MB DAN ISTERI TAK MOHON TUNAIKAN IBADAT HAJI

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, October 30, 2008
IPOH: “Saya tidak memohon menunai ibadat haji tahun ini, begitu juga isteri saya,” kata Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.Sambil menafikan laporan akhbar (Utusan Malaysia) bahawa beliau dan isteri akan ke tanah suci tahun ini, beliau meminta wartawan yang hadhir bertanyakan hal itu pada Utusan Malaysia.” Saya dah tunaikan ibadat haji. Jadi saya cuma menyokong permohonan mereka yang mahu menunaikan ibadat haji tahun ini,” kata beliau.Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, beliau meluluskan 22 permohonan rombongan mengerjakan haji dari Nizar, termasuk Nizar dan isteri.Zahid juga berkata, ” haji bukan agenda politik. Saya mahu masyarakat tahu walaupun dari parti politik berbeza, saya mengambil pertimbangan agama.Nizar, bagaimanapun mengucapkan terima kasih pada Zahid kerana memberi kesempatan dan menerima baik permohonan 22 anggota rombongan dari pejabatnya dan berharap Zahid mengotakan kata-kata bahawa beliau (Zahid) akan sentiasa mengambil...

Kuota Haji MB Perak

Dicatat oleh MisbahulMunir
Saya ucap terima kasih kepada Datuk Zahid kerana meluluskan senarai nama dari YAB MB Perak yang akan mengerjakan haji tahun ini. Saya juga ucapkan terima kasih kerana mengistiharkan dalam ucapannya di Perak baru-baru ini, keluar dalam akhbar arus perdana. Ada juga yang tak betul faktanya, Utusan Malaysia melaporkan MB Perak dan Isteri akan pergi mengerjakan haji, sebenarnya mereka berdua tak pergi.Nama saya juga disebut oleh Datuk Zahid dalam pengistiharannya itu, saya pun hairan, besar sangatkah saya Setpol MB Perak sehingga diistiharkan oleh Datuk Zahid dalam satu majlis yang besar di Ipoh, Saya tidak tahu apa maksud tujuannya beliau berbuat demikian. Tetapi ada hikmahnya, tak perlu saya buang duit hantar mesej pada saudara mara, rakan taulan, sahabat handai yang saya akan mengerjakan bersama isteri haji tahun ini. Datuk Zahid dah tolong istihar. Dalam seminggu ini, saya jadi popular lagi sekali, dulu Ketua Pemuda UMNO Perak popularkan saya dengan laporan salah guna kuasa kepada BPR, sehari dua ini Datuk Zahid Popularkan...

Kenapa makan tangan kiri

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, October 29, 2008
Maaf, kalau perbuatan itu nampak tak elok dan menjatuhkan maruah. Sepanjang perjalanan dalam fligt Saya tak sihat badan, sebaik pramugari beri air mineral dan ubat, tangan kanan memegang ubat dan menyuap ke mulut, tangan kiri pula pegang air, lantas secara tak sengaja sebaik ubat disuap ke mulut, tangan kiri yang sedang memegang air pun menuang air ke mulut. Itu sahaja penjelasan sahaja. Sama juga macam orang makan nasi dengan sudu dan garfu, cuba perhatikan mereka makan, sekali-kali tangan kiri yang memegang garfu turut juga menyuap makanan ke mulut, serupa juga kita sedang makan dengan tangan, tangan kanan dipenuhi dengan sisa-sisa makanan dan kuah, tiba-tiba tercekik atau tersedak, tangan kiri dengan tak sengaja juga menjamah cawan atau gelas dan menyua ke mulut. Kawan saya pun ambil gambar. Jadi maafkanlah saya ye. Tak payah padam pun tak apa. Saya bukan hipokrit. Cerita apa yang sebenarnya. Terima kasih kerana meneg...

Kami ke Pakistan tidak guna duit Kerajaan atau Parti.

