KEMERDEKAAN BELUM SELESAI SEPENUHNYA - PRESIDEN PAS

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, August 31, 2009
PAS akan meneruskan perjuangan memerdekakan rakyat di negara ini yang dianggap "masih belum selesai" khususnya dalam berdakwah memperbetul akidah mereka.Manusia khususnya penganut agama Islam di negara ini belum merdeka jika masih tunduk dan mengabdikan diri kepada makhluk bukannya kepada Allah SWT.Kefahaman ini penting supaya maksud sebenar merdeka tidak di salah erti sebagai pembebasan dari kuasa penjajahan barat semata mata.Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam perutusannya sempenan Kemerdekaan berkata, erti merdeka pada Islam adalah kejayaan membebaskan aqidah (pegangan) dari mengabdikan diri kepada makhluk kepada pengabdian diri kepada Allah SWT.Menurutnya, perjuangan itulah yang dipikul oleh Nabi Muhammad SAW sepanjang hayat baginda. Dan sesiapa yang berjaya membebaskan diri mereka dari perkara tersebut, dialah yang sebenarnya merdeka."Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan...

BETUL KE MELAYU SOKONG UMNO DI PERMATANG PASIR - AZIZI ABDULLAH

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, August 29, 2009
“Pas kalau menang pun atas ehsan undi Cina (25%). Ini terbukti di Bukit Gantang, undi Melayu memihak kepada Umno dan Pas menang undi Cina khususnya dari Kuala Sepetang. Janji tanah 900 tahun beb!” Sekali lagi penghantar bergelar Nasi Siru yang saya tak kenali, yang sering menggambarkan kegelisahan jiwanya melihat kebangkitan rakyat menolak Umno sekarang.Saya meneliti keputusan Pilihanraya N 11 25. 8.2009 ini melalui cartanya: * Jumlah keluar mengundi 72.78% atau 14,768 (SPR kena kaji semula tentang % ini) * Jumlah undi Pas 9618 * Jumlah undi BN 5067 * Rosak 83.Undi dari Kg. Cross Street yang keseluruhannya orang Cina:Saluran 1 Pas 125 BN 66Saluran 2 Pas 278 BN 66Saluran 3 Pas 270 BN 75Saluran 4 Pas 265 BN 95Kalau ini menjadi hujjah dan anggapan dengki - benci tak ketahuan hala penghantar e mail ini, memang betul. Tetapi bagaimana kedudukan di bawah, di sembilan daerah mengundi di N.11 yang pengundinya Melayu? Lihat keputusannya:Sama Gagah, ada lima saluran, tak satu pun BN menang.Permatang Ara, lima saluran,...

BERITA DATUK ISMAIL KAMUS MENINGGAL TERSEBAR MELALUI SMS

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, August 28, 2009
Sejak petang tadi, sehingga malam ini puluhan sms saya terima yang mengatakan Datuk Ismail Kamus telah menghembuskan nafas terakhir. Ada yang menerima bulat-bulat berita ini tanpa usul periksa dan memanjangkan kepada orang lain. Ada juga yang sangsi dan bertanya saya akan kebenaran berita ini.Saya segera menghubungi Hj Najib, orang Bagan Datoh, antara yang paling rapat dengan Datuk Ismail Kamus, beliau secara tidak rasminya juga kadang-kadang menjadi pembantu Datuk Ismail Kamus.Beliau ketawa besar menjawab pertanyaan saya, dia kata " apa ni yob, Datuk ada di Mekah, buat umrah, dia meninggalkan tanah air ke Mekah, bukan meninggal dunia, baru kejap tadi kawan di Mekah beritahu elok aje dia sihat, dia pun tahu heboh di Malaysia, ada juga kawan-kawan yang sedang umrah terima mesej yang sama".Kita pun tak tahu angkara siapa ini, yang heboh di tv, Prof Dr. Ismail Salleh, Senator OKU yang diberitakan telah meninggal dunia, bukan Ismail Kamus. Semuga Dr. Ismail ditempatkan rohnya bersama dengan orang-orang yang saleh.Satu...
Kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pasir melalui calon PAS Ust salleh Man dengan 4,551 majoriti mengalahkan calon Umno, Rohaizat Othman cukup menyakinkan dan memperkukuhkan momentum untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum ke-13 kelak.Dengan kemenangan ini Umno semakin sukar memadamkan momentum perubahan rakyat bersama Pakatan sejak pilihanraya umum 8 Mac tahu lalu lagi.8 kali pilihanraya kecil, BN hanya menang...

PAS AKAN MENANG DI PERMATANG PASIR

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, August 25, 2009
Insya Allah, PAS akan menang di Permatang Pasir. Semua pemerhati dan penganilisis politik berpendapat PAS akan berjaya mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya kecil ini. Kemungkinan majoriti berkurang itu perkara biasa, tetapi ada juga yang meramalkan majoriti PAS aka bertambah besar kali ini. Walau bagaimanapun, iringan doa dan solat hajat hendaklah diteruskan. Jangan terlalu yakin dengan andaian-andaian, politik sukar diramalkan. Justeru itu, para penyokong PAS hendaklah sentiasa berdoa, solat dan bermunajat agar UMNO BN tewas teruk kali ini. Kekalahan teruk BN kali ini adalah untuk memberi pengajaran di atas kesombongan, keangkuhan dan ketakburan pimpinan BN selama ini, juga sebagai satu isyarat kepada mereka yang UMNO BN sudah semakin tidak diterima oleh rakyat...

PEMUDA UMNO CETUS PROVOKASI

Dicatat oleh MisbahulMunir
Beratus pemuda UMNO Kepala Batas yang berbaju kuning kini berkonvoi menuju ke arah bukit Indera Mahkota selepas tidak dibenarkan memasuki kawasan 50 meter daripada pusat pengundian di Kubang Semang oleh pihak polis.Tindakan polis dikatakan menyebabkan pemuda UMNO berang dan berkonvoi sebagai tanda bantahan mereka kepada keputusan pihak pol...
PERMATANG PASIR, 25 Ogos - Pusat-pusat pembuangan undi hari ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi tadi. Kelihatan perayu-perayu undi bagi kedua-dua parti mula merayu undi untuk memenangkan calon masing-masing. Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba bertegas untuk mengambil tindakan bagi mana-mana parti yang melanggar enam peraturan baru yang telah di kuatkuasakan. Antara 6 peraturan baru yang dikuatkuasakan...

BUBUR LAMBUK PAS PERAK BAWA MISI KEMENANGAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, August 24, 2009
Petang kelmarin team petugas Perak di Permatang Pasir telah mengagih-agihkan bubur lambuk yang dimasak sendiri ke sebuah taman penduduk yang berhampian.Antara pemimpin yang turut serta dalam rombongan tersebut Ustaz Kamaruddin Awang Basir, Ust Akmal (Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak), Rahim Noordin (YDP Tapah) dan beberapa yang lain.Team kami ditugaskan mengagihkan bubur lambuk di kawasan perumahan masyarakat Cina, India dan segelintir...

KEMERIAHAN BERKEMPEN WALAUPUN HUJAN LEBAT

Dicatat oleh MisbahulMunir
Pagi semalam, team petugas dari Perak diketuai oleh YB Dato' Seri Ir Hj Nizar bersama calohttp://www.blogger.com/img/blank.gifn PAS Ust Salleh Man berkempen dari satu kedai ke satu kedai di Pekan Permatang Pauh. Kemeriahan semakin dirasai apabila ia turut disertai oleh YAB Menteri Besar Selangor, beberapa pimpinan PAS, PKR dan DAP Pusat. Kebanyakan orang ramai terutama pada peniaga begitu seronok dan gembira dengan kunjungan kami, lebih-lebih...
Maka terjadilah ia seperti mana Qada dan QadarNya...'Salam dan selamat berpuasa. Harap tidak disalah faham. Saya tidak marahkan PAS atau sahabat-sahabat dalam PAS, malah saya akan terus menghormati ustaz (Azizan) sebagai pemimpin, salam buat dia dan semua'.Inilah sms terkahir YB Mohd Radzi Salleh (MRS) kepada saya jam 6 petang ini semalam. Saya selalu juga menerima sms daripada MRS sejak kenal beliau Mac 2008.Nampaknya dia sudah nekad dalam karier politiknya. Dia sudah mengistiharkan apa yang menjadi sok-sek politik Kedah sejak Mei 2008 hingga kini. Tahniah di atas keberanian menyerlahkan maksud hatinya.Adakah Kedah akan tumbang dengan 'bom' pertama ini? Bukankah bom ini berangkai? Inilah politik Kedah, tidak sama dengan Selangor, Penang, Perak maupun Kelantan. Maka, mengambil pendekatan negeri-negeri itu untuk membandingkan dan mengesahkan Kedah terlalu perlahan adalah tidak adil dan tidak wajar.Kedah tidak akan tumbang, jika pin bom berangkai ini ditarik satu persatu, malah letupan pertama akan jadi sia-sia bagi...

