DAP SEMAKIN FAHAM ISLAM SETELAH BERSAMA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, February 25, 2009
UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa. Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya. Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa...

FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, February 24, 2009
11 bulan Kerajaan PR memerintah negeri Perak, rakyat negeri Perak sudah mulai mengecapi nikmat kebajikan dan keadilan. Pegawai-pegawai kerajaan juga sudah mulai merasai kelainan dan kelebihan berada di bawah kerajaan PR. Mereka mula sayang kepada MB dan seluruh EXCO. Saya sebagai SETPOL MB sentiasa bergaul dengan pegawai-pegawai kerajaan, mereka berterus terang kalau PR terus kekal memerintah 5 tahun mengikut tempoh pilihanraya, PRU ke 13, BN tidak akan memperolehi sebarang kerusi. Justeru itu, mereka guna apa sahaja cara untuk merampas kuasa supaya PR tidak boleh terus memerintah bagi meneruskan polisi kebajikan yang memikat hati rakyat.Dalam tempoh 11 bulan, kerajaan PR telah membuat perubahan-perubahan berikut :-1. Ketua Kampung dipilih oleh orang ramai melalui proses pilihanraya.2. 1/3 daripada anggota PBT adalah dipilih dari kalangan NGO, orang persendirian dan koporat atau golongan profesional.3. Rakyat yang berpendapatan rendah di beri percuma air 10 meter padu4. Semua premis kerajaan dibenarkan diguna oleh...

KERAJAAN HARAM BN HALANG HJ NIZAR GUNA DEWAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, February 23, 2009
Seawal perlantikan Hj Nizar sebagai Menteri Besar, beliau mengumumkan semua premis milik kerajaan negeri dibenarkan digunakan oleh semua pertubuhan politik, ngo, belia dan sebagainya. Para pengguna hanya perlu membuat tempahan samada melalui Majlis Daerah, Penghulu atau JKKK. Dalam ucapan menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri bulan November yang lalu, sekali lagi beliau mengulangi bahawa semua premis kerajaan terbuka untuk digunakan oleh parti politik, ngo atau apa sahaja pertubuhan tertakluk dengan peraturan yang dibuat oleh pihak yang bertangungjawab mengurus tadbir premis tersebut. UMNO turut mengambil kesempatan menggunakan premis tersebut tanpa sebarang halangan dan sekatan oleh kerajaan PR.Hari ini, Dato' Seri Hj Nizar dalam siri lawatan ke seluruh Parlimen di Perak tidak dibenarkan pula menggunakan premis kerajaan. Dewan Orang Ramai, Dewan Serbaguna, Stadium, Padang dan sebagainya kalau dulu sewaktu PR memerintah, UMNO dibenarkan menggunakan premis-premis tersebut, kali ini PAS tidak boleh menggunakannya....
Pemimpin UMNO dan UMNOlah yang mempelopori siri penderhakaan terhadap Raja-raja Melayu selepas abad ke - 20. Dato' Onn adalah antara tokoh politik pertama yang mencetuskan siri penderhakaan ini. Pada tahun 1920, Dato' Onn secara terbuka telah mengkritik Sultan Johor dengan begitu keras kerana Sultan Johor telah melelong harta bapanya yang gagal membayar hutang negeri sehingga kematiannya. Sultan Johor ketika itu sangat murka di atas penderhakaan yang berterusan sehingga dipecat dari jawatan dan dibuang ke Singapura pada 1927.Dua orang adek beradeknya juga turut melakukan tindakan menderhaka kepada Sultan, iaitu abangnya Dato' Abdullah Jaafar (ketika itu MB Johor), Abdullah Jaafar menghina dan memburukkan nama sultan di luar negeri, akhirnya beliau dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Besar dan ditarik balik gelarannya. Kakaknya Che Dara Jaafar turut diambil tindakan kerana bersekongkol dengan penderhakaan ini (walaupun Che Dara ketika itu menjadi isteri Sultan Ibrahim), kedua-duanya dihukum buang negeri.Ketiga-tiga...

SEMINGGU AMBIL ALIH TERUS TUKAR BARU

Dicatat oleh MisbahulMunir
Kerajaan PR memasuki pejabat Menteri Besar dan pejabat EXCO sejak 11 bulan yang lalu, sedikit pun MB dan EXCO tidak mengganti carpet, kusyen dan sebagainya. Kekal sebagaimana yang lama, kerana masih boleh diguna pakai, dan tidak nampak cacat celanya. Saya difahamkan kerajaan haram BN baru beberapa hari memasuki pejabat MB, semua carpet, kusyen, langsir dan entah apa lagi ditukar baru walaupun masih elok, baik dan boleh diguna. Kos jamuan sewaktu mesyuarat EXCO dikurangkan oleh kerajaan PR, untuk jamuan ringan, setiap orang tidak lebih 6 ringgit, jamuan makan tengahari tidak lebih 15 ringgit. Waktu BN memerintah dahulu, katanya jamuan untuk setiap mesyuarat atau apa sahaja program antara 25 hingga 45 ringgit sekepa...
Apabila Hj Nizar menyebut 'patik mohon sembah derhaka' kepada paduka Sultan Azlan, UMNO melalui semua media perdana yang dikuasai oleh mereka mengutuk Hj Nizar, mereka mengelar Hj Nizar "penderhaka" yang sepatutnya dihukum, dibuang negeri, di ISA dan bermacam-macam lagi. Namun si "penderhaka" yang mereka gelar itu tetap berani bertemu dengan rakyat setiap hari, malahan hadir dalam majlis santapan bersama Tuanku sempena sambutan Jubli Emas pemerintahan Tuanku Sultan Perak.Berbeza dengan 4 orang wakil rakyat ini, UMNO mendakwa mereka inilah wira negeri Perak yang berjaya menyelamatkan negeri Perak dari kerakusan kerajaan Pakatan Rakyat (PR), yang menggadai maruah dan tanah orang Melayu kepada Cina kononnya. Itulah dakwaan kosong mereka yang sama sekali tidak berasas. Kalau benar mereka wira, mengapa ADUN-ADUN tersebut tidak pulang ke kawasan masing-masing dan disambut dengan meriah oleh rakyat di DUN mereka, ataupun UMNO Perak mengarak dan menjulang mereka ke pelusuk negeri seumpama wira yang sangat besar jasanya...