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, October 28, 2008
Ramai yang hantar mesej pada saya, dan ada juga yang kemukakan soalan dalam blog saya apabila berita MB Perak dan saya menyertai ijtima' Jamiat Islami di Lahore, Pakistan . Mereka bertanya siapa yang membiayai perbelanjaan tambang dan segala kos di sana. Terima kasih di atas persoalan tersebut.Saya nak jelaskan bahawa kos tambang kami di sana tidak dibiayai oleh parti dan kerajaan. Kami guna duit sendiri. Saya diberitahu oleh pegawai di pejabat MB, kalau MB ada jemputan rasmi dari pihak penganjur di Pakistan, MB boleh menggunakan peruntukan kerajaan, naik pesawat first class atau bisnes class, saya sebagai SETPOL MB yang mengiring MB juga boleh mengunakan peruntukan tersebut, bahkan sepanjang di Pakistan, boleh tuntut elaun harian dan elaun-elaun yang lain.Tetapi kami tidak berbuat demikian. Saya tanya pegawai di pejabat MB, kami pergi mewakili parti, boleh guna peruntukan kerajaan ke, dia jawab kalau ada jemputan rasmi sebagai MB mewakili kerajaan Perak, boleh guna peruntukan tersebut. Saya boleh berbuat demikian...

Wartawan bekas banduan memeluk Islam

Dicatat oleh MisbahulMunir
Wartawan wanita yang pernah ditahan di Penjara Afhganistan oleh Taliban, turut menyampaikan ucapan, yang mengajak dunia Islam yang dikepalai oleh Gerakan Islam supaya bangkit menerajui perubahan dgn menolak hegemoni barat.Masyarakat Barat telah menggambarkan kononnya wartawan tersebut diberikan layanan buruk sepanjang dalam tahanan ; tetapi apabila keluar penjara, wartawan tersebut telah bercerita yang sebaliknya.Beliau telah menceritakan...

MB Nizar buat kejutan di Pakistan

Dicatat oleh MisbahulMunir
MB Perak, Nizar, turut meluangkan masa dengan berjalan-jalan di bazar awam untuk membeli belah dan sempat menjamu selera di tempat awam bersama rakyat Pakistan kelas bawahan.Keadaan ini cukup mengejutkan pemimpin gerakan Islam yang lain, kerana tidak ada dalam dunia hari ini, pemimpin besar sanggup membeli belah di tempat-tempat awam melainkan di shoping kompleks yang exklusif.Mereka juga terkejut MB Perak datang ke Pakistan tanpa pengawal-pengawal...
Setpol MB, Misbahul Munir yang turut mengiringi MB Perak ke Lahore , Pakistan telah sempat membisikan harapannya kepada Pengerusi PKR negeri Perak yang ikut berkunjung kesana, Tn Hj Ismail Yusof dengan berkata," Kalaulah PAS dan PKR berjaya menghimpunkan separuh dari 500 ribu manusia di setiap perhimpunan ; pasti sudah lama BN bungkus!”Dilaporkan lebih 500 ribu rakyat Pakistan berhimpun sejak 23hb sewaktu ljtima Jamae Am di Lahore, Pakistan...
MB Perak dan seluruh pemimpin gerakan Islam dunia turut diraikan oleh Ketua Menteri Negeri Punjab di kediaman rasmi beliau.MB Perak diberi penghormatan menyampaikan ucapan mewakili semua tokoh-tokoh Islam yg lain.Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada Qadhi Husein (Amir jamiat Islami Pakistan) yang berjaya menganjurkan Ijtima Am dan Berjaya menghimpunkan tokoh-tokoh gerakan Islam sedunia.Nizar mengajak supaya Islam dijadikan...

MB Perak dalam Muktamar & Ijtima' Jamiat Islami di Lahore Pakistan.

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, October 26, 2008
Muktamar Jamiat Islami yang sedang berlangsung mulai 24 - 27hb. November ini di Lahore Pakistan, dihadiri oleh kira-kira 500 ribu ahli dari seluruh Pakistan. Turut dijemput tokoh-tokoh gerakan Islam dari seluruh dunia.Antara tetamu istimewa yang memenuhi undanagan ke muktamar tersebut ialah Dato' Presiden PAS Pusat. Tn Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Nizar ,Setpol kepada MB Perak, Misbahul Munir turut mengiringi...