USTAZ SALLEH MAN BAKAL TERAJUI MAIPP

Dicatat oleh MisbahulMunir
BUKIT MERTAJAM, 24 Ogos - Ustaz Salleh Man akan dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi menggantikan penyandang sekarang, sekiranya calon PAS itu menang dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan tazkirah sempena majlis berbuka puasa di Surau Said Jalan Kampung Paya, Bukit Mertajam petang semalam.Anwar berkata, Pakatan Rakayat syorkan Salleh YDP Majlis Agama Pulau Pinang dan beliau sendiri telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai perkara tersebut."Saya meminta pandangan (Ketua Menteri) YB Lim Guan Eng, untuk menyampaikan hasrat kita, termasuk PKR dan PAS itu. Kita doakan Ustaz Mohd Salleh Man menang."Dan sekiranya ini berlaku, kita akan kemukakan nama beliau untuk dipertimbangkan melalui ketua menteri, seterusnya kepada Tuan Yang Terutama (Yang Dipertua Negeri) dan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya melantik Ustaz Mohd...

PAS PERSOAL INTEGRITI BUKAN PERIBADI

Dicatat oleh MisbahulMunir
PERMATANG PASIR, 24 Ogos - "Saya dan PAS konsisten melihat isu amanah Rohaizat itu bukan isu peribadi, tetapi isu integriti yang begitu penting bagi calon Adun Permatang Pasir".Pengarah jentera induk pilihanraya Permatang Pasir, Dato' Mahfuz pagi tadi menjelaskan isu yang mendakwa bahawa PAS menggunakan isu pendedahan Yusri untuk menjatuhkan imej calon BN, Rohaizat Othman."Sebab itu, PAS nak jelas apa yang dilakukan. PAS hanya beri tempat kepada beliau (Yusri) untuk menjelaskan kebenaran yang terselindung," jelas Mahfuz merujuk kenyataan terdahulu Yusri yang beliau akan meminta PAS dan PKR pentas untuk beliau menjelaskan perihal sebenar yang berlaku antara beiau dan Rohaizat.Yusri Ishak iaitu bekas rakan kongsi firma Rohaizat semalam sekai lagi menyatakan pendirian - tujuan beliau tampil dalam massa sebelum ini bukanlah untuk menjatuhkan Rohaizat sebagai calon Umno, sebaliknya cuba membersihkan nama baiknya dan keluarganya."Yusri yang berasa dirinya dikambing hitamkan oleh Rohaizat serta pimpinan Umno itu sebenarnya...

BEKAS VOKALIS ROCK TURUT KEMPEN BANTU PAS

Dicatat oleh MisbahulMunir
KEPALA BUKIT, 24 Ogos - Bekas vokalis kumpulan rock Melisa yang popular pada awal era 90-an dulu, Ustaz Mohd Rodhi Abdul Hamid turun membantu kempen PAS pada pilihan raya keci Dun Permatang Pasir.http://www.blogger.com/img/blank.gifKehadiran beliau dalam program ceramah kempen di Pasti Kepala Bukit malam tadi berjaya menarik perhatian ramai khususnya golongan muda menerusi ceramah yang diselang selikan dendangan-dendangan lagu kerohanian.Mohd...

ADUN LUNAS MEMANG BERMASALAH BESAR

Dicatat oleh MisbahulMunir
PERMATANG PASIR, 24 Ogos - Suasana pilihan raya di DUN Permatang Pasir sedikit terganggu apabila ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR secara mengejut semalam dan mendakwa dirinya kini menjadi Adun Bebas. Malah Mohd Radzhi juga turut mengisytiharkan sokongan beliau kepada kepimpinan Najib Razak.Perkara itu diumumkan oleh beliau dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengahri semalam.Ahli majlis tertinggi PKR, Johari Abdul memberitahu dalam ceramah beliau malam tadi bahawa masalah ini telah dijangka akan berlaku, kerana Radzhi sememangnya mempunyai masalah peribadi yang sangat teruk."Ustaz Azizan sebelum ini pernah mengadu dan memberitahu lebih awal mengenai masalah calon PKR yang bermasalah ini," jelas Johari.Atas sebab itu PKR pernah mencadangkan kepada Ustaz Azizan memecat Radzhi yang juga merupakan Exco kerajaan negeri Kedah."Walaubagaimanapun oleh kerana sifat Ustaz Azizan yang berjiwa besar, beliau cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik," kata Johari yang...

PESANAN TOK GURU

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, August 23, 2009
PESANAN TOK GURU KEPADA PENGUNDI PERMATANG PASIRKategori: Politik“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)Assalamualaikum Warahmatullahi WabarokatuhTuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan...

CALON BN ABAIKAN ISTERI KE 2

Dicatat oleh MisbahulMunir
Calon BN Rohaizat Othman berkahwin dengan Rafizah Mohd Ali (bekas keraninya sendiri) dari Jengka 11, Pahang pada tahun 2005 dan didaftarkan tahun 2008. Perkahwinannya telah diwalikan sendiri oleh bapa kandung Rafizah. Rafizah kini diabaikan tanpa nafkah dan perhatian.Persoalannya :-1. Perkahwinan adalah ikatan suci, mengapa mesti menafikan perkahwinan tersebut?2. Mengapa selepas 3 tahun berkahwin, baru didaftarkan ? (Peguam Syari'e tak tahu undang-undang).3. Mengapa melakukan penganiayaan dan pengabaian terhadap kaum wanita yang lemah?4. Apa hukumnya menafikan ada isteri yang dikahwini secara sah ?5. Jika persoalan rumahtangga sendiri tidak beramanah, bagaimana hendak memikul amanah rakyat sebagai wakil rakyat ?Kepada Pengundi Permatang Pasir, fikirkanlah, layakkan orang macam ini menjadi wakil rakyat anda semua...
24 Pengkhianatan UMNO BN terhadap orang Melayu/Islam sejak 50 tahun dahulu.1. Memperkenalkan program "perancang keluarga" yang telah ditentang habis-habisan oleh PAS suatu ketika dulu.2. Menghapuskan tulisan jawi.3. Memperkenalkan Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris.4. Meluluskan judi dan arak dijual untuk keuntungan yang berlipat ganda.5. Mengizinkan kelab gay di Bukit Bendera sehingga DAP pulak yang menutupnya. Kelab gay di KL masih beroperasi kerana UMNO BN takutkan Marina Mahathir.6. Memisahkan agama dan politik di kalangan orang Melayu/Islam.7. Memecat mufti Selangor selepas mufti Selangor menyokong tindakan ke atas ratu cantik Melayu.8. Membuang kekebalan dan keistimewaan Raja-raja Melayu.9. Mencaci, memaki dan mencerca Raja-raja Melayu sewaktu krisis perlembagaan dahulu.10. Menggadaikan tanah rezab Melayu kepada bukan bumiputera.11. Membuang kuota Melayu di IPT dan memperkenalkan meritokrasi yang mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.12. Menghapuskan pemberiaan biasiswa kepada bumiputera Melayu13....

UMNO PENGKHIANAT MELAYU SEBENAR

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, August 22, 2009
PERMATANG PASIR, 22 Ogos - Sasterawan negara, Datuk A.Samad Said terus mengkritik kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional walaupun Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yasin telah mengumumkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan di mansuhkan.Semangatnya tidak hanya di demonstrasi jalanan membantah PPSMI, tetapi kini berterusan ke Permatang Pasir.Menurut Mohamad Sabu, turunnya 'tok janggut' (A. Samad Said) dalam pilihanraya Permatang Pasir bukti besar UMNO adalah pengkhianat melayu yang sebenar.Ketika membaca sajak di Tanah Liat semalam, tokoh bahasa yang mesra disapa Pak Samad itu sekali lagi mengkritik UMNO dan BN tetapi kali ini bukan hanya isu bahasa. Beliau turut mengkritik corak kepimpinan UMNO yang hanya memnguntungkan golongan tertentu dan merugikan rakyat.Menurut beliau, sejak zaman Tunku Abd Rahman hinggalah sekarang, golongan yang memerintah negara kebanyakannya adalah dari golongan bangsawan. Pemimpin UMNO yang bukan dari golongan bangsawan pula, apabila menjadi pemerintah...

Puasa tapi tidak sembahyang

Dicatat oleh MisbahulMunir
Kita semua tahu bahawa agama itu adalah satu ajaran yang menyeluruh dan tidak harus dipilih atau dipisahkan. Sebab itu Rasulullah SAW menggambarkan ibadat solat seperti tiang agama manakala ibadat lain pula seperti atap, dinding dan sebagainya.Tentulah tidak dinamakan rumah sekiranya ada dinding tanpa tiang dan atapnya kerana ibadat itu bila sudah sempurna rukun dan syaratnya maka dikira sah tetapi tidak cukup dan belum sempurna. Maknanya ia dikira sah sahaja dan belum tentu diterima Allah SWT kerana belum ada asas dan tiangnya.Di mana kita boleh dirikan dinding tersebut selagi tiangnya belum ditegakkan? Begitulah contohnya lebih kurang apabila seseorang itu hanya berpuasa tetapi tidak bersolat dan sebagainya. Demikian juga mereka yang beriman dengan separuh dan sebahagian ajaran al-Quran dan kufur dengan sesetengah ajaran yang lain. Renungi firman Allah SWT sebagai balasan-Nya kepada mereka yang bersikap demikian iaitu firman-Nya bermaksud: Maka tidak ada balasan kepada mereka yang berlaku demikian (beriman dengan...

RAMADHAN KARIM - BULAN YANG DIRINDUI

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, August 21, 2009
Selamat datang Ramadhan Karim, bulan yang sangat dirindui untuk bertemu dengannya, dan sangat tidak disukai untuk berpisah dengannya. Namun, hanya mereka yang menghayati serta menjiwai Ramadhan sahaja yang benar-benar sangat merinduinya, apabila bertemu dengan Ramadhan, mereka akan melepaskan kerinduan dengan setiap detik tidak akan dilepaskan begitu sahaja, semuanya diisi dengan amalan yang boleh meningkatkan sifat taqwa ke atas dirinya. Sebahagian besar umat Islam selain berpuasa di siang hari, malamnya hanya di isi dengan solat sunat Tarawikh dan bertadarrus al Quran. Mereka tidak mengambil kesempatan untuk setiap saat sepanjang Ramadhan diisi dengan apa sahaja amalan yang boleh meningkatkan sifat taqwa. Itu sebabnya, natijah puasa di hujungnya akhirnya tidak ke mana, akhlaknya tetap begitu, solatnya tidak lebih baik dari sebelumnya, tutur katanya, pakaiannya, tingkahlakunya, kegiatannya atau apa sahaja dalam kehidupannya tidak ada perubahan, sama sahaja sebelum menjalani ibadah puasa.Semuga Ramadhan yang sedang...

17 PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU

Dicatat oleh MisbahulMunir
GOMBAK, 21 Ogos: Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar."Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin."Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya.Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi...
PERMATANG PASIR, 21 OGOS - Sasterawan Negara , Dato A.Samad Said menyeru pengundi Permatang Pasir agar menggunakan kuasa mereka untuk menolak 'pemimpin yang bertelinga satu dan berlidah dua'.Dalam ucapannya pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini, Permatang Pasir beliau mengingatkan pengundi agar tidak sesekali menjadikan individu yang bertanggungjawab menguncupkan bahasa ibunda sebagai wakil rakyat."Kalau ada calon (dalam pilihan raya ini) yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak mengundi mereka."Mengapa kita pilih mereka yang mahu menguncupkan bahasanya. Kita ada undi, jadi kita kena ajar mereka dengan tidak mengundi mereka," ujarnya kepada pemberita.Beliau melahirkan rasa marah dengan pemimpin yang 'bertelinga satu, berlidah dua', ketika merujuk kepada bantahan kerasnya bersama para tokoh bahasa, penulis dan intelektual serta pelbagai NGO terhadap langkah kerajaan meneruskan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris seperti yang dijalankan sekarang ini.Sambil menyifatkan...

ROHAIZAT- WIRA ATAU HERO HAPRAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, August 20, 2009
Sehingga kini, BN menghadapi hawa kempen yang merimaskan ekoran daripada calonnya Rohaizat Othman berdepan dengan 'penyakit' peribadi yang kini menular menjadi wabak yang bakal melemahkan seluruh urat saraf jentera kempen BN. ia suatu realiti yang sedang dihadapi, tatkala kelmarin Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan telah menabalkan Rohaizat sebagai hero (disebut juga wira). Namun, hari ini gelaran itu telah dilucutkan oleh kawan (rakan kongsi syarikat guamannya), Yusri Ishak, ekoran pendedahan peristiwa sebenar di sebalik tindakan pihak Malaysian Bar membatalkan status peguam calon BN itu. Maka, layaknya calon BN kali ini dilabelkan sebagai hero yang kini jadi haprak. Label haprak mungkin tak patut, tetapi dikira padan dengan rencahan 'bohong' yang tak berselindung dibuat oleh Ahmad Maslan dan Rohaizat sendiri. Natijah pembohongan kemudian haprak itu, mungkin boleh dinilai daripada lakaran perisitiwa-peristiwa berikut:1. Terbaru - tindakan Yusri Ishak membuat kenyataan menjawab omongan Ahmad Maslan bagi pihak Rohaizat...
Yusri Ishak -http://www.blogger.com/img/blank.gif sidang media khasnya di Yayasan Aman hari iniPERMATANG PASIR, 20 Ogos - Yusri Ishak - bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahim, calon BN Permatang Pasir, hari ini mempertahankan dirinya dari tuduhan seperti yang di dakwa Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.Yusri yang menjadi sebutan ramai sejak semalam itu berkata, dakwaan Ahmad Maslan itu bohong. Beliau yang mengadakan sidang media khasnya...
PERMATANG PASIR, 20 Ogos - Yusri Ishak hari ini mempertahankan dirinya dan mendakwa tuduhan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, adalah bohong.Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tersebut.Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma...

CALON BN DIPERTIKAI

Dicatat oleh MisbahulMunir
Bolehkah orang pecah amanah menjadi wakil rakyat?Dalam kalangan Umno, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu masih dikenali sebagai pengamal undang-Undang atau peguam. Ia ditegaskan oleh mediapro Umno dengan tajuk hebat, "Peguam syarie lawan ahli perniagaan" untuk membayangkan status calon BN itu.PAS dan Pakatan Rakyat mempersoalkan sebab musabab mengapa calon taruhan Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Muhyiddin Yassin itu tidak meletakkan kerjaya 'Peguam' dalam borang penamaan calonnya kelmarin.Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man.Dikatakan persoalan itu ada kaitannya dengan pengumuman yang dibuat Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan, Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang.Rohaizat mesti menjelaskan segala kesangsian dalam kalangan pengundi Dun Permatang Pasir sekarang."Isunya jelas...Majlis Peguam membatalkan lesen beliau (Rohaizat) atas isu-isu berkaitan...

CALON BN DIPERTIKAI

Dicatat oleh MisbahulMunir
Bolehkah orang pecah amanah menjadi wakil rakyat?Dalam kalangan Umno, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu masih dikenali sebagai pengamal undang-Undang atau peguam. Ia ditegaskan oleh mediapro Umno dengan tajuk hebat, "Peguam syarie lawan ahli perniagaan" untuk membayangkan status calon BN itu.PAS dan Pakatan Rakyat mempersoalkan sebab musabab mengapa calon taruhan Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Muhyiddin Yassin itu tidak meletakkan kerjaya 'Peguam' dalam borang penamaan calonnya kelmarin.Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man.Dikatakan persoalan itu ada kaitannya dengan pengumuman yang dibuat Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan, Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang.Rohaizat mesti menjelaskan segala kesangsian dalam kalangan pengundi Dun Permatang Pasir sekarang."Isunya jelas...Majlis Peguam membatalkan lesen beliau (Rohaizat) atas isu-isu berkaitan...

TENTERA DIPERALAT BN

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, August 19, 2009
PERMATANG PASIR, 19 Ogos - Pengarah pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, Datuk Mahfuz Omar berjaya mengesan kewujudan klinik-klinik tentera yang memberikan khidmat perubatan percuma kepada penduduk di pusat jentera pilihanraya UMNO. Sehubungan itu, Tentera Diraja Malaysia diharapkan menghormati kedudukan tentera sebagai element neutral dan tidak membantu kempen pilihan raya mana-mana parti politik yang bertanding."Membuat klinik untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat sesuatu perkara yang dialu-alukan, tetapi benda yang pelik kenapa waktu pilihan raya baru nak buat klinik untnk berikan perkhidmatan kepada rakyat"."Dan kenapa pula angkatan tentera boleh buat di bawah khemah UMNO? Jadi ianya sudah tentu bahawa ini tidak boleh terpisah daripada pertalian kepentingan politik UMNO dan BN yang peralatkan pihak angkatan tentera," katanya dalam sidang media harian PAS di Permatang Pasir.Menurut beliau lagi, isu ini mempunyai kaitan dengan pengerusi perhubungan UMNO Pulau Pinang iaitu Datuk Zahid Hamidi."Ini juga ada kaitan...
Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah."Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu.Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir."Apakah...

PAS TIDAK SERANG PERIBADI CALON

Dicatat oleh MisbahulMunir
PERMATANG PASIR, 19 Ogos - PAS sama sekali tidak akan menyerang peribadi calon, sebaliknya akan mengeluarkan hujah berdasarkan kelemahan dasar yang dibawa Barisan Nasional (BN), jelas Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.Respon Harun Taib ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presisen Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Pakatan akan melancarkan serangan peribadi terhadap Rohaizat berhubung isu Majlis Peguam membatalkan lesennya.Tegasnya lagi, "PAS tidak akan menggunakan pendekatan keras, malah jauh sekali menggunakan isu peribadi, sebelum ini pun kesemua ahli dan kepimpinan parti sudah dilatih untuk menggunakan pendekatan yang tidak mencetuskan huru-hara".span class="fullpost" sebelum="" itu,="" pengerusi="" umno="" pulau="" pinang,="" datuk="" seri="" dr.="" ahmad="" zahid="" hamidi="" juga="" mendakwa,="" pembangkang="" berusaha="" untuk="" terus-menerus="" memusnahkan="" karakter="" calon="" bn="" itu.Lantas, dakwaan Zahid itu ditolak tegas oleh Harun Taib bahawa PAS tidak takut melawan BN, malah...

ISU PENJUALAN ARAK DI SELANGOR

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, August 18, 2009
Apabila berlakunya peristiwa berhubung pengawalan penjualan arak di Selangor, yang bermula di Shah Alam, tiba-tiba UMNO/BN cuba menonjolkan diri mereka sebagai juara Islam! Pelik bin Ajaib, bukankah mereka yang memerintah selama 52 tahun sebelum naiknya PR? Mungkin mereka terlupa. Melayu UMNO sememangnya mudah lupa.Semasa BN memerintah, penduduk Seksyen 8 Shah Alam sudah pun meminta supaya kedai 7-Eleven di tempat mereka tidak menjual minuman keras. Jawapan UMNO ialah menguncikan Surau Seksyen 8 kerana penduduk Seksyen 8 dianggap ‘melampau’. Walaupun hubungan kedua peristiwa ini tidaklah begitu ‘direct’, tetapi lebih kurang begitulah ceritanya. Kisah ini pun mungkin mereka lupa kerana Melayu UMNO mudah lupa.Sekarang UMNO yang sama ini ingin mengherdik DAP dan memomokkan rakyat dengan ‘ancaman’ kekuasaan DAP. Ada yang sampai berkata, “tunggulah apabila DAP berkuasa sepenuhnya, mereka akan tunjuk belang mereka dan menindas ummat Islam!” Hmmm, setahu saya, UMNO/BN yang menindas ummat Islam selama ini. Melalui ISAnya....