SOLAT JUMAAT DI SUNGAI ROKAM

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, February 21, 2009
Orang ramai sering berpusu-pusumahu bersalam dengannya dan beliau melayanimereka dengan baik.Gambar atas semasadi Masjid Sungai Rokam Semalam saya solat Jumaat di Sungai Rokam. Saya melihat kelibat YB Dato' Seri Diraja Tajol Rosli yang juga solat di situ. Selesai solat saya bersembang dengan beberapa kenalan. Kenalan saya beritahu, minggu lepas Dato' Zambry solat Jumaat di masjid ini, selesai solat tidak ada yang mengerumuninya untuk...
Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini. Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan...

ZAMBRY DAN ENAM EXCO KERAJAAN BN PERAK DIGANTUNG

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, February 19, 2009
Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang sebelum ini mempertikaikan kuasa YB Sivakumar sebagai Speaker bagi memanggil dan merujuk beliau dan enam EXCO kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN akhirnya terpaksa akur dan tampil memberi keterangan kepada Jawatankuasa tersebut.Selepas menimbang semasak-masaknya akhirnya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN telah mengambil keputusan menggantung Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sertamerta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan. Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu dalam sidang akhbar yang diadakan selepas selesai mengambil keterangan Zambry dan enam exco tersebut.Keputusan ini amat mengejutkan kerana mereka tidak menyangka bidang kuasa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan begitu besar, sehingga Datuk Nazeri turut memberi reaksi dengan mengatakan tindakan Speaker sebagai satu komedi.Kita...

JELAJAH YAB MB HJ NIZAR DI BAGAN DATOH

Dicatat oleh MisbahulMunir
Selepas menghadiri sidang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes yang difailkan oleh beliau terhadap Dr Zambry Abd Kadir, Hj Nizar terus bergegas menuju ke Bagan Datoh Perak untuk bertemu rakyat dalam siri jelajahnya ke seluruh negeri. Program bermula jam 2.30 petang di Pusat Khidmat ADUN Hutan Melintang.Dalam program tersebut, Dato' Seri Hj Nizar telah menyampaikan taklimat tertutup kepada seluruh ketua-ketua kampung Bagan Datoh. Selepas itu, Hj Nizar menghadiri jamuan teh bersama rakyat di Parit 1, Sungai Sumun. Beliau juga sempat singgah bertemu rakyat di pasar malam Batu 20 dalam perjalanan ke Bagan Sungai Tiang Baroh dalam majlis yang dianjurkan oleh masyarakat Cina. Kehadiran orang ramai di kedua-dua program membuktikan rakyat begitu sayang kepadanya dan tetap mengiktiraf Hj Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.Sementara menunggu program ceramah di Dewan Cina, Hutan Melintang, beliau telah menyampaikan Kuliah Maghrib di Surau Kg. Sungai Betul. Kemuncak program ialah Ceramah Perdana di Dewan Cina Hutan melintang...

UMNO DERHAKA KEPADA ALLAH

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, February 16, 2009
Malam tadi saya berceramah dengan YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Taman Melewar, ribuan manusia menghadiri ceramah anjuran PAS Wilayah Persekutuan tersebut. Ucapan Tok Guru ringkas, tepat, padat dan cukup menarik. Beliau berucap lebih kurang 30 minit sahaja. Dalam ucapan seringkas 30 minit, beliau mengulas juga pergolakan politik di Perak. Antara yang diulas ialah isu MB Perak derhaka kepada Sultan. Menurutnya media membesarkan isu derhaka kepada Sultan, pada hal semua manusia adalah sama di sisi Allah, manusia yang bergelar rakyat apabila tidak mengerjakan suruhan Allah, dia akan berdosa. Manusia yang bergelar raja mahupun sultan juga berdosa, tidak ada keistimewaan di sisi Allah baik rakyat mahupun raja dalam soal yang berkaitan dengan syariat. Kewajipan tetap sama, larangan tetap juga sama. Raja sekalipun kalau minum arak, berjudi, berzina tetap berdosa dan wajib dikenakan hukuman yang setimpal berdasarkan syariat.Di dalam Islam , sesama manusia derhaka ini hanya wujud antara anak terhadap kedua...

JELAJAH SELURUH PERAK BERMULA DI MANJUNG

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, February 15, 2009
MB, EXCO dan ADUN kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan memulakan siri jelajah bertemu rakyat mulai 16hb ini di Parlimen Lumut. Lumut dipilih kerana di situlah DUN Pasir Panjang yang Hj Nizar sendiri sebagai ADUNnya, dan di situ juga ada DUN Pangkor yang Dr Zambry sebagai ADUNnya. Program tersebut akan dipenuhi dengan acara bertemu dengan rakyat di tempat-tempat awam, khenduri rakyat, jamuan teh, majlis sumbangan penyampaian bantuan, jamuan makan malam dan solat berjamaah. Orang ramai jangan lepaskan peluang ini untuk mendengar sendiri penjelasan dari pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Per...
Dato' Seri Hj Nizar dan seluruh EXCO dan ADUN Pakatan Rakyat tetap hadiri Majlis Santapan Beradat diIstana Iskandariyyah Kuala Kangsar sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Tuanku Sultan Azlan. Kehadiran dalam majlis tersebut adalah bukti bahawa Hj Nizar tidak derhaka kepada Sultan, beliau masih taat dan setia kepada Tuanku. BN dan UMNOlah penyebab utama krisis ini berlaku. Rakyat menuntut UMNO BN bertangungjawab dalam isu ini yang menyebabkan rakyat bangkit secara terbuka membantah tindakan Tuanku tidak memperkenan pembubaran DUN.Kehadiran mereka mendapat perhatian orang ramai di masjid Ubudiyyah sejak Maghrib lagi. Di Istana Pegawai-pegawai kerajaan dan Istana juga turut menyambut kehadiran mereka, dari reaksi dan bahasa badan yang ditunjukkan, mereka semua sebenrnya bersimpati dengan Dato' Seri Hj Nizar. Hj Nizar menunjukkan keterbukaan dan jiwa lapangnya, walaupun ditempatkan di meja yang jauh dari meja tetamu-tetamu kenamaan, beliau bangkit bersalaman dengan semua tetamu-tetamu kenamaan termasuk Menteri-menteri...

UMNO BN GAGAL PUJUK PAS BENTUK KERAJAAN CAMPURAN PAS - UMNO BN

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, February 14, 2009
Perancangan bagi menggagalkan pembentukan kerajaan campuran PAS, PKR dan DAP bermula sebelum Hj Nizar angkat sumpah sebagai MB Perak. Zahid Hamidi, Yusuf Husein (Reaktor KISDAR), dan Amin Saleh (bekas Setiausaha PUM semasa ) adalah antara yang terlibat cuba mempengaruhi Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya (PJ Perak) supaya membentuk kerajaan campuran bersama dengan UMNO BN dengan menjanjikan PAS sebagai MB dan kesemua ADUN PAS sebagai EXCO. Ini rasuah yang mereka sogokkan kepada PAS. Mereka gunakan santimen Melayu dan agama, kononnya dengan terbentuknya kerajaan campuran PAS dan UMNO BN, Perak adalah negeri pertama selain Kelantan & Terengganu yang ahli EXCOnya Melayu dan Islam semua, senanglah untuk melaksanakan Islam. Malam sebelum MB mengangkat sumpah, ketiga mereka cuba juga mempengaruhi PJ Perak sekali lagi sehingga menjejak sampai ke halaman rumah PJ di Simpang Empat Semanggol. Ust Ahmad Awang tidak melayaninya sehingga terpaksa memanggil Unit Amal dan pihak polis menghambat mereka.Mufti Perak juga turut berperanan...

HJ NIZAR FILE SAMAN KE ATAS ZAMBRY

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, February 13, 2009
Jam 11 pagi ini (Jumaat) MB Pakatan Rakyat Perak akan file saman bagi mencabar perlantikan Dato' Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar yang baru. File saman tersebut akan dibuat di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. Beberapa peguam terkenal akan mewakili Dato' Seri Nizar dalam saman tersebut. Sebagai tanda sokongan moral kepada Dato' Seri Hj Nizar, orang ramai terutama rakyat Perak di Kuala Lumpur diminta datang beramai-ram...
Mulai minggu depan, MB dan EXCO Kerajaan Pakatan (PR) negeri Perak akan jelajah seluruh Parlimen dan DUN di Perak. Program ini diatur bagi membolehkan Kerajaan Pakatan bertemu dengan rakyat bagi menjelaskan isu ini. Ketandusan media cetak dan elektronik bagi menjelaskan isu ini diambil kesempatan oleh media BN menyerang PR habis-habisan. Apatah lagi pihak polis tidak membenarkan pula ceramah-ceramah politik diadakan. Melarang ceramah politik adalah satu tindakan yang tidak adil, kerana dalam masa yang sama media menghentam PR tanpa memberi peluang kita menjawabnya.Justeru itu, MB dan EXCO PR akan bertemu rakyat di seluruh pelusuk kampung dan desa melalui program-program kenduri kendara, gotong royong, solat berjamaah, berkunjung ke pasar-pasar, jamuan makan malam dan sebagainya. Beri peluang rakyat mendengar, melihat sendiri, dan berfikir, rakyat ada fikiran untuk menilai mana yang betul dan salah. Kalau ini juga dihalang, rakyat wajib bangkit menentang kezaliman dan pencabulan demokra...

LELAKI PELIK BERKUNJUNG KE RUMAH MB

Dicatat oleh MisbahulMunir
Semua lapisan masyarakat simpati pada Dato' Seri Hj Nizar, setiap hari ada sahaja yang berkunjung dan melahirkan rasa simpati. Yang berkunjung pula berbagai jenis ragam manusia. Lihatlah dalam gambar ini. Sekali pandang, dengan pakaian serta aksesori yang dipakainya, percakapannya, saya percaya semua orang pasti akan kata orang ini.................... Lelaki pelik ini pernah beberapa kali datang ke bangunan SUK, sekali dua pernah pernah...

BERITA-BERITA TERKINI PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, February 12, 2009
PAKATAN RAKYAT LAPOR SALAH GUNA KUASA ZAMBRY KEPADA SPRMPakatan Rakyat Perak telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 11.00 pagi tadi di Ibupejabat SPRM, Ipoh.Laporan tersebut dibuat oleh YB. Nga Kor Ming, ADUN Pantai Remis yang juga EXCO Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.Dalam laporan tersebut menyebut bahawa Datuk Dr. Zambry telah menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco. Menurutnya “Tidak terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan negeri Perak yang membenarkan pelantikan seumpama itu dibuat , penggunaan duit rakyat dalam membayar elaun kepada mereak adalah satu pembaziran”.Menurut Nga Kor Ming setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM240,000 setahun.Jumlah tersebut termasuk gaji bulanan RM15,000, elauan percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjatapi. Keseluruhannya,...

BUDAK BANGANG GANTI PAS BANGANG

Dicatat oleh MisbahulMunir
Oleh kerana nama PAS digunakan oleh pengkritik blog ini dan digandingkan dengan Bangang, saya sebagai pemilik blog ini mengsyorkan supaya kita gelar orang itu sebagai Budakbangang. Budakbangang adalah gantinama kepada PASbangang. Setiap kritikan yang ditujukan kepada PASbangang ditukar kepada Budakbangang. Sikit masa lagi, saya akan jawab semua tuduhan dan tohmahan Budakbangang ke atas PAS, penyokong PAS, kerajaan Pakatan Rakyat, Dato' Seri Hj Nizar, tetapi bahasa yang saya gunakan tidak sama macam Budakbangang ini guna. Saya anggap budakbangang ini tidak tahu apa-apa tentang politik, PAS, Islam dan sebagain...

HJ NIZAR AKAN PINDAH SIKIT MASA LAGI

Dicatat oleh MisbahulMunir
Dato' Seri Hj Nizar ditohmah kononnya tidak mahu keluar dari kediaman rasmi MB walaupun sudah dikeluarkan notis berkali-kali, antara yang turut memberi tohmahan ialah Perdana Menteri sendiri. Sebenarnya, sehingga sekarang belum ada sebarang notis supaya Dato' Seri mengosongkan kediaman rasmi. Malahan Dato' SS ketika menelopon MB tempoh hari telah memohon maaf di atas kebiadapannya & keterlanjurannya terhadap Dato' Seri di Pejabat MB, beliau ada mengatakan bahawa Dato' Seri boleh tinggal lama pun tak apa, nanti kalau berpindah, beritahu sahaja Dato' SS. Kemudahan transport akan disediakan. Kita pun faham, walaupun dia tak suruh pindah, tetapi maksud sebaliknya ialah kosongkan kediaman, orang lain nak masuk.Tohmahan yang mengatakan sudah berkali-kali notis dikeluarkan tetapi tidak juga mahu berpindah adalah tidak betul. Dato' Seri belum menerima sebarang notis pindah. Beliau memang ingin berpindah, tetapi ambil masa sedikit. MB yang terdahulu pun berpindah lebih kurang tiga minggu atau mungkin lebih dari itu. Ini...

KEMUNCULAN HJ NIZAR DI STADIUM MENGEJUTKAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, February 11, 2009
Sekali lagi Dato' Seri Hj Nizar buat kejutan dengan muncul menyaksikan perlawanan bola sepak antara Perak dengan Kelantan di Stadium Negeri Perak malam tadi. Kemunculannya disambut dengan tepukan gemuruh oleh penonton-penonton bola sepak. Hj Nizar adalah Presiden PAFA. Tan Seri Anuar Musa, Presiden KAFA juga turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut, beliau duduk bersebelahan Dato' Seri Nizar. Kehadirannya ke stadium menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berjiwa besar, dalam kemelut politik yang belum ada tanda berkesudahan, beliau tetap menjalankan tugas dan kewajipan sebagai Presiden PAFA. Kehadirannya turut membangkitkan semangat skuad Seladang walaupun tewas 2-3....

HANYA ENAM ORANG EXCO SAHAJA ANGKAT SUMPAH

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, February 10, 2009
Timbul tanda tanya, mengapa hanya 6 orang sahaja EXCO yang angkat sumpah, mana 4 yang lain. mereka itu ialah ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari (Manong), Dr. Mah Hang Soon (Chenderiang), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik).Majlis angkat sumpah berlangsung dengan satu kawalan yang sangat ketat, FRU dan pasukan keselamatan ditempatkan di merata tempat. Suasana ini akan sentiasa menghantui dan membimbangi kerajaan Haram BN sepanjang masa selagi keadilan tidak dikembalikan kepada rakyat. Rakyat dan Pakatan Rakyat mahu DUN dibubarkan, mandat perlu diberi kepada rakyat bagi memilih kerajaan baru. Rakyat akan puas hati bila mereka diberi hak memilih dengan adil, apa pun keputusan samada menyebelahi BN mahupun Pakatan Rakyat, rakyat akan menerima dengan hati yang pu...

TERKINI DI PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir
MB & EXCO Pakatan Rakyat berlepas ke pejabat SUKBaru sebentar tadi Dato' Seri Hj Nizar dan EXCO keluar dari kediaman MB menuju ke pejabat SUK untuk menjalankan tugas rasmi sebagaimana biasa. Hari Selasa adalah hari MB dan EXCO betemu pelanggan. Oleh kerana dihalang oleh FRU dan pasukan keselamatan daripada memasuki pejabat, MB dan EXCO hanya melambai-lambai tangan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang kelihatan ramai di koridor dan halaman pejabat SUK. Lambaian MB disambut oleh seluruh pegawai pejabat SUK sebagai tanda simpati dan sokongan moral.Di pejabat SUK sejak beberapa hari yang lepas ditempatkan pasukan FRU dan pasukan keselamatan yang mengawal ketat pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan.Adun Behrang dan Adun Changkat Jering tidak hadir mahkamah.Perbicaraan kes rasuah yang melibatkan 2 Adun tersebut ditangguhkan kerana 2 Adun tersebut tidak hadir ke mahkamah. Maklumat yang diterima Adun Changkat Jering sedang tenat di ICU Hospital Selayang, manakala Adun Behrang juga dilaporkan sak...
Saya menggantikan Allahyarham Hj Roslan Shahrom di Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat di Surau Batu 6, Changkat Jering. Allahyarham sepatutnya menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Oleh kerana pemergiannya ke alam baqa' saya diminta oleh pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang menggantikan tempat Allahyarham. Dalam ucapan pengerusi majlis, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham seorang yang cukup disenangi oleh semua lapisan rakyat di Bukit Gantang, seorang yang gigih, cukup wibawa, mudah mesra, tidak sombong, gayanya yang bersahaja, sering memberi khidmat rawatan As Syifa' secara sukarela dan mudah diajak ke setiap program samada yang formal atau yang tidak formal. Perwatakan yang sebeginilah menyebabkan Allahyarham cukup disenangi dfan diterima oleh rakyat Bukit Gantang walaupun bukan anak jati Bukit Gantang.Rakyat Bukit Gantang kehilangan wakilnya yang cukup berkaliber. Sewaktu minum, mereka menyatakan hasrat supaya calon pengantinya yang akan dipilih oleh PAS Pusat hendaklah calon yang...
Orang ramai terpegun apabila Dato' Seri Hj Nizar telah mentalqinkan jenazah Allahyarham Hj Roslan Shahrom di tanah perkuburan Kg Changkat Larang. Kandungan talqin yang disampaikan cukup menyentuh perasaan orang ramai yang mendengarnya, kerana ia bukan sahaja menyentuh perihal si mati, bahkan mengingatkan juga kepada yang masih hidup supaya menghayati tuntutan syahadatain....

ALLAHYARHAM YB ROSLAN AKAN DIKEBUMIKAN LEPAS ASAR PETANG INI

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, February 9, 2009
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Changkat Larang lewat petang ini. Manakala Solat Jenazah akan dilangsungkan jam 6.00 petang di kediaman Allahyarham di Kg. Changkat Larang, Batu Gajah. Allahyarham meninggal dunia pagi tadi setelah diserang penyakit jantung ketika menunggang basikal yang dipinjam dari rakannya. Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian. Jenazahnya kemudian terus di bawa ke Hospital Batu Gajah untuk...

BERITA MENGEJUT YANG MENYEDIHKAN

Dicatat oleh MisbahulMunir
Al Fateehah, YB Hj Roslan Shahrom (MP Bukit Gantang) telah meninggal dunia sebentar tadi apabila terjatuh dari basikal yang dinaiki. Ia disahkan oleh YDP PAS Kawasan Batu Gajah. Jenazahnya sekarang berada di hospital untuk bedah sias...

ISU MOHON SEMBAH DERHAKA

Dicatat oleh MisbahulMunir
Memohon Sembah Derhaka 1Nizar Jamaludin telah mencipta ungkapan yang akan menjadi klasik dan akan menjadi renungan. Ia bertali-tali dalam SMS, diulang sebut dalam Facebook dan lain-lain wahana. Apa yang berlaku adalah proses perundingan dan pentakrifan kolektif budaya politik Melayu.Nizar dititah undur sebagai menteri besar dan menteri besar itu "menyembah mohon derhaka," satu ungkapan yang oxymoron kerana pantang Melayu menderhaka kepada raja. Derhaka dalam erti kata yang mudah adalah tidak patuh kepada raja. Dalam konteks sistem politik dimana sultan memiliki kuasa mutlak derhaka adalah satu perlanggaran yang berat.Tetapi kita tidak hidup dizaman rex non potest peccare - raja tidak melakukan kesalahan, titah raja adalah hukum dan sentiasa benar. Tetapi kini raja diikat oleh perlembagaan. Nizar melakukan sesuatu yang terdapat dalam peruntukan perlembagaan, negeri Perak, perlembagaan yang sama mengikat Sultan Perak. Maka Nizar tidak derhaka. Tetapi Nizar bercakap dengan Sultan, maka laras bahasanya perlulah mengikut...

HJ NAZIR KENA TAHAN POLIS

Dicatat oleh MisbahulMunir
Timbalan Yang Dipertua PAS Beruas, Hj Mohd Nazir bin M.K.M Hameed ditahan oleh polis di rumahnya di Beruas jam 4.30 pagi. Beliau dibawa oleh sepasukan polis ke Ipoh. Hj Nazir adalah antara yang kelihatan dalam satu tunjuk perasaan di hadapan Masjid Ubudiyyah pada hari Jumaat lepas. Sementara itu, tiga orang yang ditahan (OKT) telah dibebaskan dengan ikat jamin. 6 orang lagi masih direman untuk soal siasat. Mereka yang dibebaskan itu ialah Meor Saifizul b. Meor Mohd Amin, Hj Ismail Abdul Kadir dan Mohd Faiz Arsh...
Kediaman rasmi MB mula didatangi orang ramai sejak awal pagi, begitulah setiap hari. Mereka berkunjungan ke rumah MB untuk menyatakan sokongan moral dan simpati terhadap MB dan Kerajaan Pakatan Rakyat. Mereka datang dari pelusuk negeri dan negara. Orang ramai yang berada di kediaman MB diprogramkan dengan solat waktu berjamaah, solat Sunat Hajat, bacaan Yaasin, tazkirah, qiyamullail dan sebagainya.Selepas Asar, halaman rumah MB mula dibanjiri orang ramai, kerana pada sebelah malamnya dianjurkan Himpunan Rakyat bersama Pimpinan Pakatan Rakyat dan YAB MB Perak. Tetamu yang menyampaikan ucapan malam tadi ialah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Awang, YB Dr. Tan Siew Giau dan Tn Hj Azmi Abd Hamid dari Yayasan Amal.Puluhan ribu rakyat memenuhi halaman rumah MB, 3 skrin besar dipasang di beberapa sudut strategi bagi membolehkan orang ramai mengikuti ceramah dan penjelasan isu-isu politik yang berlaku di Perak. Kutipan derma yang berjaya dikutip ialah 13,000.00.Semua penceramah mengupas isu semasa...

DATO' SS MOHON MAAF

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, February 8, 2009
Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri,(SS) Dr. Abdul Rahman Hashim memohon maaf kepada Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin pagi semalam di atas perbuatannya yang kurang ajar dan biadab di pejabat MB Perak hari Jumaat yang lalu. Beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon. Saya sendiri mendengar perbualannya antara Hj Nizar dengan beliau di kediaman MB.Dalam kejadian Jumaat yang lepas, Hj Nizar sedang ditemubual oleh ramai wartawan, Tidak sampai 10 minit kemudian, kedengaran suara yang begitu tinggi, lantang, menengking sampil menepuk-nepuk tangan meneriak para wartawan supaya keluar dari Pejabat MB. Pihak polis turut digunakan untuk menghalau para wartawan. Penasihat undang-undang juga pun ada bersama pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Teman saya Penolong Setiausaha kerajaan bahagian Khidmat Pengurusan turut malu melihat bosnya yang biadab itu.MB Perak ketika itu sedang diwawancara dan merasa kesal di atas sikap SS yang panas baran dan biadab itu. Sebaliknya Hj Nizar tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap beliau,...

SULTAN BOLEH DISAMAN - MAHATHIR

Dicatat oleh MisbahulMunir
KUALA LUMPUR: Undang-undang membolehkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. “Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)… ini undang-undang,” katanya.sumber: malayakita.wordpress....

KU LI PUN KATA HJ NIZAR MASIH MB YANG SAH

Dicatat oleh MisbahulMunir
PETALING JAYA (FEB 7): Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah. “Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. “Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.” Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan...

ANAK PEMANDU MB MATI LEMAS

Dicatat oleh MisbahulMunir
Anak pemandu Dato' Seri Hj Mohammad Nizar (Osman Ladin @Pak Man) telah mati lemas semalam di bekas lombong berhampiran rumahnya di Batu 3, Temoh. Pak Man sendiri hampir lemas untuk menyelamatkan anaknya tetapi sempat diselamtkan oleh anaknya yang lain. Dato' Seri Hj Nizar dan isteri telah menziarahi Pak Man di Hospital dan menghabiskan masa di sana kira-kira 2 jam. Dato' Seri juga melawat tempat berlakunya kejadian dan bersama orang ramai yang sedang mencari mangsa tersebut, 20 minit kemudian dalam perjalanan Dato' Seri pulang, mangsa telah ditemui oleh orang ram...

SUMBANGAN DERMA

Dicatat oleh MisbahulMunir
Pihak PAS Kawasan Kuala Kangsar memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai jaminan 9 orang sahabat seperjuangan, mangsa kezaliman polis, yang telah ditahan oleh polis semasa kejadian tunjuk perasaan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan tempohari. Mereka akan diikat jamin pada 8hb Februari (Ahad) jam 3.30 petang, di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar.Berikut adalah akaun bank untuk sumbangan tersebut:1. Parti Islam Semalaysia Kawasan Kuala Kangsar, RHB Islamic Bankno ac: 2-58187-000009912. Bendahari PAS Kuala KangsarAzmi Kamal, Bank Islam no ac:08040020018015Terima KasihJazakallah khairan khath...

