranan dan sumbangan gerak kerja PAS dalam memperkasakan Pakatan Rakyat dipertingkatkan," ujarnya.
Tujuan utama memberikan penekanan terhadap proses mempertingkatkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat ialah kerana mahu Pakatan Rakyat diperkukuhkan, ujarnya.
Pakatan Rakyat telah mendapat kepercayaan sebahagian besar rakyat di semenanjung ini dan BN kini hanya bertahan dengan sokongan pengundi dari Sabah dan Sarawak sahaja, katanya.
"Kita telah diberi peluang oleh rakyat untuk membuktikan apa yang kita war-warkan apabila lima buah negeri serta Wilayah Persekutuan telah berada di tangan kita dapat dimanifestasikan.
"Keyakinan rakyat ini mesti diterjemahkan kepada dasar-dasar kerajaan yang telus, bersih dan berkebajikan supaya kemenangan kita dapat dipertahankan. Memperkukuhkan Pakatan Rakyat adalah tanggungjawab kita bersama dan tidak timbul langsung soal kita ingin memisahkan diri daripada pakatan ini," tegasnya.
Salahuddin juga menyeru kepemimpinan tertinggi parti supaya dapat mengkaji secara mendalam peranan dan kedudukan PAS setelah setahun Pakatan Rakyat dibentuk, supaya dapat menilai dan memuhasabah pencapaian ke arah pembaikan.
Ahli-ahli juga PAS perlu memahami bahawa penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat bukanlah suatu yang tidak syarie atau dibuat semata-mata untuk kepentingan politik semasa sahaja.
Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat adalah berteraskan prinsip yang berbeza dengan kerjasama BN, katanya.
PAS akan tetap berpegang teguh dan istiqamah dengan dasar perjuangannya tanpa menggadai prinsip.
Ujarnya inilah yang membezakan PAS dalam Pakatan Rakyat dengan Umno dalam BN kerana ujarnya Umno bergabung dengan BN tetapi tidak menguntungkan Islam dan orang Melayu./wann _
Begitulah juga, Allah SWT telah berpesan kepada kita dalam ayat ke-55 dan 56, Surah al Maidah "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasulnya dan orang orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasulnya dan orang orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang."
Kedua-dua ayat ini mengandungi maksud yang tersirat dan cukup mendalam. Ia sesuai dijadikan sebagai elemen-elemen yang melengkapi maksud wehdah (penyatuan), mahabbah (kasih sayang) dan ukhkuwah (persaudaraan) yang menjadi teras kepada kejayaan Islam dan jamaah.
Dalam hal ini teringat kita mutiara pesanan Al-Marhum Asy-Syaikh Mustafa Masyhur dalam tinta emasnya yang amat kita kenali, Tariqud-Da'wah bila mana beliau berkata:
"Jalan dakwah adalah jalan yang satu. Di atas jalan inilah RasuluLlah SAW dan para sahabat baginda RA berjalan sebelumnya. Demikianlah juga kita dan pendukung dakwah berjalan dengan Tawfiq daripada Allah SWT. Kita dan mereka akan berjalan berbekalkan iman, �amal, mahabbah dan ukhuwwah. RasuluLlah SAW menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar cinta dan ukhuwwah. Maka berpadulah ikatan iman dan kekuatan �aqidah dengan penyatuan. Jadilah jamaah mereka sebagai jamaah contoh. KalimahNya mesti lahir dan dakwahnya mesti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini."
Saudara saudara sekalian
Salah satu aspek terpenting dalam 'Amal Jama'iyy yang dipegang oleh PAS yang menjadikan ia berbeza daripada parti politik lainnya, ialah amalan syura. Sesungguhnya peranan syura yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam surah Ali �Imran: 159 merupakan panduan yang amat jelas dan pengawas kepada perjalanan dan hala tuju PAS. Amalan syura ini telah kita warisi daripada zaman Rasulullah SAW lagi dalam banyak suasana yang telah baginda contohkan.
Oleh itu, kita tidak boleh berganjak daripada Syura. Adalah menjadi kewajiban setiap pimpinan dan ahli mengikat dengan keputusan Syura Jamaah walaupun dia mempunyai pandangannya yang tersendiri. Pandangan sendirinya itu apabila telah dicurahkan dalam Syura dan apabila Syura mengambil keputusan, maka keputusan Syura ilzam ke atasnya. Pelaksanaan syura yang meluas, menurut sebahagian besar pimpinan harakiyy, adalah wajib dan sebahagian fuqaha� berpendapat pula Amir Syura dan Amir Jamaah mesti ilzam dengan keputusan syura. Kaedah pelaksanaan syura ini pula adalah berdasarkan prinsip pendapat yang paling kuat (al-ra�yu al-rajih) di kalangan mereka yang bersyura. Kaedah ini dipegang berdasarkan alasan bahawa salah satu nas yang berhubungan dengan syura meletakkan ia bersampingan dua rukun Islam yang utama, iaitu solat dan zakat sehingga memberikan konotasi bahawa pentingnya syura seakan-akan syarat asasi sebagai seorang Muslim-Mukmin apatah lagi bagi kita sebuah organisasi politik yang sedang memikul amanah memimpin ummah.
Firmanu'Llahu Ta�ala fi kitabihi�l-Karim: (59) "Sesungguhnya Allah memerintah kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia, hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran sebaik-baiknya pada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar dan meliha"
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan ulil 'amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan �ulama). Maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (Al-Qur�an) dan Rasul (As-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan seelok-elok penyelesaiannya"
Kepimpinan dalam Islam merupakan sunnah mulia Rasulullah SAW. Meskipun begitu, ia juga merupakan suatu amanah yang cukup besar. Bukankah atas dasar itulah, Rasulullah SAW menolak permintaan �Abdul Rahman bin Samurah bilamana baginda SAW dengan tegas bersabda (maksudnya): "Hai Abdul Rahman! Janganlah kamu meminta kepimpinan (al-Imarah) kerana kalau kamu diberikannya padahal kamu tidak memintanya, maka kamu akan diberi pertolongan; tetapi jika kamu diberikan lantaran kamu memintanya, kamu akan dibebankan.�
Sesungguhnya kepimpinan adalah amanah berat yang didokong oleh seluruh pimpinan dan ahli jamaah supaya mengurus politik dan pentadbiran negara dengan cara yang betul lagi benar, memimpin umat dan berpegang teguh dengan tali Allah meskipun diuji dengan pelbagai mehnah (tribulasi) yang sukar diduga. Pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar. Kepimpinan adalah seni untuk membimbing manusia ke arah destinasi objektif (hadaf) yang telah ditetapkan. PAS mempunyai produk Islam untuk disampaikan. Ia akan terganggu sekiranya pemimpin tidak bijak dalam meyakini rakyat atau pengikut untuk menerima prinsip-prinsip Islam.
Saya tertarik dengan sebuah buku yang ditulis oleh John C. Maxwell yang bertajuk, The 21 Irrefutable Laws of Leadership, beliau menyatakan bahawa: "The second principle of law is the Law of Navigation. Anyone can steer the ship, but it takes a leader to chart the course".
Ilmu pengurusan yang dinukil oleh penulis Barat juga perlu diolah supaya ia mampu melengkapkan kepimpinan pemuda dengan kompetensi kepimpinan yang tinggi.
Keimanan yang terpasak dalam jiwa pejuang-pejuang agama telah mengikat jasad dan roh untuk mengendalikan urusan politik secara ibadah serta menyeru rakyat supaya ta'abud li'Llahi Ta�ala. Kita sama sekali tidak akan berganjak untuk bersama-sama dengan Islam walau dalam keadaan apa jua sekalipun. Sebagaimana sebuah hadith Rasulullah SAW,
"Ingatlah bahawa lingkaran Islam itu adalah bulat, berputarlah kamu bersama Islam di mana sahaja ia berputar".
Sehubungan dengan itu, saya ambil kesempatan disini untuk sekelian kalinya menegaskan bahawa pemimpin tertinggi parti tidak pernah punya sebarang niat atau perancangan untuk masuk Umno atau BN. Dan saya amat percaya adik adik saya di dalam Dewan Pemuda PAS bersama sama dalam agenda ini. Akan kita pertahankan parti ini dari sebarang unsur yang cuba merobek dan mengganggu keutuhan jamaah kita.
Islam yang kita perjuangkan ini diambil dari nas Al Quran dan Al Sunnah. Al Quran dan Al Sunnah lah yang mengajar kita untuk mengenal siapa musuh dan siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana pula untuk berdamai.
Sekali saya menegaskan bahawa prinsip dan dasar Islam yang kita perjuangkan akan sekali kali tidak berganjak, namun kaedah dan uslub boleh berubah. Akan kita perkukuhkan saf kita sendiri dan juga saf Pakatan Rakyat yang telah kita ijtihadkan sebagai wadah politik kita untuk berdepan dengan UMNO dan BN.
Allah SWT akan memilih golongan-golongan HizbuLlah, AnsaruLlah dan Hawariyyun ini untuk benar-benar melunaskan janji mereka. Kita mesti memastikan bahawa jejak langkah kita tidak akan berpaling daripada landasan perjuangan yang suci murni ini. Sebaliknya, tanamkanlah rasa ghairah untuk memenangkan Islam dari segenap juzuk.
Dan insya' Allah PAS boleh dan Pemuda PASlah yang akan berada di barisan hadapannya! Sekalipun tugasan politik dan kebajikan kita terlalu banyak, maka jangan lupa bahawasanya ia adalah sebahagian daripada ruang lingkup dakwah yang luas terbentang dan kita sebagai da'i yang bertanggungjawab ke atas mad�u. Bila disebut tentang madĂș pula, semua yang ada diluar sana adalah madĂș kita. Akan terus kita ajak mereka untuk bersama dengan kita, berbincang, berdialog tanpa mengira siapa mereka dan ideologi politik atau kefahaman apa pun yang mereka miliki.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur, ayat ke-55 dan 56.
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa, dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhakan untuk mereka, dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan ingatlah sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. Dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat. Dan taatlah kepada Rasulullah SAW supaya kamu beroleh rahmat"
Ibnu Kathir dalam mentafsirkan ayat ini telah berkata, "Ini adalah janji Allah kepada Rasulullah SAW bahawa Allah akan menjadikan umatnya sebagai para khalifah di muka bumi, iaitu sebagai imam dan pemimpin bagi umat manusia. Dengan mereka, negara akan diislahkan dan manusia akan tunduk kepada mereka, juga akan diubah rasa ketakutan kepada keamanan dan pemerintahan akan berada di tangan mereka."
Penentangan zaman-berzaman terhadap kebenaran dan keadilan Islam sentiasa dilancarkan oleh musuh-musuh Islam serta golongan munafiq. Tidak cukup dengan serangan militer, mereka melancarkan serangan-serangan pemikiran, budaya dan ekonomi sehingga melumpuhkan kekuatan umat Islam terutamanya golongan muda. Justeru, bagi menangani apa jua cabaran musuh Islam, hanya tarbiyyah Islamiyyah yang mampu menjadi benteng untuk menepis serangan-serangan itu. Tarbiyyah Islamiyyah berperanan dalam membentuk syakhsiyyah Muslim sejati dan menguatkan pergantungan atau �aqidah kita kepada Yang Maha Berkuasa.
PAS mestilah menekuni pemasalahan dan kesulitan yang dialami pada hari ini. Kebejatan peribadi manusia, krisis ekonomi dan impaknya kepada dunia, ketidakstabilan politik serta penindasan terhadap Islam mestilah diselesaikan dengan cara Islam. Maka, bagi menyediakan penyelesaian kepada masalah-masalah sejagat ini, gerakan Islam mesti memperbaharui mekanisme dan pendekatan tarbiyyah supaya sesuai dengan perkembangan semasa. Walaupun begitu, ia mestilah berpegang teguh dengan prinsip dan dasar Islam sepertimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 256;
"Sesiapa yang tidak mempercayai taghut, dan beriman kepada Allah SWT, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali (agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"
Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan dalam bukunya yang bertajuk, Generasi Muda Islam dan Cabaran Globalisasi telah mencatatkan peringatan penting untuk kader-kader dakwah mengenai cabaran kekecewaan dalam melakukan 'amal-'amal Islami. Beliau berhujah dan meletakkan beberapa faktor yang menyebabkan lunturnya semangat pemuda untuk berjihad di jalan Allah, iaitu;
(i) pakatan jahat musuh Islam terhadap Islam;
(ii) berbilang jemaah dan permusuhan yang berlaku di antara jemaah;
(iii) kegagalan untuk mencapai kemenangan; dan
(iv) berhujah dengan nas-nas yang menyeru kepada pengasingan diri daripada hidup bermasyarakat.
Dalam hal ini, 'ulama dan mujahid dakwah yang berpengalaman ini telah berpesan supaya jangan wujud satu jamaah yang tidak mengenal Islam melainkan ia hanya bergerak dalam bidang politik dan mengkritik pemerintahan serta kerajaan. Tanpa menghiraukan pengislahan akhlak, penyempurnaan tarbiyyah dan penyucian diri, jamaah seperti ini akan menyumbang kepada kemerosotan usaha jihad. Begitu juga, orang yang berputus asa sentiasa bersikap negatif terhadap potensi gerakan Islam kerana hanya melihat satu demi satu kegagalan dalam menumpaskan kerajaan nasionalis dan sekularis ini. Akhirnya, mereka mendakwa bahawa sudah tidak ada jalan lain lagi untuk menegakkan Islam dalam negara tersebut.
Maka, kita merafa�kan doa dan munajat ke hadhrat Ilahi, memohon dengan sesungguhnya supaya seluruh ahli kita sentiasa teguh beriltizam untuk menggalas amanah Islam ini serta istiqamah dalam mendepani pelbagai mehnah dan fitnah yang datang silih berganti. Hanya mereka yang ikhlas dan telah membulatkan tekad kepada Allah akan dibayar oleh Allah dengan ganjaran harga yang cukup tinggi di akhirat kelak. Sesungguhnya martabat para mujahid dakwah yang ikhlas dan benar akan diangkat oleh Allah SWT sebagaimana Janji-Nya di dalam al-Qur'an.
PAS telah meniti dan mengharungi medan demokrasi sejak tahun 1951. Bermula penyertaannya dalam pilihanraya pada tahun 1955 sehingga PRU 12 pada tahun 2008. Sesungguhnya PAS tidak pernah diuji Allah dengan kemenangan sebesar ini. PAS sedar ujian kemenangan adalah jauh lebih sukar daripada ujian kekalahan dalam pilihanraya. Bukan hanya di peringkat luaran, malah di peringkat dalaman. Apa yang telah berlaku selama 15 bulan ini, sewajarnya kita insafi dan tafakkur sejenak. PAS pernah berada dalam keadaan hanya dengan memenangi satu kerusi di Parlimen dan majoriti satu kerusi di DUN. PAS pernah memimpin Pakatan Pembangkang di Dewan Rakyat.
Malah PAS telah menerajui Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan bersama Pakatan Rakyat memimpin Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Ini semua adalah hidangan dan ujian besar daripada Allah buat mereka yang berakal untuk sentiasa memuhasabah diri. Ia akan menjadikan PAS supaya lebih matang dalam mengharungi liku-liku demokrasi ini. Insya� Allah cabaran besar ini akan kita galas, akan kita pikul dan akan kita hargai dengan memberikan pentadbiran politik terbaik kepada negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Imej PAS sebagai parti pembangkang perlu dijenamakan semula. PAS bukan sekadar parti pembangkang � asal bantah sahaja semua tindakan parti kerajaan, tetapi PAS kini adalah sebuah Parti Islam yang telah bersedia untuk mengambilalih kepimpinan negara dalam masa terdekat dan membawa pimpinan alternatif kepada seluruh rakyat Malaysia, dengan Izin Allah. Minda dan tindakan kita perlu dididik dan bersedia menjadi pentadbir sebenar sebuah kerajaan. Kita perlu sentiasa berada dalam kancah masalah rakyat dan menawarkan penambahbaikan kepada masalah mereka.
Bukan hanya menunding jari kepada kerajaan, sebaliknya agresif dalam menyelesaikan kekusutan yang tersimpul dek kerana kesesatan dalam memimpin rakyat. AlMarhum Bapak Natsir pernah berkata,
"Pemimpin tidak boleh dicetak. Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah. Tetapi ia tumbuh sendiri dalam hempas pulas kanca, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat".
Pada hari ini kita berhadapan dengan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang baru tetapi semakin lemah dan semakin laju menjunam ke lembah kebinasaan. Kita pinggirkan kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri mereka. Sebaliknya, kita melihat kekuatan mereka. Sejauhmana kita sudah mempersiapkan diri untuk menandingi mereka dari aspek pengurusan, ekonomi, pemikiran polisi, enggagement dan sebagainya? Oleh yang demikian, pemuda perlu menampilkan dan memasarkan politik dan produk dakwah serta mempotretkan kepimpinan bermodelkan Islam dengan sebaik-baiknya.
Demikianlah akhlak berjamaah yang kita anuti. Pemuda juga mesti terus teguh mempertahankan Syura. Ramai di kalangan pemuda mempunyai kelebihan-kelebihan yang masih belum dimaksimumkan. Kita perlu memperbetulkan amalan yang biasa dilakukan dan membiasakan amalan yang betul. Kita mesti berani membuat re-invention dan re-branding yang menepati sasaran dakwah kita. Jangan kita berlaga sesama sendiri. Jangan kita berdusta sehingga membongkar rahsia tanzim kita. Jagalah adab-adab berjamaah dan jangan sekali-kali membiarkan diri kita dipergunakan musuh sama ada kita sedar atau sebaliknya. Dan kita yakin, Pemuda PAS sudah bersedia. Pemuda kini sudah mampu dan semakin matang. Dan saya teramat yakin, Pemuda PAS akan bersedia pada bila-bila masa.
Demi sesungguhnya, di dalam jamaah PAS kita kini, telah tersedia saff Pemuda yang memiliki:
(i) barisan pelapis pemimpin yang karismatik;
(ii) ulama� muda yang proaktif lagi profesional;
(iii) academia profesional berilmu Islam yang berwibawa lagi mantap; dan
(iv) ketumbukan pemuda yang tidak pernah gentar dengan jentera musuh.
Itulah benteng kekuatan Pemuda. Itulah ketahanan jamaah. Antum rijal dakwah yang bakal menempah sejarah apabila PRU ke-13 menjelang tiba! Dalam mencapai cita-cita murni Islam ini, Pemuda mesti berperanan sebagai pemangkin dan pelonjak aktiviti jamaah serta menjamin kejayaannya. Pemuda mesti berfungsi sebagai mata dan hati budi jamaah memperbetulkan kesilapan pimpinan dan gigih mempertahankan jamaah daripada sebarang anasir perosak yang menikam jamaah dari dalam. Oleh itu Pemuda mesti berani dan bersiap-siaga memikul tanggungjawab yang lebih besar apabila diminta oleh pimpinan.
Pemuda yang rata-ratanya bersifat profesional walau apapun latar belakang pendidikan, mestilah menjadi sumber kekuatan yang membantu kepimpinan ulamak yang telah kita bentuk begitu kukuh sejak sekian lama. Gandingan mantap inilah yang akan kita teruskan, paduan tenaga inilah yang akan kita terus gilap dan inilah saff sebenar kita berhadapan dengan pilihanraya ke-13 nanti!
Bukankah Pemuda yang pernah dipimpin oleh bekas-bekas Ketuanya terdahulu telah bekerja keras membina dan mengasaskan kepempinan sedia ada? Bukankah Pemuda juga yang bekerja keras berganding bahu dalam pilihanraya tahun 1999 sehingga 2008 yang lalu dan menghasilkan natijah kemenangan yang kita rasai sekarang? Ayuh...., pada hari ini saya mengajak seluruh Pemuda PAS dalam Dewan Muktamar ini memantapkan gandingan tenaga sedia ada ini ke arah kecemerlangan Islam! Kukuhkan penyatuan kita dan bersedia untuk hadapi hari-hari mendatang.......
Tidak dapat dinafikan peranan pemuda dalam gerakan Islam sedunia. Sebagai contoh, pada tahun-tahun 1970-an, Dr. Ali Shari'ati telah membincangkan peranan pemikir reformasi yang celik atau englightened souls yang berjaya untuk mencapai transformasi secara revolusi. Beliau sering mengingatkan bahawa matlamat golongan cerdik adalah berfungsi menanam kepercayaan dinamik dalam diri umat manusia sendiri bagi membentuk kesedaran diri dan memformulasikan idealisme mereka. Pasakkanlah kesepaduan ini agar dapat menghasilkan impak dan natijah yang luar biasa.
Sebenarnya kita sudah berjaya melahirkan pemimpin pemuda yang berpotensi. Tapi kita mesti bekerja lebih kuat untuk melahirkan pemuda yang luar biasa keupayaannya. Pemuda perlu melakukan pelaburan yang besar dalam membina pelapis kepimpinan dan menjalankan penyelidikan sains sosial dan polisi negara. Kita tidak dapat menafikan kehebatan pemuda dalam mengoperasikan politik, tetapi ia perlu diseimbangkan dengan tawaran polisi negara yang konstruktif.
Perkara ini penting supaya pemimpin yang lahir dari vakum pemuda mempunyai pemikiran Islam yang jelas, berkarisma tinggi, bijak dalam menyelesaikan konflik, kental iman dan taqwa, berani serta cintakan syahid. Di samping itu, pemuda juga mesti memikirkan jaringan pendidikan yang melengkapkan ketrampilan pemuda. Pendidikan pra-sekolah mesti dititikberatkan, pendidikan di peringkat rendah dan menengah mesti didekati, di peringkat pengajian tinggi mesti dijadikan medan latihan yang paling efektif.
Kesimpulannya, Dewan Pemuda mempunyai elemen-elemen yang mantap lagi tuntas untuk membina sebuah negara yang kita impikan. Kukuhkanlah integrasi kepakaran ilmu, perhebatkanlah gerakan kepemudaan dan yakinlah dengan Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya masa depan itu pasti dan tetap milik Islam.- azm
Firman Allah SWT dalam ayat 32, Surah At-Taubah, "Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendakinya melainkan Allah akan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak menyukainya"
Dengan lafaz "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", saya merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS yang ke-50, 1430 Tahun Hijriyy bersamaan 2009 Masihi.
Muktamar Dewan Ulamak
Muktamar Dewan Ulama akan berlangsung di Auditorium Muzium Alam Shah pagi ini. Perasmian dan pembentangan usul bagi Dewan Ulama muktamar PAS Dewan Ulamak Kali ke-48 itu akan bermula jam 8 pagi.
Sebagaimana yang telah sedia maklum jawatan tertinggi di peringkat Dewan Ulamak tidak ada pertandingan. Ketiga-tiga calon bagi jawatan utama dewan masing-masing menang tanpa bertanding. Ust Harun Taib kembali mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat setelah meninggalkan jawatan tersebut dua tahun kerana bertanding Timbalan Presiden PAS.
Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat
Muktamar Dewan Muslimat yang bertema `Menyemarak Kemenangan Menyatupadu Rakyat' akan dirasmikan akan bermula pagi ini di Dewan Banquet, Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA).
Muktamar yang akan bermula seawal jam 8 pagi esok akan dirasmikan oleh oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Dalam masa yang sama difahamkan, Dewan Muslimat Pas Pusat turut mengadakan pelancaran buku-buku terbitannya.
Muktamar dibuka dengan bacaan Al-Quran, lagu NegaraKu serta disusuli dengan acara kemuncak ucaptama oleh Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustaz Nuridah Mohd Salleh.
Manakala sidang perbahasan dan usul akan bermula jam 2 petang manakala pemilihan Ketua, Timbalan dan AJK DMPP dimaklumkan akan diadakan dalam tempoh perbahasan.
Jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Muslimat akan dipertandingkan.
Persembahan Multimedia dari Jabatan IT Muslimat Dewan Muslimat PAS Pusat antara yang bakal menarik dalam perasmian dewan tersebut.
Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat
Sementara itu, Muktamar DPP Pusat akan disambung pagi ini setelah dirasmikan malam tadi oleh Timbalan Presiden. Mukatamar akan berlangsung jam 8.00 pagi ini di Taman Melewar.
Ucaputama Ketua Pemuda yang bertemakan "Mempersada Perjuangan" akan dibahaskan oleh para perwakilan. Ucaputama in adalah ucapan Salehuddin yang terakhir selepas ini sebagai Ketua Pemuda, Salehuddin tidak mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Pemuda kerana ingin mencuba peluang bertanding sebagai Naib Presiden PAS bersama calon-calon yang lain.
Beberapa usul dijangka hangat dibahaskan oleh perwakilan pemuda.
Muktamar dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan anggota Unit Amal DPP Pusat oleh Timbalan Presiden. Dua ucapan penting disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang bertemakan "Mempersada Perjuangan", dan ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden.
Dalam ucaputama Ketua Pemuda, beliau telah menggariskan beberapa isu mengenai masa depan pemuda, kelembapan iklim ekonomi dunia, perubahan politik Malaysia, kudeta di Perak dan keruntuhan sistem kehakiman dan sebagainya.
Majlis perasmian turut diserikan dengan deklamasi sajak yang telah disampaikan oleh Sasterawan Negara Datuk Samad Said.
Sebagaimana yang telah dimaklumkan jawatan tertinggi parti di peringkat Dewan Pemuda tidak ada pertandingan, berbeza dengan Muslimat Ketua dan Timbalan Ketuanya dipertandingkan.
Muktamar adalah peluang yang terbaik kepada pimpinan dan ahli. Pimpinan sudah tentu ada mesej yang akan disampaikan melalui ucapan dasar presiden dan ucaputama ketua-ketua dewan. Manakala ahli juga mempunyai mesej yang akan disampaikan melalui perbahasan ucapan dasar dari perwakilan yang terpilih, tetapi tidak semua perwakilan berpeluang berucap, hanya perwakilan yang dipilih oleh negeri dan dewan-dewan sahaja yang berucap. Ucapan mereka mewakili ahli-ahli PAS seluruh negara.
Di sinilah para perwakilan mesti mengambil kesempatan yang terbaik untuk meluahkan apa sahaja pandangan ahli diperingkat akar umbi, mereka bebas menegur atau mengkritik pimpinan, bebas memberi pandangan untuk masa depan PAS yang lebih baik dan bebas memberi apa sahaja cadangan untuk di laksanakan. Ucapan Dasar Presiden menjadi satu panduan yang baik untuk perwakilan berbahas, ia menjelaskan hala tuju parti mengikut kesusaian isu-isu terkini, menjelaskna juga pendirian parti terhadap senario politik baik dalam negeri mahupun luar negeri, juga merupakan amanat-amanat penting kepada ahli dan parti di semua peringkat. Perwakilan yang akan berucap akan memilih isu-isu utama dalam ucapan untuk dibahas, diperhalusi, diterjemah, dinilai, dikritik dan sebagainya.
Para perwakilan yang diberi peluang berucap harus ingat, bahawa Muktamar bukan medan untuk mencari kelemahan semata-mata, bukan medan untuk menghentam sesiapa sahaja, bukan juga medan untuk menonjolkan bakat berpidato. Muktamar harus dijadikan platform pertemuan pemikiran antara pemimpin dan ahli.
Pemimpin juga harus ingat, Muktamar bukan medan pemimpin membelasah kelemahan ahli, bukan medan untuk menunjuk kehebatan melalui program-program yang dianjurkan atau kehebatan dalam menjuarai isu-isu rakyat, pemimpin mesti mempunyai pemikiran yang terbuka dan berjiwa besar. Semua kritikan dan teguran dengan apa cara gaya persembahan dan bahasa sekalipun hendaklah diterima dengan berlapang dada.
Muktamar tahun ini adalah muktamar tahun kedua PR meraih kemenangan, dan juga muktamar pertama setelah kerajaan PR dijatuhkan di Perak dengan cara yang jijik dan kotor oleh UMNO/BN. Sudah tentu ucapan presiden dan para perwakilan akan turut menyeret isu-isu kemelut politik di Perak. Lebih menarik, muktamar tahunan ini ada pemilihan panas melalui pertandingan di peringkat Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
Kita mengharapkan pertandingan yang diadakan bukan tujuan berebut jawatan tetapi berlumba-lumba melakukan kebajikan. Pertandingan yang diadakan walaupun panas tetapi diharap masih mengikut semangat berperlembagaan PAS dan ukhuwah Islamiah.
About Me
- MisbahulMunir
- Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia
Ahlan wa Sahlan
Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!
Blog Archive
Labels
Jaringan Blogger Perak
- ajijoi
- AlBanjari
- Alhusseyn
- Alhusseyn [2]
- anakmuaallaf
- anaksengat
- Batu Gajah Mari
- Budak I.T
- bumiperak
- Cina Islam
- Hafez Sabri
- IntanHijau
- Ipoh Mali
- JJ Anak Desa
- KhalilulRahman
- landskapsiasah
- LovePerak
- Manjaddawajada
- NaimNikmat.
- pasbagandatoh
- PasForAll
- perakite
- peraknangis
- rajasedaka
- semangatbesi
- Sendiri-Mau-Ingatlah
- sheikh-telukintan
- sisibukit
- TelokBakong
- Ummi Anni
- wartasgrapat
Media Reformasi
LAMAN UTAMA
-
Catatan Dhuha april 20196 years ago
-
-
-
-
-
RAMADAN MENJANA TAQWA13 years ago
-
-
-
-
-
-
-