Dakwa saya jika benar saya bersalah

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, October 24, 2008
Sila dakwa saya di mahkamah jika benar saya telah menyalahgunakan kuasa! Saya sedang berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan liar yang di lontarkanke atas sya Dua orang pegawai BPR telah berkunjung ke pejabat saya baru-baru ini pada Rabu, 22 Oktober lalu, jam lebih kurang 10.00 pagi.Dua orang pegawai BPR telah berkunjung ke pejabat saya baru-baru ini pada Rabu, 22 Oktober lalu, jam lebih kurang...

MAIP terima RM 5.5 Juta wang zakat

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, October 22, 2008
Sempena mesyuarat Majlis Agama Islam Perak ( MAIP ) pagi kelmarin, yang diadakan di bangunan Kompleks Islam Perak Darul Ridzuan , YAB Dato Seri Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin selaku pengerusi State Agricultural Development Corporation ( SADC ) atau Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak ; dan juga Lembaga Air Perak ( LAP ) telah mempersembahkan kebawah Duli Tuanku Raja Muda Perak, Dr Nazrin Shah, wang zakat perniagaan...

Misbahul Munir akan saman Zainol Padzi

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, October 18, 2008
Ipoh , 18 Okt : Dalam satu kenyataan yang dibuat lewat petang ini, Ustaz Misbahul Munir menyatakan kesalnya terhadap satu ‘Aduan BPR’ yang dilakukan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin dan Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik dan Labu Kubong, Suib Sulaiman.Dalam satu sidang akhbar yang dibuat sebelum ini, Misbah menganggap tindakan mereka yang membuat laporan...

Exco Umno salah guna kuasa

Dicatat oleh MisbahulMunir
Umno, dengan menggunakan kedudukan sebagai Exco meminta JPN negeri menukarkan 4 orang guru keluar daripada Daerah Perak Tengah hanya kerana mereka dianggap penentang kuat parti Umno.Lihat campurtangan Exco Umno di s...

CUKAI PINTU CERITA KOSONG

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, October 17, 2008
October 17, 2008 IPOH: Kadangkala timbul rasa hairan dengan sikap manusia yang sengaja cuba sensasikan sesuatu isu dengan menyorokkan beberapa fakta benar bagi mengelirukan dan mempengaruhi pembaca agar mempercayai apa yang dipaparkan.Semuga Allah memberi petunjuk pada manusia seumpama ini agar sempat bertaubat. Kerja-kerja seumpama ini adalah kerja wartawan akhbar cetak mahupun elektronik. Bagaimanpun mereka ini dengan selama berkata bahawa slanting of stories or planting adalah kerja editor mereka. Walhal mereka juga turut terbabit.Saya tertarik dengan kisah terbaru kes kononnya tiba-tiba cukai pintu di Bandar Baru Sri Klebang meningkat sebanyak 500 peratus bermula November ini. Lucu dan cerita yang tidak berasas ini direka sedemikian rupa bagi mengambarkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak tidak bertanggungjawab dan berbuat sesuka hati. Menurut laporan Utusan Malaysia semalam, Lot 186990 hanya dikenakan cukai tahunan sebanyak RM108.80 sebelum ini tetapi pemiliknya tiba-tiba menerima kenaikan cukai tanah 500 peratus.Kalau...

Misbah nafi Salahguna Kuasa

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, October 16, 2008
Kenyataan akhbar Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir Bin Masduki16HB OKT 2008Dukacita saya melihat dakwaan atau tuduhan yang sebgaja dibuat-buat dan dilemparkan oleh UMNO iaitu oleh YB terhadap saya pada hari ini dengan melaporkan pada Badan Pencegah Rasuah kononnya saya telah menyalahgunakan kuasa. