DAP SEMAKIN FAHAM ISLAM SETELAH BERSAMA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, February 25, 2009

UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.
Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.
Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.
Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.
MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.
Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.
Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.
Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.
DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.
Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.

FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, February 24, 2009

11 bulan Kerajaan PR memerintah negeri Perak, rakyat negeri Perak sudah mulai mengecapi nikmat kebajikan dan keadilan. Pegawai-pegawai kerajaan juga sudah mulai merasai kelainan dan kelebihan berada di bawah kerajaan PR. Mereka mula sayang kepada MB dan seluruh EXCO. Saya sebagai SETPOL MB sentiasa bergaul dengan pegawai-pegawai kerajaan, mereka berterus terang kalau PR terus kekal memerintah 5 tahun mengikut tempoh pilihanraya, PRU ke 13, BN tidak akan memperolehi sebarang kerusi. Justeru itu, mereka guna apa sahaja cara untuk merampas kuasa supaya PR tidak boleh terus memerintah bagi meneruskan polisi kebajikan yang memikat hati rakyat.

Dalam tempoh 11 bulan, kerajaan PR telah membuat perubahan-perubahan berikut :-

1. Ketua Kampung dipilih oleh orang ramai melalui proses pilihanraya.
2. 1/3 daripada anggota PBT adalah dipilih dari kalangan NGO, orang persendirian dan koporat atau golongan profesional.
3. Rakyat yang berpendapatan rendah di beri percuma air 10 meter padu
4. Semua premis kerajaan dibenarkan diguna oleh semua parti politik, ngo dan sebagainya.
5. Mengembalikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)
6. Menganugerahkan 1000 hektar tanah kepada SAR dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
7. Memberi hak milik kekal kepada dan 102 ribu lot kediaman kepada penduduk di Rancangan Perumahan Tersusun (Kg Melayu) dan 47 ribu lot kediaman kepada penduduk Kg. Baru (Cina)
8. Memberi sumbangan dermasiswa rakyat seribu seorang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
9. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat bagi membantu miskin tegar, warga tua, orang kurang upaya, keluarga mangsa ISA, ibu tunggal, anak yatim dan pengidap penyakit kronik.
10. Menubuhkan Tabung Pinjaman Kecil Perniagaan kepada ibu tunggal yang ingin menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan tanpa dikenakan faedah.
11. Menaikan sumbangan bantuan kebajikan dari kadar minima 45 ringgit sebulan ke 100 ringgit sebulan sehingga maksima 400 ringgit sebulan.
12. Menyediakan bantuan skim Al Kifaalah kepada warga tua yang berumur 65 tahun ke atas.
13. Menaikan elaun penyelia dan guru-guru KAFA.
14. Menaikan kadar elaun guru-guru Tadika Islam JAIP
15. Menender sebahagian pembalakan bagi meningkatkan hasil negeri.
16. Anak-anak syarikat kerajaan negeri membayar zakat kepada MAIP.
17. Menaikan Tabung Pusingan Bencana Alam dari 30 ribu ke 50 ribu ringgit.
18. Menggalakan semua pegawai kerajaan menunaikan solat Zohor berjamaah dan mendengar tazkirah selepas Zohor.
19. Tazkirah setiap pagi sepanjang musim Ramadhan.
20. Mengurangkan perbelanjaan makan semasa mesyuarat atau sebarang program yang dianjurkan atas nama Kerajaan Negeri.
21. Menggunakan bas rasmi SUK dalam lawatan ke Parlimen dan Singapura bagi menggurangkan kos pengangkutan sekiranya menggunakan kereta rasmi kerajaan.


KERAJAAN HARAM BN HALANG HJ NIZAR GUNA DEWAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, February 23, 2009

Seawal perlantikan Hj Nizar sebagai Menteri Besar, beliau mengumumkan semua premis milik kerajaan negeri dibenarkan digunakan oleh semua pertubuhan politik, ngo, belia dan sebagainya. Para pengguna hanya perlu membuat tempahan samada melalui Majlis Daerah, Penghulu atau JKKK. Dalam ucapan menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri bulan November yang lalu, sekali lagi beliau mengulangi bahawa semua premis kerajaan terbuka untuk digunakan oleh parti politik, ngo atau apa sahaja pertubuhan tertakluk dengan peraturan yang dibuat oleh pihak yang bertangungjawab mengurus tadbir premis tersebut. UMNO turut mengambil kesempatan menggunakan premis tersebut tanpa sebarang halangan dan sekatan oleh kerajaan PR.

Hari ini, Dato' Seri Hj Nizar dalam siri lawatan ke seluruh Parlimen di Perak tidak dibenarkan pula menggunakan premis kerajaan. Dewan Orang Ramai, Dewan Serbaguna, Stadium, Padang dan sebagainya kalau dulu sewaktu PR memerintah, UMNO dibenarkan menggunakan premis-premis tersebut, kali ini PAS tidak boleh menggunakannya. PAS terpaksa menggunakan premis sendiri bagi tujuan menjalankan program-program tersebut.

Pemimpin UMNO dan UMNOlah yang mempelopori siri penderhakaan terhadap Raja-raja Melayu selepas abad ke - 20. Dato' Onn adalah antara tokoh politik pertama yang mencetuskan siri penderhakaan ini. Pada tahun 1920, Dato' Onn secara terbuka telah mengkritik Sultan Johor dengan begitu keras kerana Sultan Johor telah melelong harta bapanya yang gagal membayar hutang negeri sehingga kematiannya. Sultan Johor ketika itu sangat murka di atas penderhakaan yang berterusan sehingga dipecat dari jawatan dan dibuang ke Singapura pada 1927.

Dua orang adek beradeknya juga turut melakukan tindakan menderhaka kepada Sultan, iaitu abangnya Dato' Abdullah Jaafar (ketika itu MB Johor), Abdullah Jaafar menghina dan memburukkan nama sultan di luar negeri, akhirnya beliau dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Besar dan ditarik balik gelarannya. Kakaknya Che Dara Jaafar turut diambil tindakan kerana bersekongkol dengan penderhakaan ini (walaupun Che Dara ketika itu menjadi isteri Sultan Ibrahim), kedua-duanya dihukum buang negeri.

Ketiga-tiga adek beradek ini menjadi keluarga terbuang akibat penderhakaan ini, mereka menetap di Singapura, Dato' Onn tetap meneruskan penderhakaan ini di Singapura melalui akhbar Warta Malaya yang beliau menjadi pengarangnya. Akhbar ini lantang mengkritik dan memberi sembah derhaka kepada Sultan Johor pada 1930.

Beliau kembali ke Johor pada tahun 1936 dan dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar Johor pada tahun 1947. Dalam tempoh berkhidmat sebagai Menteri Besar, beliau telah berkrisis dengan Raja-raja Melayu ekoran cadangannya supaya seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Raja-raja Melayu amat murka dengan cadangan ini kerana ia meletakkan seorang Melayu lebih tinggi kedudukannya daripada Raja-raja Melayu itu sendiri.

UMNO secara terbuka menghina Raja-raja Melayu terutama Sultan Kedah dalam beberapa isu yang berbangkit pada tahun-tahun tersebut. Dalam Mesyuarat Agung UMNO di Butterworth pada 27 Ogos 1949, secara terbuka beliau menyelar dan menuduh Raja-raja Melayu menjaga kepentingan diri daripada orang Melayu, beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British bagi melemahkan UMNO dengan melarang pegawai Melayu berpolitik. Kemuncak penderhakaan ini ialah apabila Dato' Onn mengajak ahli UMNO menamatkan pemerintahan beraja. Akibatnya, Sultan Kedah berhasrat mengharamkan UMNO di negeri Kedah dan Sultan Johor sendiri memaksa Dato' Onn meletakan jawatan sebagai Menteri Besar pada 17 Jun 1949.

Kebiadaban UMNO kepada Raja-raja Melayu sangat terserlah antara tahun 1947-1949, pemimpin UMNO menggunakan platform UMNO untuk menghina Raja-raja Melayu, mereka mencabar kuasa Raja-raja Melayu secara terbuka dan kemuncak penderhakaan UMNO pada tahun 1949 ialah apabila Presiden UMNO (Dato' Onn) pada waktu itu mengajak ahli-ahli UMNO menamatkan sahaja sistem pemerintahan beraja di negara ini.

Siri 1

Sumber : petikan tulisan Fadli Ghani dalam harakah keluaran 27 Safar - 1 Rabiulawal 1430.

SEMINGGU AMBIL ALIH TERUS TUKAR BARU

Dicatat oleh MisbahulMunir

Kerajaan PR memasuki pejabat Menteri Besar dan pejabat EXCO sejak 11 bulan yang lalu, sedikit pun MB dan EXCO tidak mengganti carpet, kusyen dan sebagainya. Kekal sebagaimana yang lama, kerana masih boleh diguna pakai, dan tidak nampak cacat celanya. Saya difahamkan kerajaan haram BN baru beberapa hari memasuki pejabat MB, semua carpet, kusyen, langsir dan entah apa lagi ditukar baru walaupun masih elok, baik dan boleh diguna. Kos jamuan sewaktu mesyuarat EXCO dikurangkan oleh kerajaan PR, untuk jamuan ringan, setiap orang tidak lebih 6 ringgit, jamuan makan tengahari tidak lebih 15 ringgit. Waktu BN memerintah dahulu, katanya jamuan untuk setiap mesyuarat atau apa sahaja program antara 25 hingga 45 ringgit sekepala.