HIMPUNAN RAKYAT PERAK BERSAMA YAB MB PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, February 7, 2009
Malam esok 8hb. Februari 2009 (Ahad malam Isnin) satu Himpunan Rakyat Perak bagi menyatakan sokongan kepada Dato' Seri Hj Nizar mempertahankan dan menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak akan diadakan di Kediaman MB bermula jam 9.00 malam. Turut serta dalam himpunan tersebut ialah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan YB Lim kit Siang. Seluruh rakyat Perak dijemput hadir beramai-ramai. Perhimpunan ini adalah aman, orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan provoka...

MB DI WAWANCARA AL JAZEERA

Dicatat oleh MisbahulMunir
Sebelum Mesyuarat EXCO pagi tadi, YAB MB Perak diwawancara oleh stesyen tv Al Jazeera. MB diwawancara mengenai percaturan dan kedudukan suasana politik di negeri Perak. Dijangka malam ini atau pagi esok stesyen tersebut akan menyiarakann...
Pagi ini YAB MB Perak tetap menjalankan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri di Kediamannya. Mesyuarat hari ini adalah Mesyuarat KHAS EXCO. Mesyuarat tersebut dihadiri 7 0rang EXCO kecuali YB Seah yang memaklumkan ketidak hadirannya disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan. Jumlah tersebut cukup korum bagi membuat keputusan. Keputusan mesyuarat akan diumumkan oleh MB dalam sidang akhbar yang akan diadakan selepas i...

RAKYAT PROTES PENCABULAN DEMOKRASI

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, February 6, 2009
Kuala Kangsar: Selepas Solat Jumaat di Masjid Ubudiyyah, ribuan rakyat berdemontrasi membantah perlantikan MB Perak yang baru di Istana Iskandariyyah, Bukit Chandaan. Rakyat melaung menuntut Tuanku Bubar DUN. Keadaan tidak terkawal apabila orang ramai memenuhi jalanraya. Kederaan yang membawa Menteri, ADUN-ADUN BN terpaksa melalui jalan kampung. FRU terpaksa melepaskan gas pemedih mata, namun orang ramai enggan bersurai. Rakyat semakin berani menyatakan bantahan kepada Raja dengan melaungkan "Ampun Tuanku, Rakyat Nak Pilihanraya, Bubarkan DUN Tuanku", Mereka melaungkan tuntutan tersebut setiap kali kenderaan yang membawa Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui jalan tersebut. Saya percaya mesej rakyat kepada istana sampai kepada baginda. Semuga baginda memikirkan semula rasionalnya tuntutan rakyat. 9 orang telah ditangkap dan dibawa ke IPD, Kuala Kangsar. Mereka ialah Hj Ismail Abd. Kadir, Bad Latif bin Mansur, Isha Riduan b. Ishak, Yusuf bin Jaafar, Meorsafizul bin Meor Mohd Amin, Zaihaizam Zulkifli, Mohd Faiz...

RAKYAT TETAP SAYANG PADA HJ NIZAR

Dicatat oleh MisbahulMunir
Rakyat tetap sayang pada Dato' Seri Hj NizarMB Perak solat Jumaat di Masjid Jalan Dairy, Datuk Zahid Hamidi juga solat di situ. Selepas solat Dato' Seri Hj Nizar dikerumuni oleh ramai, mereka bersalam-salaman dan berpelukan. Masing-masing menyatakan sokongan dan simpati kepada MB dan kerajaan Pakatan Rakyat. Ada yang mengalir air mata manakala laungan takbir bergema di Masjid Jalan Dairy. Datuk Zahid selepas solat terus meninggalkan masjid dan tiada siapa yang mengerumunin...

MB PERAK DIHALAU DARI PEJABATNYA

Dicatat oleh MisbahulMunir
MB Perak telah dilayan dan dihalau dengan tidak sopan oleh Dato' SSKejadian ini berlaku ketika Dato' Seri MB dan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat berada di pejabat Menteri Besar. Ketika itu MB sedang dikerumuni oleh para wartawan yang begitu ramai untuk membuat liputan. Pihak polis turut digunakan oleh Dato' SS setelah pihak keselamatan pejabat SUK tidak sampai hati berbuat demikian. Kedatangan MB dan EXCO disambut dengan mesra oleh pegawai-pegawai keselamatan pejabat SUK, begitu juga pegawai-pegawai kerajaan dan staf-staf pejabat turut menyambut dan ada yang mengiringi MB ke pejabat.Beliau sempat melawat beberapa pejabat EXCO yang lain. Sebahagian pejabat telah dikunci dan tidak dibenarkan masuk, antara pejabat EXCO yang dilawati oleh MB ialah Pejabat Dato' Ngeh Kho Kham, menurut Ngeh, banyak fail-fail di rak fail telah tiada, hanya fail dan dokumen peribadi Ngeh sahaja yang ditinggalkan atas meja.Seketika sebelum meninggalkan bangunan SUK, pegawai-pegawai kerajaan dan staf-staf pejabat mengerumuni dan bersalaman dengan...

BN RAMPAS KUASA RAKYAT

Dicatat oleh MisbahulMunir
Hari ini berlaku sejarah hitam dalam demokrasi di Perak apabila BN dengan cara haram membentuk kerajaan haram di Perak. Rakyat kesal dan kecewa dengan situasi politik seumpama ini. Rakyat hanya mahu mereka diberi mandat bagi memilih kerajaan baru setelah berlaku lompatan parti dengan cara yang begitu jijik dan jelik. Barangkali rakyat kurang marah kalau ADUN melompat ke parti lawan dengan kehendaknya sendiri, bukan dengan sogokan dan ugutan. Kita percaya ADUN-ADUN tersebut meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) adalah melalui satu perancangan kotor dan jahat mereka. Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, akuan bersumpah Fauzi Muda (bekas Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat) dan pengakuan beberapa ADUN PKR di mana mereka ditawarkan jutaan ringgit sekiranya melompat ke pihak lawan.Justeru itu, jalan yang paling adil mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak ialah Pembubaran DUN. Kerajaan melalui Menteri Besar hendaklah menasihati Sultan mohon perkenan supaya DUN dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya diadakan di seluruh...

RIBUAN RAKYAT BERKUMPUL DI KEDIAMAN MB

Dicatat oleh MisbahulMunir
10 Ribu rakyat Solat Hajat dan BermunajatLebih 10 ribu rakyat berbilang kaum berkumpul di kediaman MB mulai Maghrib lagi. Yang Muslim telah menunakan Solat Maghrib berjamaah serta menunaikan Solat Hajat dan Munajat memohon kepada Allah swt. agar Kerajaan Pakatan Rakyat diselamatkan dari angkara jahat UMNO BN. Munajat yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mustapha Shaari (AJK Dewan Ulama PAS Perak) cukup menusuk qalbu, sehingga ramai yang menitis air mata dan ada juga yang teresak-esak. Dewan persidangan di kediaman MB penuh sesak sehingga melimpah keluar. Rakyat datang dari pelusuk negeri Perak dan luar Perak.Selepas Solat Isya' beberapa ADUN dan pimpinan Pakatan Rakyat telah menyampaikan ucapan termasuk YAB MB Perak. Ucapan-ucapan mereka membakar semangat bagi mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.ADUN-ADUN PAKATAN RAKYAT BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH MENTERI BESAR BARU (HARAM)Dalam mesyuarat ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di kediaman MB, mereka bersetuju untuk memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar haram yang...

TERKINI DI PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, February 5, 2009
YAB MB PERAK UTUS SURAT PADA TUANKUWarkah YAB MB Perak kepada TuankuAmpuan Tuanku,Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.Ampuan Tuanku, Merafa' sembah memaklumkan perkembangan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive...

PERKEMBANGAN TERKINI DI PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir
PIMPINAN PAKATAN RAKYAT BERKUMPUL DI RUMAH MB Petang ini seluruh Pimpinan PAS Pusat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pimpinan tertinggi ketiag-tiga parti. Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang yang baru pulang dari Gaza tanpa berehat panjang terus bergegas ke Perak. Mereka akan berbincang bagi mementukan tindakan seterusnya bagi menyelamatkan demokrasi dan mempertahankan hak rakyat. Turut hadir YAB MB Selangor, Kedah dan Ketua Menteri Pulau Pinang. SOLAT HAJAT DAN MUNAJAT PERDANA DI STADIUM NEGERI Solat Hajat dan Munajat Perdana yang bertukar dari Kuala Kangsar ke Kediaman MB bertukar ke Stadium Negeri atas nasihat pihak keselamatan. Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan provokasi, kekacuan dan bertindak diluar batasan undang-undang. Rakyat Perak diminta bertenang, berdoa dan solat hajat memohon kepada Allah swt supaya Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dipertahankan. Solat Hajat dan Munajat Perdana akan dipimpin oleh Dauk Tuan Guru Presiden. Semua pimpinan tertinggi dan MB akan memberi...

DUN BELUM BUBAR LAGI

Dicatat oleh MisbahulMunir
Sehingga sekarang pembubaran DUN belum berlaku lagi, Tuanku masih belum perkenan. Malahan Tuanku meminta MB letak jawatan. MB bertegas tidak akan meletak jawatan. Manakala kerajaan BN belum boleh dibentuk di Perak. Namun kerajaan Pakatan Rakyat masih sah di sudut undang-undang. Menurut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, 3 cara sahaja boleh menukar kerajaan. Pertama : Melalui pembubaran DUN, MB Perak menasihati Paduka Seri Sultan Perak supaya membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya peringkat negeri diadakan dan memberi mandat rakyat memilih kerajaan yang baru. Kedua : MB Perak dan semua EXCO meletakan jawatan dan menyerahkan jawatan kepada parti yang mendapat kerusi majoriti memerintah Perak. Ketiga: Melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Sekirnya pilihan pertama dan kedua tidak berlaku, rakyat kena menunggu sidang Dewan Undangan Negeri dipanggil bagi membolehkan Usul Undi tidak percaya dibentangkan. Justeru itu, selagi Sidang DUN belum bersidang dan Usul Undi tidak dibentangkan dan mendapat...
PERUTUSAN MURSYIDUL AM PAS MENGENAI ISU PERAK RAJA DAN DEMOKRASI 1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an. 2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.” 3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan....

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!