ISU TAPAK KUIL SEKSYEN 23

Dicatat oleh MisbahulMunir
Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual...

SINGKIRKAN POLITIK DAJAL DI PERMATANG PASIR

Dicatat oleh MisbahulMunir
PERMATANG TENGAH, 18 Ogos : Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menyarankan supaya pengundi DUN Permatang Pasir menyingkirkan Umno-BN ekoran 'politik dajal' yg diamalkan oleh parti tersebut sejak sekian lamanya."Politik Dajal ini ialah mengutamakan sahabat handai dan kaum keluarga dalam usaha mereka menyalurkan kekayaan negara dan pelbagai kemudahan," katanya dalam ceramah perdana sempena Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Terengganu semalam.Sejak berpuluh-puluh tahun Barisan Nasional (BN) memerintah Pulau Pinang yang sebelumnya Perikatan, tiada apa yang mereka lakukan untuk menyenangkan orang Melayu.Di dalam majlis yang sama, turun berucap Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato' Harun Taib yang juga sependapat dengan Presiden PAS itu bahawa UMNO sentiasa memperbodohkan rakyat."Mereka sering menggula-gulakan orang Melayu dengan pelbagai tawatan yang kononya merekalah (Umno) yang hanya mampu mentadbir negara dan menyalur segala harta kekayaan", katanya.Beliau mengingatkan supaya rakyat tidak sesekali terperangkap...

PRK N11: Meneruskan Agenda Pak Hamdan

Dicatat oleh MisbahulMunir
Terima kasih kepada semua penyokong yang hadir semasa penamaan calon tadi. Sedar atau tidak sudah 18 hari Pak Hamdan meninggalkan kita. Walau masih ada yang bersedih diatas kehilangannya, tetapi yang masih hidup perlu mengambil ikhtibar dan perlu meneruskan wadah perjuangan yang beliau tinggalkan.UMNO selalu melaungkan yang mereka membela hak bangsa Melayu di Pulau Pinang. Bangunan UMNO Pulau Pinang yang tersergam tinggi di sebelah KOMTAR...

MISI DAKWAH YAYASAN AMAL BERJAYA

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, August 17, 2009
Yayasan Amal Malaysia (YAM) menamatkan misi dakwahnya di Sarawak, Brunai dan Sabah dengan jayanya. Misi dakwah kali ini adalah dalam usaha mencari kesepakatan dengan beberapa pihak bagi mewujudkan Pusat Dakwah Serantau. Siri-siri pertemuan dan muzakarah yang diadakan menampakkan hasil yang begitu memberangsangkan. Rakyat di Sarawak, Sabah bahkan di Brunai menunggu kewujudan Pusat Dakwah Serantau yang bakal didirikan di Limbang, Sarawak.Program penutup kami adakan di Surau Astral,Kota Kinabalu. Kehadiran yang begitu ramai penduduk tempatan dan juga pegawai-pegawai kerajaan dari Semenanjung memeriahkan majlis tersebut. Program dimulakan dengan gotong royong Surau Astral untuk persiapan Ramadhan, taklimat dan perbincangan mengenai Yayasan Amal dan Pusat Dakwah Serantau. Majlis ditutup dengan ucapan dan ceramah motivasi oleh Ust. Abu Bakar Chik selaku panel majlis Perunding Yayasan Amal Malaysia.Kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 4.45 petang dari Lapangan terbang Air Asia Kota Kinabalu dan sampai di LCCT...

YAYASAN AMAL KEMBANGKAN GERAKAN DAKWAH

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, August 16, 2009
Sebelum ini YAM tampil secara aktif dalam aktiviti kemanusian di beberapa buah negara yang ditimpa musibah, misi terkini dalam aktiviti kemanusian ialah di Gaza. Beberapa relawan amal sanggup melintasi bedilan-bedilan peluru dan merentasi runtuhan-runtuhan bangunan demi menyelamatkan rakyat Palestin yang dizalimi oleh rejim Yahudi laknatullah.Yayasan Amal Malaysia (YAM) kini melebarkan misinya dalam bidang dakwah di Borneo. Pelebaran misi...

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!