Apabila Hj Nizar menyebut 'patik mohon sembah derhaka' kepada paduka Sultan Azlan, UMNO melalui semua media perdana yang dikuasai oleh mereka mengutuk Hj Nizar, mereka mengelar Hj Nizar "penderhaka" yang sepatutnya dihukum, dibuang negeri, di ISA dan bermacam-macam lagi. Namun si "penderhaka" yang mereka gelar itu tetap berani bertemu dengan rakyat setiap hari, malahan hadir dalam majlis santapan bersama Tuanku sempena sambutan Jubli Emas pemerintahan Tuanku Sultan Perak.

Berbeza dengan 4 orang wakil rakyat ini, UMNO mendakwa mereka inilah wira negeri Perak yang berjaya menyelamatkan negeri Perak dari kerakusan kerajaan Pakatan Rakyat (PR), yang menggadai maruah dan tanah orang Melayu kepada Cina kononnya. Itulah dakwaan kosong mereka yang sama sekali tidak berasas. Kalau benar mereka wira, mengapa ADUN-ADUN tersebut tidak pulang ke kawasan masing-masing dan disambut dengan meriah oleh rakyat di DUN mereka, ataupun UMNO Perak mengarak dan menjulang mereka ke pelusuk negeri seumpama wira yang sangat besar jasanya kepada negara.

Ketika ADUN Bota berhijrah dari UMNO ke PKR (dalam ucapan ADUN Bota di stadium Bakri Rais, dia guna istilah hijrah bukan lompat), kononnya hijrah lebih tepat kerana penghijrahannya atas kesedaran politik yang tinggi setelah melihat UMNO rosak yang tidak boleh diperbetulkan. Pakatan Rakyat bagi dia adalah penyelamat kepada rakyat, dia sudah tidak percaya lagi pada UMNO dan BN untuk selama-lamanya, itu kenyataan ADUN Bota, katanya lagi dalam memberi keyakinan tentang penghijrahannya itu, ibunya orang kampung yang kerjanya sebagai pengayam atap, orang miskin tetapi sentiasa mendidik anaknya supaya bercakap benar dan tidak berbohong, berbekalkan semangat didikan dari ibunya itu, beliau ingin menyakinkan kepada orang ramai, bahawa beliau terlalu komited bersama dengan Pakatan tidak lagi bersama BN. Penghijrahannya bukan kerana kepentingan dan tidak ada apa-apa yang ditawarkan oleh PR mahupun MB Perak.

Orang ramai tertarik dengan ucapannya yang penuh semangat ketika itu di stadium Bakri Rais, Media rasmi PR menganggap beliau adalah wira rakyat yang menyelamatkan dan mengukuhkan kerajaan Pakatan di Perak, program ceramah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim malam itu adalah satu sambutan meraikan penyertaannya dalam PR. Pakatan Rakyat pula merancang untuk membawa Datuk Nasar jelajah seluruh Perak. Beberapa hari kemudian, Datuk Nasar menghilang diri, tidak dapat dikesan ke mana menghilang, tiba-tiba muncul dengan 3 rakan pengkhianat yang lain bersama Datul Najib untuk diisytiharkan menyertai BN.

Mereka dijulang oleh pemimpin BN, tetapi tidak pula dijulang dan disambut di DUN masing-masing oleh rakyat dan pengundi mereka, sehingga sekarang mereka tidak berani pulang ke DUN masing-masing. Sedangkan seluruh rakyat di DUN Behrang, Changkat Jering, Jelapang dan Bota sedang menanti-nanti kepulangan mereka.

"Pulanglah wahai wira penyelamat, rakyat di DUN masing-masing sedang menunggu dan berbaris untuk menyambut kepulangan kamu dengan kasut, selipar dan terompah". Itu sahaja yang boleh mengajar di atas pengkhianatan dan penderhakaan mereka di atas mandat dan amanat rakyat. Jadi siapa sebenar pengkhianat dan penderhaka rakyat ?

SOLAT JUMAAT DI SUNGAI ROKAM

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, February 21, 2009

Orang ramai sering berpusu-pusu
mahu bersalam dengannya dan beliau melayani
mereka dengan baik.Gambar atas semasa
di Masjid Sungai Rokam

Semalam saya solat Jumaat di Sungai Rokam. Saya melihat kelibat YB Dato' Seri Diraja Tajol Rosli yang juga solat di situ. Selesai solat saya bersembang dengan beberapa kenalan. Kenalan saya beritahu, minggu lepas Dato' Zambry solat Jumaat di masjid ini, selesai solat tidak ada yang mengerumuninya untuk bersalam-salaman mengucapkan tahniah, adalah beberapa orang. Kata kenalan saya, anaknya sendiri perasan dan bertanya mengapa MB ini tidak ada yang bersalaman secara berpusu-pusu sebagaimana Hj Nizar yang ke mana sahaja ia pergi pasti akan dikerumuni oleh orang ramai samada sewaktu masih ada kuasa atau setelah dijatuhkan.

Kemesraan pemimpin bersama rakyat jelas tergambar
- sewaktu dimasjid Sungai Rokam

Saya melihat sendiri, Tajol Rosli sewaktu melangkah keluar dari masjid, juga tidak ada yang mengerumuni untuk bersalam-salalam dengannya, semua orang buat tidak tahu. Saya mahu juga bangkit untuk bersalaman, tetapi tak sempat, beliau sudah memakai capal untuk balik.

Mereka kasih dan menghormati
Hj Nizar sebagai Menteri Besar

Sepanjang saya mengiringi Hj Nizar ke masjid, surau, pasar atau di mana sahaja baik sewaktu berkuasa atau sekarang, tidak pernah MB kita tidak dikerumuni orang ramai, sebaik selepas solat atau tamat apa sahaja acara, orang ramai berpusu-pusu, Melayu, India, Cina, Orang Asli, kanak-kanak, orang tua semuanya bersalam-salaman. Inilah pemimpin yang disayangi dan disenangi rakyat.

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.

Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.

Dilaporkan oleh isteri YB Dato' Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato' Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, "Insya Allah, tidak".

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, "Innallaha maa Sobirin" (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol "Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance" (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato' Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, "under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal".

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.

xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.

Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, "Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka".

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.

Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan...........-

Sumber : kamparinn blogspot com

ZAMBRY DAN ENAM EXCO KERAJAAN BN PERAK DIGANTUNG

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, February 19, 2009

Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang sebelum ini mempertikaikan kuasa YB Sivakumar sebagai Speaker bagi memanggil dan merujuk beliau dan enam EXCO kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN akhirnya terpaksa akur dan tampil memberi keterangan kepada Jawatankuasa tersebut.

Selepas menimbang semasak-masaknya akhirnya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN telah mengambil keputusan menggantung Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sertamerta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan. Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.

Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu dalam sidang akhbar yang diadakan selepas selesai mengambil keterangan Zambry dan enam exco tersebut.

Keputusan ini amat mengejutkan kerana mereka tidak menyangka bidang kuasa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan begitu besar, sehingga Datuk Nazeri turut memberi reaksi dengan mengatakan tindakan Speaker sebagai satu komedi.

Kita tunggu jelah apa yang seterusnya nanti.

JELAJAH YAB MB HJ NIZAR DI BAGAN DATOH

Dicatat oleh MisbahulMunir

Selepas menghadiri sidang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes yang difailkan oleh beliau terhadap Dr Zambry Abd Kadir, Hj Nizar terus bergegas menuju ke Bagan Datoh Perak untuk bertemu rakyat dalam siri jelajahnya ke seluruh negeri. Program bermula jam 2.30 petang di Pusat Khidmat ADUN Hutan Melintang.

Dalam program tersebut, Dato' Seri Hj Nizar telah menyampaikan taklimat tertutup kepada seluruh ketua-ketua kampung Bagan Datoh. Selepas itu, Hj Nizar menghadiri jamuan teh bersama rakyat di Parit 1, Sungai Sumun. Beliau juga sempat singgah bertemu rakyat di pasar malam Batu 20 dalam perjalanan ke Bagan Sungai Tiang Baroh dalam majlis yang dianjurkan oleh masyarakat Cina. Kehadiran orang ramai di kedua-dua program membuktikan rakyat begitu sayang kepadanya dan tetap mengiktiraf Hj Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.

Sementara menunggu program ceramah di Dewan Cina, Hutan Melintang, beliau telah menyampaikan Kuliah Maghrib di Surau Kg. Sungai Betul. Kemuncak program ialah Ceramah Perdana di Dewan Cina Hutan melintang dengan ribuan orang ramai menghadirinya. Seluruh lapisan masyarakat dari berbilang kaum telah membanjiri dewan tersebut dan melaungkan slogan-slogan menyokong Hj Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Turut hadir dalam program tersebut ialah adun-adun Pakatan Rakyat, iaitu YB Anuar Sudin, YB Kesavan, YB Chan Lee Kang dan pemimpin Pakatan Rakyat Bagan Datoh.

UMNO DERHAKA KEPADA ALLAH

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, February 16, 2009

Malam tadi saya berceramah dengan YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Taman Melewar, ribuan manusia menghadiri ceramah anjuran PAS Wilayah Persekutuan tersebut. Ucapan Tok Guru ringkas, tepat, padat dan cukup menarik. Beliau berucap lebih kurang 30 minit sahaja. Dalam ucapan seringkas 30 minit, beliau mengulas juga pergolakan politik di Perak. Antara yang diulas ialah isu MB Perak derhaka kepada Sultan. Menurutnya media membesarkan isu derhaka kepada Sultan, pada hal semua manusia adalah sama di sisi Allah, manusia yang bergelar rakyat apabila tidak mengerjakan suruhan Allah, dia akan berdosa. Manusia yang bergelar raja mahupun sultan juga berdosa, tidak ada keistimewaan di sisi Allah baik rakyat mahupun raja dalam soal yang berkaitan dengan syariat. Kewajipan tetap sama, larangan tetap juga sama. Raja sekalipun kalau minum arak, berjudi, berzina tetap berdosa dan wajib dikenakan hukuman yang setimpal berdasarkan syariat.

Di dalam Islam , sesama manusia derhaka ini hanya wujud antara anak terhadap kedua orang tuanya dan isteri terhadap suaminya. UMNO bising isu MB derhaka kepada Sultan, tetapi dalam masa yang sama bahkan sejak UMNO wujud lagi, ia sudah derhaka kepada Allah swt dan berterusan kederhakaannya kepada Allah. UMNO derhaka kepada Allah kerana menolak syariat, menolak Islam, menolak hukum hudud dan sebagainya. Perlakuan derhaka ini diperlihatkan melalui pertuturan dan perlakuan oleh pemimpin-pemimpin mereka, juga melalui dasar dan polisi yang ditentukan oleh mereka bagi menolak perlaksanaan syariat Islam.

Adakah Hj Nizar derhaka hanya kerana tidak mahu meletakkan jawatan, sebaliknya mahu keadilan ditegakkan dan menghormati Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Dalam menghadapi kemelut politik di Perak apabila Kerajaan Pakatan Rakyat tidak lagi stabil, Hj Nizar sebagai Menteri Besar lebih cenderung memberi kepercayaan dan mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan yang baru melalui proses pilihanraya. Pilihanraya hanya boleh berlaku setelah DUN dibubarkan.

Justeru itu, jangan dibesarkan isu MB Perak derhaka pada Sultan, lebih baik kita bicarakan bagaimana besarnya dosa manusia tidak kira Sultan, Menteri, Kerajaan atau sesiapa sahaja yang derhaka kepada Allah swt. Kita betulkan pemimpin-pemimpin yang tidak solat, tidak puasa, tidak tunaikan zakat, berjudi, minum arak, berzina, lawan syariat Islam dan sebagainya. Cara yang paling berkesan untuk membetulkan mereka ialah dengan menjatuhkan kuasa politik yang ada mereka, di atas kejatuhan kuasa politik itu, kita dirikan dan tegakkan keadilan berdasarkan prinsip Islam yang sejagat.

JELAJAH SELURUH PERAK BERMULA DI MANJUNG

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, February 15, 2009

MB, EXCO dan ADUN kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan memulakan siri jelajah bertemu rakyat mulai 16hb ini di Parlimen Lumut. Lumut dipilih kerana di situlah DUN Pasir Panjang yang Hj Nizar sendiri sebagai ADUNnya, dan di situ juga ada DUN Pangkor yang Dr Zambry sebagai ADUNnya. Program tersebut akan dipenuhi dengan acara bertemu dengan rakyat di tempat-tempat awam, khenduri rakyat, jamuan teh, majlis sumbangan penyampaian bantuan, jamuan makan malam dan solat berjamaah. Orang ramai jangan lepaskan peluang ini untuk mendengar sendiri penjelasan dari pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Perak.


Dato' Seri Hj Nizar dan seluruh EXCO dan ADUN Pakatan Rakyat tetap hadiri Majlis Santapan Beradat diIstana Iskandariyyah Kuala Kangsar sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Tuanku Sultan Azlan. Kehadiran dalam majlis tersebut adalah bukti bahawa Hj Nizar tidak derhaka kepada Sultan, beliau masih taat dan setia kepada Tuanku. BN dan UMNOlah penyebab utama krisis ini berlaku. Rakyat menuntut UMNO BN bertangungjawab dalam isu ini yang menyebabkan rakyat bangkit secara terbuka membantah tindakan Tuanku tidak memperkenan pembubaran DUN.

Kehadiran mereka mendapat perhatian orang ramai di masjid Ubudiyyah sejak Maghrib lagi. Di Istana Pegawai-pegawai kerajaan dan Istana juga turut menyambut kehadiran mereka, dari reaksi dan bahasa badan yang ditunjukkan, mereka semua sebenrnya bersimpati dengan Dato' Seri Hj Nizar. Hj Nizar menunjukkan keterbukaan dan jiwa lapangnya, walaupun ditempatkan di meja yang jauh dari meja tetamu-tetamu kenamaan, beliau bangkit bersalaman dengan semua tetamu-tetamu kenamaan termasuk Menteri-menteri Kabinet dan semua EXCO kerajaan BN yang baru. Hj Nizar tidak sedikit pun kekok berbuat demikian, bayangkan kalau betul beliau derhaka kepada Sultan sebagaimana tohmahan media UMNO BN, sanggupkah beliau hadir di majlis tersebut, kalaupun hadir sudah tentulah dia tidak sanggup atau kekok berhadapan dengan orang ramai.

3 ADUN Pakatan Rakyat yang melompat keluar parti, sehingga sekarang mereka tidak berani keluar berdepan dengan rakyat di DUN masing-masing. Sebabnya kita boleh fikir sendiri sebenarnya. Mereka tidak berani berdepan dengan rakyat kerana mereka tahu, pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap undi rakyat menyebabkan rakyat marah kepada mereka. Kalau mereka dipihak yang benar, tampillah bersemuka dengan rakyat, jelaskan kepada rakyat mengapa mereka mengambil langkah meninggalkan Pakatan Rakyat.

UMNO BN GAGAL PUJUK PAS BENTUK KERAJAAN CAMPURAN PAS - UMNO BN

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, February 14, 2009

Perancangan bagi menggagalkan pembentukan kerajaan campuran PAS, PKR dan DAP bermula sebelum Hj Nizar angkat sumpah sebagai MB Perak. Zahid Hamidi, Yusuf Husein (Reaktor KISDAR), dan Amin Saleh (bekas Setiausaha PUM semasa ) adalah antara yang terlibat cuba mempengaruhi Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya (PJ Perak) supaya membentuk kerajaan campuran bersama dengan UMNO BN dengan menjanjikan PAS sebagai MB dan kesemua ADUN PAS sebagai EXCO. Ini rasuah yang mereka sogokkan kepada PAS. Mereka gunakan santimen Melayu dan agama, kononnya dengan terbentuknya kerajaan campuran PAS dan UMNO BN, Perak adalah negeri pertama selain Kelantan & Terengganu yang ahli EXCOnya Melayu dan Islam semua, senanglah untuk melaksanakan Islam. Malam sebelum MB mengangkat sumpah, ketiga mereka cuba juga mempengaruhi PJ Perak sekali lagi sehingga menjejak sampai ke halaman rumah PJ di Simpang Empat Semanggol. Ust Ahmad Awang tidak melayaninya sehingga terpaksa memanggil Unit Amal dan pihak polis menghambat mereka.

Mufti Perak juga turut berperanan mempengaruhi MB dengan mengatakan Mursyidul AM, Presiden PAS dan Timbalan Mursyidul Am (Dr Harun Din) bersetuju dengan cadangan pembentukan kerajaan campuran PAS dan BN UMNO. Kononnya kesemua pimpinan tersebut menyerahkan kepada PJ Perak membuat keputusan. Yang kami musykil kalau benar apa yang didakwa oleh Mufti, mengapa pimpinan PAS tidak menghubungi sendiri PJ atau mereka turun berbincang dengan Jawatankuasa Harian PAS Perak, sebab pembentukan kerajaan bukan boleh diputuskan oleh PJ Perak sendiri, ia melibatkan polisi dan dasar parti, tidak munasabah perakara yang sebegini besar, pimpinan tertinggi boleh serahkan urusan ini kepada PJ Perak untuk buat keputusan. PJ dengan penuh bijaksana menolak saranan dan cadangan ini.

Selepas gagal usaha ini, mereka gunakan pendekatan memujuk ADUN-ADUN PKR untuk melompat meninggalkan mereka, ADUN DAP juga dipujuk dengan tawaran berjuta-juta. Mereka begitu yakin, usaha ini akan berjaya. Sehingga Tajol Rosli 31 Ogos akan berlaku peralihan kuasa. Namun usaha ini juga sia-sia dan gagal.

Mereka tidak putusa asa, berusaha lagi dengan berbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan PR. Kali ini peracangan dan usaha lebih licik, jijik, kotor dan tidak bermoral. Bermula dengan adegan colek, ugut, rasuah, tawaran-tawaran dan sebagainya. Akhirnya mereka berjaya menjatuhkan kerajaan PR dengan mempergunakan Sultan Perak mengikut telunjuk UMNO BN.



HJ NIZAR FILE SAMAN KE ATAS ZAMBRY

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, February 13, 2009

Jam 11 pagi ini (Jumaat) MB Pakatan Rakyat Perak akan file saman bagi mencabar perlantikan Dato' Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar yang baru. File saman tersebut akan dibuat di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. Beberapa peguam terkenal akan mewakili Dato' Seri Nizar dalam saman tersebut. Sebagai tanda sokongan moral kepada Dato' Seri Hj Nizar, orang ramai terutama rakyat Perak di Kuala Lumpur diminta datang beramai-ramai.

Mulai minggu depan, MB dan EXCO Kerajaan Pakatan (PR) negeri Perak akan jelajah seluruh Parlimen dan DUN di Perak. Program ini diatur bagi membolehkan Kerajaan Pakatan bertemu dengan rakyat bagi menjelaskan isu ini. Ketandusan media cetak dan elektronik bagi menjelaskan isu ini diambil kesempatan oleh media BN menyerang PR habis-habisan. Apatah lagi pihak polis tidak membenarkan pula ceramah-ceramah politik diadakan. Melarang ceramah politik adalah satu tindakan yang tidak adil, kerana dalam masa yang sama media menghentam PR tanpa memberi peluang kita menjawabnya.

Justeru itu, MB dan EXCO PR akan bertemu rakyat di seluruh pelusuk kampung dan desa melalui program-program kenduri kendara, gotong royong, solat berjamaah, berkunjung ke pasar-pasar, jamuan makan malam dan sebagainya. Beri peluang rakyat mendengar, melihat sendiri, dan berfikir, rakyat ada fikiran untuk menilai mana yang betul dan salah. Kalau ini juga dihalang, rakyat wajib bangkit menentang kezaliman dan pencabulan demokrasi.

LELAKI PELIK BERKUNJUNG KE RUMAH MB

Dicatat oleh MisbahulMunir

Semua lapisan masyarakat simpati pada Dato' Seri Hj Nizar, setiap hari ada sahaja yang berkunjung dan melahirkan rasa simpati. Yang berkunjung pula berbagai jenis ragam manusia. Lihatlah dalam gambar ini. Sekali pandang, dengan pakaian serta aksesori yang dipakainya, percakapannya, saya percaya semua orang pasti akan kata orang ini.................... Lelaki pelik ini pernah beberapa kali datang ke bangunan SUK, sekali dua pernah pernah terserempak dengan saya dan Dato' Seri. Dia mendakwa kononnya ia berketurunan Raja Melayu dari Melaka, namanya Tengku Daing Hj Abu Bakar Hasan.

Petang semalam, orang ini berkunjung ke kediaman MB untuk bertemu dengan Datin Seri, petugas Unit Amal tidak memberi kebenaran kerana curiga dengan gelagatnya, saya waktu itu sedang berbincang dengan beberapa rakan, menyedari kekecohan yang berlaku di luar, saya menjengok dan terus menyapa. Dia bersimpati dengan Dato' Seri, dan boleh membantu menyelesaikan masalah ini dengan syarat bagi peluang bertemu dan bercakap dengan Datin Seri, dia tahu Dato' Seri terlalui sebuk, cukuplah bertemu dengan Datin Seri.

Lelaki pelik ini juga tahu, apa yang berlaku ke atas Hj Nizar adalah penganiyaan, tak patut mereka buat macam itu, dia tahu MB orangnya baik, dia bangga dan tidak pernah lupa apabila MB tegur dia di kantin dan mempelawanya makan sekali, dia bercerita kepada orang ramai yang MB Perak menegur dan mengajaknya makan sekali di kantin pejabat.

Dia bercerita dengan penuh semangat, akhirnya dia lupa hasrat nak bertemu dengan Datin Seri, letih bercerita, dia pun minta izin untuk balek.


BERITA-BERITA TERKINI PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, February 12, 2009

PAKATAN RAKYAT LAPOR SALAH GUNA KUASA ZAMBRY KEPADA SPRM

Pakatan Rakyat Perak telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 11.00 pagi tadi di Ibupejabat SPRM, Ipoh.Laporan tersebut dibuat oleh YB. Nga Kor Ming, ADUN Pantai Remis yang juga EXCO Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Dalam laporan tersebut menyebut bahawa Datuk Dr. Zambry telah menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco. Menurutnya “Tidak terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan negeri Perak yang membenarkan pelantikan seumpama itu dibuat , penggunaan duit rakyat dalam membayar elaun kepada mereak adalah satu pembaziran”.

Menurut Nga Kor Ming setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM240,000 setahun.Jumlah tersebut termasuk gaji bulanan RM15,000, elauan percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjatapi. Keseluruhannya, kerajaan negeri akan berbelanja sebanyak RM720,000 setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun tiga penasihat tersebut.

ADUN BN TIDAK LAYAK JADI EXCO

Tindakan Dr. Zambry tidak melantikan ADUN-ADUN lain sebagai EXCO sedangkan 4 kerusi masih kosong menunjukkan ADUN-ADUN BN yang lain tidak layak menduduki kerusi tersebut. Begitulah komen orang ramai terhadap tindakan Dr. Zambry yang mengosongkan 4 kerusi EXCO, sebaliknya melantik 4 penasihat yang bertaraf EXCO. Ada juga yang membuat andaian, 4 kerusi yang kosong digunakan bagi memancing ADUN-ADUN Pakatan Rakyat menyertai BN dengan menjanjikan kerusi EXCO kepada mereka.

SERAH KERETA DAN KELUAR DARI KEDIAMAN

Semua kereta rasmi MB dan EXCO (Toyota Camry) yang baru dibeli oleh Kerajaan Pakatan akan diserahkan kepada SUK.

Kereta tersebut akan dikumpulkan di Kediaman Rasmi MB. Dato' Seri Hj Nizar juga mengumumkan akan keluar dari kediaman rasmi MB dan tinggal di rumah lain. Walau bagaimanapun tindakan tersebut tidak menghalang usaha Kerajaan Pakatan Rakyat yang sah dari menuntut supaya DUN dibubarkan dan juga tidak menghalang dari mengambil tindakan undang-undang.

KERAJAAN PAKATAN KERAJAAN BUANGAN

Dato' Seri Hj Nizar mensifatkan Kerajaan Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Buangan. Sehubungan dengan itu, semua aktiviti, mesyuarat, perjumpaan atau apa sahaja program yang melibatkan MB & EXCO Pakatan Rakyat dengan orang ramai akan diadakan di pejabat parti atau di pusat-pusat Khidmat DUN masing-masing.

Walau bagaimanapun Dato' Seri Nizar bersama semua EXCO dan ADUN Pakatan rakyat akan tetap terus berkhidmat kepada rakyat di seluruh Perak.

BUDAK BANGANG GANTI PAS BANGANG

Dicatat oleh MisbahulMunir

Oleh kerana nama PAS digunakan oleh pengkritik blog ini dan digandingkan dengan Bangang, saya sebagai pemilik blog ini mengsyorkan supaya kita gelar orang itu sebagai Budakbangang. Budakbangang adalah gantinama kepada PASbangang. Setiap kritikan yang ditujukan kepada PASbangang ditukar kepada Budakbangang. Sikit masa lagi, saya akan jawab semua tuduhan dan tohmahan Budakbangang ke atas PAS, penyokong PAS, kerajaan Pakatan Rakyat, Dato' Seri Hj Nizar, tetapi bahasa yang saya gunakan tidak sama macam Budakbangang ini guna. Saya anggap budakbangang ini tidak tahu apa-apa tentang politik, PAS, Islam dan sebagainya.

HJ NIZAR AKAN PINDAH SIKIT MASA LAGI

Dicatat oleh MisbahulMunir

Dato' Seri Hj Nizar ditohmah kononnya tidak mahu keluar dari kediaman rasmi MB walaupun sudah dikeluarkan notis berkali-kali, antara yang turut memberi tohmahan ialah Perdana Menteri sendiri. Sebenarnya, sehingga sekarang belum ada sebarang notis supaya Dato' Seri mengosongkan kediaman rasmi. Malahan Dato' SS ketika menelopon MB tempoh hari telah memohon maaf di atas kebiadapannya & keterlanjurannya terhadap Dato' Seri di Pejabat MB, beliau ada mengatakan bahawa Dato' Seri boleh tinggal lama pun tak apa, nanti kalau berpindah, beritahu sahaja Dato' SS. Kemudahan transport akan disediakan. Kita pun faham, walaupun dia tak suruh pindah, tetapi maksud sebaliknya ialah kosongkan kediaman, orang lain nak masuk.

Tohmahan yang mengatakan sudah berkali-kali notis dikeluarkan tetapi tidak juga mahu berpindah adalah tidak betul. Dato' Seri belum menerima sebarang notis pindah. Beliau memang ingin berpindah, tetapi ambil masa sedikit. MB yang terdahulu pun berpindah lebih kurang tiga minggu atau mungkin lebih dari itu. Ini baru 5 - 6 hari.

KEMUNCULAN HJ NIZAR DI STADIUM MENGEJUTKAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, February 11, 2009

Sekali lagi Dato' Seri Hj Nizar buat kejutan dengan muncul menyaksikan perlawanan bola sepak antara Perak dengan Kelantan di Stadium Negeri Perak malam tadi. Kemunculannya disambut dengan tepukan gemuruh oleh penonton-penonton bola sepak. Hj Nizar adalah Presiden PAFA. Tan Seri Anuar Musa, Presiden KAFA juga turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut, beliau duduk bersebelahan Dato' Seri Nizar. Kehadirannya ke stadium menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berjiwa besar, dalam kemelut politik yang belum ada tanda berkesudahan, beliau tetap menjalankan tugas dan kewajipan sebagai Presiden PAFA. Kehadirannya turut membangkitkan semangat skuad Seladang walaupun tewas 2-3.

HANYA ENAM ORANG EXCO SAHAJA ANGKAT SUMPAH

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, February 10, 2009

Timbul tanda tanya, mengapa hanya 6 orang sahaja EXCO yang angkat sumpah, mana 4 yang lain. mereka itu ialah ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari (Manong), Dr. Mah Hang Soon (Chenderiang), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik).

Majlis angkat sumpah berlangsung dengan satu kawalan yang sangat ketat, FRU dan pasukan keselamatan ditempatkan di merata tempat. Suasana ini akan sentiasa menghantui dan membimbangi kerajaan Haram BN sepanjang masa selagi keadilan tidak dikembalikan kepada rakyat. Rakyat dan Pakatan Rakyat mahu DUN dibubarkan, mandat perlu diberi kepada rakyat bagi memilih kerajaan baru. Rakyat akan puas hati bila mereka diberi hak memilih dengan adil, apa pun keputusan samada menyebelahi BN mahupun Pakatan Rakyat, rakyat akan menerima dengan hati yang puas.

TERKINI DI PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir

MB & EXCO Pakatan Rakyat berlepas ke pejabat SUK

Baru sebentar tadi Dato' Seri Hj Nizar dan EXCO keluar dari kediaman MB menuju ke pejabat SUK untuk menjalankan tugas rasmi sebagaimana biasa. Hari Selasa adalah hari MB dan EXCO betemu pelanggan. Oleh kerana dihalang oleh FRU dan pasukan keselamatan daripada memasuki pejabat, MB dan EXCO hanya melambai-lambai tangan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang kelihatan ramai di koridor dan halaman pejabat SUK. Lambaian MB disambut oleh seluruh pegawai pejabat SUK sebagai tanda simpati dan sokongan moral.

Di pejabat SUK sejak beberapa hari yang lepas ditempatkan pasukan FRU dan pasukan keselamatan yang mengawal ketat pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Adun Behrang dan Adun Changkat Jering tidak hadir mahkamah.

Perbicaraan kes rasuah yang melibatkan 2 Adun tersebut ditangguhkan kerana 2 Adun tersebut tidak hadir ke mahkamah. Maklumat yang diterima Adun Changkat Jering sedang tenat di ICU Hospital Selayang, manakala Adun Behrang juga dilaporkan sakit.


Saya menggantikan Allahyarham Hj Roslan Shahrom di Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat di Surau Batu 6, Changkat Jering. Allahyarham sepatutnya menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Oleh kerana pemergiannya ke alam baqa' saya diminta oleh pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang menggantikan tempat Allahyarham. Dalam ucapan pengerusi majlis, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham seorang yang cukup disenangi oleh semua lapisan rakyat di Bukit Gantang, seorang yang gigih, cukup wibawa, mudah mesra, tidak sombong, gayanya yang bersahaja, sering memberi khidmat rawatan As Syifa' secara sukarela dan mudah diajak ke setiap program samada yang formal atau yang tidak formal. Perwatakan yang sebeginilah menyebabkan Allahyarham cukup disenangi dfan diterima oleh rakyat Bukit Gantang walaupun bukan anak jati Bukit Gantang.

Rakyat Bukit Gantang kehilangan wakilnya yang cukup berkaliber. Sewaktu minum, mereka menyatakan hasrat supaya calon pengantinya yang akan dipilih oleh PAS Pusat hendaklah calon yang mempunyai ciri-ciri seumpama itu, walau bagaimanapun PAS Bukit Gantang bersedia menerima siapa sahaja calon yang akan diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti.



Orang ramai terpegun apabila Dato' Seri Hj Nizar telah mentalqinkan jenazah Allahyarham Hj Roslan Shahrom di tanah perkuburan Kg Changkat Larang. Kandungan talqin yang disampaikan cukup menyentuh perasaan orang ramai yang mendengarnya, kerana ia bukan sahaja menyentuh perihal si mati, bahkan mengingatkan juga kepada yang masih hidup supaya menghayati tuntutan syahadatain. Manakala Dato' Syeikh Mohd Noor Mansur Al Hafiz, Pengarah JAIP telah mengepalai bacaan tahlil.

Ribuan orang ramai telah memberi penghormatan kepada jenazah Almarhum diupacara pengebumian. Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Ahmad Awang, Datuk Mahfuz Omar, Dr. Hatta Ramli, Salehuddin Ayob dan beberapa Ahli Parlimen yang lain. Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga turut hadir. Solat Jenazah telah disempurnakan berulang-ulang kali di kediamannya dan juga di masjid.

ALLAHYARHAM YB ROSLAN AKAN DIKEBUMIKAN LEPAS ASAR PETANG INI

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, February 9, 2009

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Changkat Larang lewat petang ini. Manakala Solat Jenazah akan dilangsungkan jam 6.00 petang di kediaman Allahyarham di Kg. Changkat Larang, Batu Gajah. Allahyarham meninggal dunia pagi tadi setelah diserang penyakit jantung ketika menunggang basikal yang dipinjam dari rakannya. Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian. Jenazahnya kemudian terus di bawa ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat.

Allahyarham mula melibat diri dalam politik sepenuh masa sejak tahun 1999 apabila dipilih oleh PAS untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum 1999 di Parlimen Bukit Gantang. Nasibnya kurang baik, Allahyarham gagal memenangi kerusi tersebut. Kemudian bertanding pula di DUN Rapat Setia pada pilihanraya 2004, sekali lagi gagal. Pada pilihanraya umum 2008 yang lalu, Allahyarham kembali bertanding di Parlimen Bukit Gantang dan berjaya menewaskan Calon BN, Abdul Azim bin Mohd Zabidi (Bendahari UMNO) dan calon Bebas dengan majoriti 1566.

Sebelum menceburkan diri dalam politik sepenuh masa, beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan, jawatan yang terakhir ialah Pengarah Sumber Tenaga Manusia & Pentadbiran PKNP. Allahyarham berkelulusan Sarjana (Master) Sains Pembangunan Sumber Manusia UPM, dan juga Diploma Islamic Study UIA. Allahyarham meninggalkan seorang balu (Puan Safiah bt. Harun) dan meninggalkan 11 orang anak.

Selain berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Allahyarham dilantik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai Pengerusi Yayasan Perak. Sepanjang perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Allahyarham begitu aktif berkhidmat dan berbakti kepada seluruh rakyat tanpa mengira fahaman agama dan politik. Sikapnya yang mudah mesra dengan orang ramai begitu disenangi oleh para pengundi, sementelah pula, Allahyarham juga seorang pengamal perubatan Islam As Syifa'. Dalam siri-siri lawatan beliau ke setiap kampung, beliau bukan sahaja menyampaikan sumbangan, memberi tazkirah, ceramah atau merasmikan majlis malahan turut memberi rawatan perubatan As Syifa' secara percuma.

Sebagai Pengerusi Yayasan Perak, Allahyarham telah berjaya menaikan imej Yayayan Perak dan Kerajaan Perak melalui program pemberian Dermasiswa Rakyat, Kelas Tusyen Gemilang, Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil dan sebagainya.

Kini beliau telah mendahului kita untuk bertemu Allah Rabbul Jalil, semuga rohnya akan dicucuri rahmat, dan diharap ahli keluarganya bersabar dengan ujian ini.

BERITA MENGEJUT YANG MENYEDIHKAN

Dicatat oleh MisbahulMunir

Al Fateehah, YB Hj Roslan Shahrom (MP Bukit Gantang) telah meninggal dunia sebentar tadi apabila terjatuh dari basikal yang dinaiki. Ia disahkan oleh YDP PAS Kawasan Batu Gajah. Jenazahnya sekarang berada di hospital untuk bedah siasat.

ISU MOHON SEMBAH DERHAKA

Dicatat oleh MisbahulMunir

Memohon Sembah Derhaka 1
Nizar Jamaludin telah mencipta ungkapan yang akan menjadi klasik dan akan menjadi renungan. Ia bertali-tali dalam SMS, diulang sebut dalam Facebook dan lain-lain wahana. Apa yang berlaku adalah proses perundingan dan pentakrifan kolektif budaya politik Melayu.

Nizar dititah undur sebagai menteri besar dan menteri besar itu "menyembah mohon derhaka," satu ungkapan yang oxymoron kerana pantang Melayu menderhaka kepada raja. Derhaka dalam erti kata yang mudah adalah tidak patuh kepada raja. Dalam konteks sistem politik dimana sultan memiliki kuasa mutlak derhaka adalah satu perlanggaran yang berat.

Tetapi kita tidak hidup dizaman rex non potest peccare - raja tidak melakukan kesalahan, titah raja adalah hukum dan sentiasa benar. Tetapi kini raja diikat oleh perlembagaan. Nizar melakukan sesuatu yang terdapat dalam peruntukan perlembagaan, negeri Perak, perlembagaan yang sama mengikat Sultan Perak. Maka Nizar tidak derhaka. Tetapi Nizar bercakap dengan Sultan, maka laras bahasanya perlulah mengikut bahasa pertuturan rakyat bercakap dengan Sultan.

Namun betulkah pantang Melayu menderhaka kepada raja?Tun Perak melakukan tindakan yang menderhaka kerana tidak membunuh Hang Tuah seperti yang diarahkan oleh sultan. Hang Tuah difitnah melakukan hubungan sulit dengan salah seorang gundik raja dan bendahara tersebut tahu laksamana itu tidak bersalah dan beliau tahu yang salah adalah sultan yang menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Tindakan bendahara menyembunyikan Hang Tuah tidak diketahui sultan sehinggalah baginda memerlukan laksamana tersebut untuk menewaskan Hang Jebat. Sekiranya sultan tahu bendahara tidak melaksanakan hukuman mati tersebut sebelum Hang Jebat memberontak sudah pasti bendahara akan diistihar derhaka dan dihukum mati.

Tetapi tradisi persuratan Melayu tidak mencemoh Tun Perak sebagai derhaka. Bahkan beliau melihat keingkarannya kepada perintah sultan sebagai satu tindakan yang berani dan adil. Berani kerana melakukan sesuatu yang boleh menggadai nyawanya sendiri, dan adil kerana tidak bersekongkol dengan kesilapan dan kezaliman yang dilakukan oleh sultan. Tetapi Tun Perak hidup dizamannya dan dalam sistem zaman itu. Dia tidak boleh "menyembah mohon derhaka".

Memohon Sembah Derhaka 2

Ada tiga bentuk budaya politik Melayu berhubungan dengan kekuasaan. Yang pertama ditujukan oleh Hang Tuah, kesetiaan membuta tuli, menerima raja tidak melakukan kesalahan- rex non potest peccare-, kedua ditampilkan oleh Hang Jebat dengan ungkapan raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah, keadilan mesti ditegakan meskipun langit runtuh. Dan ditengah-tengah kedua kutub pendirian ini kita melihat sikap Tun Perak, orang yang tahu mana yang adil dan mana yang zalim dan untuk menegakan keadilan terdapat cara-cara yang berbeda dan pilihan tersebut menuntut kebijaksanaan.

Tun Perak adalah bendahara kesultanan Melaka yang teragung dan dibawah pemerintahanan Melaka menjadi sebuah empayar yang kaya dan makmur. Tun Perak adalah arkitek kepada pax Malacca satu keteraturan serantau, perdagangan bebas dan kehidupan sosial yang amat kosmopolitan. Di situ juga bermula sistem perundangan dan peraturan, dan tanpa system perundangan dan peraturan ini Melaka tidak boleh wujud sebagai empayar yang makmur dan pusat perdagangan Asia.

Suatu ketika dahulu satu generasi muda mengagung-agungkan penderhakaan Hang Jebat yang berakhir kepada porak peranda di Melaka. Jika kita ingin mengambil perbanding dengan dinamika pergelutan politik dan sosial dizaman Revolusi Perancis kita boleh mengolongkan Hang Jebat sebagai seorang Jacobin, golongan radikal dalam revolusi tersebut yang idealismenya dinodai oleh Reign of Terror yang mereka hasilkan.

Revolusi Perancis selain dari satu pemberontakan sosial dan politik untuk menggantikan rejim lama, Ancien Regime, juga satu revolusi yang didorong oleh idea-idea dari Pencerahan Eropah Benua. Dalam kemelut yang dihasilkan oleh revolusi tersebut berlaku satu perdebatan agong intelektual, antara Edmund Burke dengan Thomas Paine.

Edmund Burke adalah seorang reformis yang amat sedar dengan pemerintahan kuku besi sistem raja multlak. L’etat cest moi-Beta adalah Negara, kata raja Perancis Louis XIV. Maka apabila rakyat bangun menuntut perubahan dan keadilan Edmud Burke pada mulanya mengalu-alukan perkembangan di Perancis tersebut. Tetapi apabila beliau mula melihat revolusi itu telah menghasilkan kekacauan dan terdapat segolong elit England yang ingin memproposikan revolusi tersebut maka dia mengangkat pena dan menulis karya agong Reflections on the Revolution in France. Renungan itu disambut dan disanggah oleh Thomas Paine The Rights of Man yang juga satu karya besar.

Sumber: khalidjaafar.org

HJ NAZIR KENA TAHAN POLIS

Dicatat oleh MisbahulMunir

Timbalan Yang Dipertua PAS Beruas, Hj Mohd Nazir bin M.K.M Hameed ditahan oleh polis di rumahnya di Beruas jam 4.30 pagi. Beliau dibawa oleh sepasukan polis ke Ipoh. Hj Nazir adalah antara yang kelihatan dalam satu tunjuk perasaan di hadapan Masjid Ubudiyyah pada hari Jumaat lepas. Sementara itu, tiga orang yang ditahan (OKT) telah dibebaskan dengan ikat jamin. 6 orang lagi masih direman untuk soal siasat. Mereka yang dibebaskan itu ialah Meor Saifizul b. Meor Mohd Amin, Hj Ismail Abdul Kadir dan Mohd Faiz Arshad.

Kediaman rasmi MB mula didatangi orang ramai sejak awal pagi, begitulah setiap hari. Mereka berkunjungan ke rumah MB untuk menyatakan sokongan moral dan simpati terhadap MB dan Kerajaan Pakatan Rakyat. Mereka datang dari pelusuk negeri dan negara. Orang ramai yang berada di kediaman MB diprogramkan dengan solat waktu berjamaah, solat Sunat Hajat, bacaan Yaasin, tazkirah, qiyamullail dan sebagainya.

Selepas Asar, halaman rumah MB mula dibanjiri orang ramai, kerana pada sebelah malamnya dianjurkan Himpunan Rakyat bersama Pimpinan Pakatan Rakyat dan YAB MB Perak. Tetamu yang menyampaikan ucapan malam tadi ialah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Awang, YB Dr. Tan Siew Giau dan Tn Hj Azmi Abd Hamid dari Yayasan Amal.

Puluhan ribu rakyat memenuhi halaman rumah MB, 3 skrin besar dipasang di beberapa sudut strategi bagi membolehkan orang ramai mengikuti ceramah dan penjelasan isu-isu politik yang berlaku di Perak. Kutipan derma yang berjaya dikutip ialah 13,000.00.

Semua penceramah mengupas isu semasa mengikut pandangan masing-masing. Ternyata, isu ini berjaya menghimpunkan lapisan masyarakat Melayu, Cina, India dan Wanita UMNO. Mereka menuntut supaya MB kekal mendiami kediaman rasmi sementara menunggu proses undang-undang.

Alhamdulillah, program yang dianjurkan mendapat kerjasama yang baik dari semua lapisan masyarakat.

DATO' SS MOHON MAAF

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, February 8, 2009

Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri,(SS) Dr. Abdul Rahman Hashim memohon maaf kepada Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin pagi semalam di atas perbuatannya yang kurang ajar dan biadab di pejabat MB Perak hari Jumaat yang lalu. Beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon. Saya sendiri mendengar perbualannya antara Hj Nizar dengan beliau di kediaman MB.

Dalam kejadian Jumaat yang lepas, Hj Nizar sedang ditemubual oleh ramai wartawan, Tidak sampai 10 minit kemudian, kedengaran suara yang begitu tinggi, lantang, menengking sampil menepuk-nepuk tangan meneriak para wartawan supaya keluar dari Pejabat MB. Pihak polis turut digunakan untuk menghalau para wartawan. Penasihat undang-undang juga pun ada bersama pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Teman saya Penolong Setiausaha kerajaan bahagian Khidmat Pengurusan turut malu melihat bosnya yang biadab itu.

MB Perak ketika itu sedang diwawancara dan merasa kesal di atas sikap SS yang panas baran dan biadab itu. Sebaliknya Hj Nizar tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap beliau, laporan yang mengatakan Hj Nizar berkata kesat adalah tidak betul. Saya ada di tempat kejadian, yang berlaku SS menengking, menjerit, meneriak dan menepuk tangan, para wartawan termasuk beberapa EXCO cukup kesal dan tidak senang hati. dalam ramai-ramai itulah ada yang membalas balek tengkingannya itu, tetapi saya yakin bukan Hj Nizar. Walau bagaimanapun dalam perjalanan keluar Dato' SS ada menyapa untuk berjumpa dengan Hj Nizar, tetapi Dato' Seri menjawab dengan begitu sopan, "minta maaf, saya nak balek ke kediaman, ada mesyuarat, terima kasih".

Apabila ada akhbar yang membuat laporan dan menyiarkan gambar SS yang bersikap demikian, mungkin beliau terasa malu, imejnya buruk, akhirnya beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon dan memohon maaf, dan memberitahu Hj Nizar kalau nak tinggal lama di kediaman pun tak apa, dan kalau nak keluar nanti, beritahu sahaja, beliau akan membantu menyediakan pengangkutan. (tetapi kita faham, mafhum mukhalafahnya (maksud sebaliknya)bahasa perli la tu). Macam seorang ibu memarahi anaknya " ooo!, main hujan ya, mainlah, mainlah, sampai malam pun tak apa) Anak itu faham, dia akan berhenti main hujan.

Dato' Seri Hj Nizar pun faham, dia beitahu saya, " Misbah, cari rumah kat mana-mana, sehari dua nanti, kami nak pindah". Saya bersama dengan rakan-rakan kini sedang mencari rumah yang sesuai untuk Hj Nizar dan keluarga berpindah.


SULTAN BOLEH DISAMAN - MAHATHIR

Dicatat oleh MisbahulMunir

KUALA LUMPUR: Undang-undang membolehkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)… ini undang-undang,” katanya.

sumber: malayakita.wordpress.com

KU LI PUN KATA HJ NIZAR MASIH MB YANG SAH

Dicatat oleh MisbahulMunir

PETALING JAYA (FEB 7): Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.

ANAK PEMANDU MB MATI LEMAS

Dicatat oleh MisbahulMunir

Anak pemandu Dato' Seri Hj Mohammad Nizar (Osman Ladin @Pak Man) telah mati lemas semalam di bekas lombong berhampiran rumahnya di Batu 3, Temoh. Pak Man sendiri hampir lemas untuk menyelamatkan anaknya tetapi sempat diselamtkan oleh anaknya yang lain. Dato' Seri Hj Nizar dan isteri telah menziarahi Pak Man di Hospital dan menghabiskan masa di sana kira-kira 2 jam. Dato' Seri juga melawat tempat berlakunya kejadian dan bersama orang ramai yang sedang mencari mangsa tersebut, 20 minit kemudian dalam perjalanan Dato' Seri pulang, mangsa telah ditemui oleh orang ramai.

SUMBANGAN DERMA

Dicatat oleh MisbahulMunir

Pihak PAS Kawasan Kuala Kangsar memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai jaminan 9 orang sahabat seperjuangan, mangsa kezaliman polis, yang telah ditahan oleh polis semasa kejadian tunjuk perasaan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan tempohari. Mereka akan diikat jamin pada 8hb Februari (Ahad) jam 3.30 petang, di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar.

Berikut adalah akaun bank untuk sumbangan tersebut:
1. Parti Islam Semalaysia Kawasan Kuala Kangsar, RHB Islamic Bank
no ac: 2-58187-00000991
2. Bendahari PAS Kuala Kangsar
Azmi Kamal, Bank Islam no ac:
08040020018015

Terima Kasih
Jazakallah khairan khathira

HIMPUNAN RAKYAT PERAK BERSAMA YAB MB PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, February 7, 2009

Malam esok 8hb. Februari 2009 (Ahad malam Isnin) satu Himpunan Rakyat Perak bagi menyatakan sokongan kepada Dato' Seri Hj Nizar mempertahankan dan menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak akan diadakan di Kediaman MB bermula jam 9.00 malam. Turut serta dalam himpunan tersebut ialah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan YB Lim kit Siang. Seluruh rakyat Perak dijemput hadir beramai-ramai. Perhimpunan ini adalah aman, orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan provokasi.

MB DI WAWANCARA AL JAZEERA

Dicatat oleh MisbahulMunir

Sebelum Mesyuarat EXCO pagi tadi, YAB MB Perak diwawancara oleh stesyen tv Al Jazeera. MB diwawancara mengenai percaturan dan kedudukan suasana politik di negeri Perak. Dijangka malam ini atau pagi esok stesyen tersebut akan menyiarakannya.

Pagi ini YAB MB Perak tetap menjalankan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri di Kediamannya. Mesyuarat hari ini adalah Mesyuarat KHAS EXCO. Mesyuarat tersebut dihadiri 7 0rang EXCO kecuali YB Seah yang memaklumkan ketidak hadirannya disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan. Jumlah tersebut cukup korum bagi membuat keputusan. Keputusan mesyuarat akan diumumkan oleh MB dalam sidang akhbar yang akan diadakan selepas ini.

RAKYAT PROTES PENCABULAN DEMOKRASI

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, February 6, 2009

Kuala Kangsar: Selepas Solat Jumaat di Masjid Ubudiyyah, ribuan rakyat berdemontrasi membantah perlantikan MB Perak yang baru di Istana Iskandariyyah, Bukit Chandaan. Rakyat melaung menuntut Tuanku Bubar DUN. Keadaan tidak terkawal apabila orang ramai memenuhi jalanraya. Kederaan yang membawa Menteri, ADUN-ADUN BN terpaksa melalui jalan kampung. FRU terpaksa melepaskan gas pemedih mata, namun orang ramai enggan bersurai. Rakyat semakin berani menyatakan bantahan kepada Raja dengan melaungkan "Ampun Tuanku, Rakyat Nak Pilihanraya, Bubarkan DUN Tuanku", Mereka melaungkan tuntutan tersebut setiap kali kenderaan yang membawa Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui jalan tersebut. Saya percaya mesej rakyat kepada istana sampai kepada baginda. Semuga baginda memikirkan semula rasionalnya tuntutan rakyat. 9 orang telah ditangkap dan dibawa ke IPD, Kuala Kangsar. Mereka ialah Hj Ismail Abd. Kadir, Bad Latif bin Mansur, Isha Riduan b. Ishak, Yusuf bin Jaafar, Meorsafizul bin Meor Mohd Amin, Zaihaizam Zulkifli, Mohd Faiz bin Arshad, Idris Mat Taib dan Adi Hilmi b. Mohd Nasir. Mereka kini ditahan di IPD Kuala Kangsar untuk disoal siasat. Sepasukan peguam dari Pakatan Rakyat diketuai YB Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berada di IPD bagi membela mereka yang ditangkap.

RAKYAT TETAP SAYANG PADA HJ NIZAR

Dicatat oleh MisbahulMunir

Rakyat tetap sayang pada Dato' Seri Hj Nizar

MB Perak solat Jumaat di Masjid Jalan Dairy, Datuk Zahid Hamidi juga solat di situ. Selepas solat Dato' Seri Hj Nizar dikerumuni oleh ramai, mereka bersalam-salaman dan berpelukan. Masing-masing menyatakan sokongan dan simpati kepada MB dan kerajaan Pakatan Rakyat. Ada yang mengalir air mata manakala laungan takbir bergema di Masjid Jalan Dairy. Datuk Zahid selepas solat terus meninggalkan masjid dan tiada siapa yang mengerumuninya.

MB PERAK DIHALAU DARI PEJABATNYA

Dicatat oleh MisbahulMunir

MB Perak telah dilayan dan dihalau dengan tidak sopan oleh Dato' SS

Kejadian ini berlaku ketika Dato' Seri MB dan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat berada di pejabat Menteri Besar. Ketika itu MB sedang dikerumuni oleh para wartawan yang begitu ramai untuk membuat liputan. Pihak polis turut digunakan oleh Dato' SS setelah pihak keselamatan pejabat SUK tidak sampai hati berbuat demikian. Kedatangan MB dan EXCO disambut dengan mesra oleh pegawai-pegawai keselamatan pejabat SUK, begitu juga pegawai-pegawai kerajaan dan staf-staf pejabat turut menyambut dan ada yang mengiringi MB ke pejabat.

Beliau sempat melawat beberapa pejabat EXCO yang lain. Sebahagian pejabat telah dikunci dan tidak dibenarkan masuk, antara pejabat EXCO yang dilawati oleh MB ialah Pejabat Dato' Ngeh Kho Kham, menurut Ngeh, banyak fail-fail di rak fail telah tiada, hanya fail dan dokumen peribadi Ngeh sahaja yang ditinggalkan atas meja.

Seketika sebelum meninggalkan bangunan SUK, pegawai-pegawai kerajaan dan staf-staf pejabat mengerumuni dan bersalaman dengan MB. Riak muka yang ditunjukkan semuanya menampakkan sayu dan sedih, ada juga yang menitis air mata. Mereka bersedih kerana pemimpin yang disayangi, mudah didampingi, mesra dan suaranya yang sentiasa memberi nasihat selepas Solat Zohor tidak akan didengari lagi.

Ramai juga yang bersalaman dengan saya dan berpeluk-pelukan. Saya sempat berbisik dengan beberapa orang yang bersalaman dengan saya, "Insyallah, kalau ada kejutan nanti, kami akan kembali semula ke sini".



BN RAMPAS KUASA RAKYAT

Dicatat oleh MisbahulMunir

Hari ini berlaku sejarah hitam dalam demokrasi di Perak apabila BN dengan cara haram membentuk kerajaan haram di Perak. Rakyat kesal dan kecewa dengan situasi politik seumpama ini. Rakyat hanya mahu mereka diberi mandat bagi memilih kerajaan baru setelah berlaku lompatan parti dengan cara yang begitu jijik dan jelik. Barangkali rakyat kurang marah kalau ADUN melompat ke parti lawan dengan kehendaknya sendiri, bukan dengan sogokan dan ugutan. Kita percaya ADUN-ADUN tersebut meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) adalah melalui satu perancangan kotor dan jahat mereka. Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, akuan bersumpah Fauzi Muda (bekas Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat) dan pengakuan beberapa ADUN PKR di mana mereka ditawarkan jutaan ringgit sekiranya melompat ke pihak lawan.

Justeru itu, jalan yang paling adil mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak ialah Pembubaran DUN. Kerajaan melalui Menteri Besar hendaklah menasihati Sultan mohon perkenan supaya DUN dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya diadakan di seluruh negeri. Sekiranya tidak berlaku pembubaran, MB dan seluruh EXCO hendaklah meletakkan jawatan masing-masing bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk, atau melalui usul undi tidak percaya di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri atau sekiranya dalam tempoh enam bulan selepas sidang DUN yang terakhir, Dewan tidak juga bersidang, maka DUN hendaklah dibubarkan. Apabila Undang-undang diketepikan, akan berlakulah krisis perlembagaan yang panjang di Perak, dan rakyat akan hilang kepercayaan kepada undang-undang.

RIBUAN RAKYAT BERKUMPUL DI KEDIAMAN MB

Dicatat oleh MisbahulMunir

10 Ribu rakyat Solat Hajat dan Bermunajat

Lebih 10 ribu rakyat berbilang kaum berkumpul di kediaman MB mulai Maghrib lagi. Yang Muslim telah menunakan Solat Maghrib berjamaah serta menunaikan Solat Hajat dan Munajat memohon kepada Allah swt. agar Kerajaan Pakatan Rakyat diselamatkan dari angkara jahat UMNO BN. Munajat yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mustapha Shaari (AJK Dewan Ulama PAS Perak) cukup menusuk qalbu, sehingga ramai yang menitis air mata dan ada juga yang teresak-esak. Dewan persidangan di kediaman MB penuh sesak sehingga melimpah keluar. Rakyat datang dari pelusuk negeri Perak dan luar Perak.

Selepas Solat Isya' beberapa ADUN dan pimpinan Pakatan Rakyat telah menyampaikan ucapan termasuk YAB MB Perak. Ucapan-ucapan mereka membakar semangat bagi mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.


ADUN-ADUN PAKATAN RAKYAT BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH MENTERI BESAR BARU (HARAM)

Dalam mesyuarat ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di kediaman MB, mereka bersetuju untuk memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar haram yang akan berlangsung di Istana Iskandariyyah, Kuala Kangsar. Langkah ini diambil sebagai tanda tidak mengiktiraf Menteri Besar dan Kerajaan Baru BN yang jelas bercanggah dengan peruntukan yang terdapat dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Pada pagi ini, YAB MB dan semua EXCO akan ke pejabat SUK sebagaimana biasa walaupun notis telah dikeluarkan oleh SUK supaya mengosongkan pejabat. Mereka tetap akan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dan EXCO.

BANGUNAN PERAK DARUL RIDHUAN PENUH DENGAN PASUKAN KESELAMATAN.

Petang semalam, bangunan Perak Darul Ridhuan telah dikawal begitu rapi oleh Pasukan Polis dan FRU. Anggota keselamatan begitu ramai seolah-olah mengepung sarang penjenayah. Orang ramai tertanya-tanya apa yang akan berlaku di Bangunan Perak Darul Ridhuan.

TERKINI DI PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, February 5, 2009

YAB MB PERAK UTUS SURAT PADA TUANKU

Warkah YAB MB Perak kepada Tuanku


Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,

Merafa' sembah memaklumkan perkembangan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adunberkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

DATO' SUK ARAH YAB MB, EXCO DAN PEGAWAI-PEGAWAI LANTIKAN POLITIK KOSONGKAN PEJABAT

Petang tadi notis dari Dato' SUK meminta YAB MB, Ahli EXCO dan pegawai-pegawai lantikan politik mengosongkan pejabat. Agak keterlaluan arahan ini. Isu pertukaran kerajaan belum selesai lagi. YAB MB, Ahli EXCO dan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih sah di Perak. Kerajaan BN belum boleh dibentuk lagi, MB yang ada belum letak jawatan lagi. Hj Nizar masih dalam usaha merayu Paduka Tuanku supaya mempertimbangkan keputusannya tidak perkenan pembubaran DUN, MB dan seluruh rakyat mahu Rakyat yang berhak menentukan kerajaan mana yang menerajui pemerintahan. Beri peluang dan mandat rakyat memilih secara adil. Semua penyokong Pakatan Rakyat akan berpuas hati sekiranya proses pilihanraya dijalankan. Itulah sedail-adilnya. Parti yang kalah akan berpuas hati dengan kekalahannya, begitu juga parti yang menang. Ataupun gunakan sidang Dewan Undangan Negeri supaya usul undi tidak percaya dikemukakan.

POLIS TIDAK KELUAR PERMIT, DBI TIDAK BENAR IZIN GUNA STADIUM

Susulan surat dari Dato' SUK , pihak polis pula tidak keluarkan permit. Manakala DBI tidak izinkan gunakan stadium bagi tujuan program tersebut. Program kembali di kediaman MB. Polis menasihatkan penganjur mohon permit dan gunakan stadium untuk elak kesesakan. Apabila permit dipohon, ia ditolak tanpa alasan yang munasabah. Peringkat awal memberi keizinan untuk penganjur menyewa stadium tetapi ditarik balik.

PERKEMBANGAN TERKINI DI PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir

PIMPINAN PAKATAN RAKYAT BERKUMPUL DI RUMAH MB
Petang ini seluruh Pimpinan PAS Pusat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pimpinan tertinggi ketiag-tiga parti. Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang yang baru pulang dari Gaza tanpa berehat panjang terus bergegas ke Perak. Mereka akan berbincang bagi mementukan tindakan seterusnya bagi menyelamatkan demokrasi dan mempertahankan hak rakyat. Turut hadir YAB MB Selangor, Kedah dan Ketua Menteri Pulau Pinang.
SOLAT HAJAT DAN MUNAJAT PERDANA DI STADIUM NEGERI
Solat Hajat dan Munajat Perdana yang bertukar dari Kuala Kangsar ke Kediaman MB bertukar ke Stadium Negeri atas nasihat pihak keselamatan. Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan provokasi, kekacuan dan bertindak diluar batasan undang-undang. Rakyat Perak diminta bertenang, berdoa dan solat hajat memohon kepada Allah swt supaya Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dipertahankan. Solat Hajat dan Munajat Perdana akan dipimpin oleh Dauk Tuan Guru Presiden. Semua pimpinan tertinggi dan MB akan memberi ucapan selepas Solat Hajat.

DUN BELUM BUBAR LAGI

Dicatat oleh MisbahulMunir

Sehingga sekarang pembubaran DUN belum berlaku lagi, Tuanku masih belum perkenan. Malahan Tuanku meminta MB letak jawatan. MB bertegas tidak akan meletak jawatan. Manakala kerajaan BN belum boleh dibentuk di Perak. Namun kerajaan Pakatan Rakyat masih sah di sudut undang-undang. Menurut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, 3 cara sahaja boleh menukar kerajaan.
Pertama : Melalui pembubaran DUN, MB Perak menasihati Paduka Seri Sultan Perak supaya membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya peringkat negeri diadakan dan memberi mandat rakyat memilih kerajaan yang baru. Kedua : MB Perak dan semua EXCO meletakan jawatan dan menyerahkan jawatan kepada parti yang mendapat kerusi majoriti memerintah Perak. Ketiga: Melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Sekirnya pilihan pertama dan kedua tidak berlaku, rakyat kena menunggu sidang Dewan Undangan Negeri dipanggil bagi membolehkan Usul Undi tidak percaya dibentangkan. Justeru itu, selagi Sidang DUN belum bersidang dan Usul Undi tidak dibentangkan dan mendapat undi majoriti, selagi itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kekal memerintah.

PERUTUSAN MURSYIDUL AM PAS MENGENAI ISU PERAK

RAJA DAN DEMOKRASI

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Mursyidul Am PAS

Bertarikh : 9 Safar 1430

5 Februari 2009.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!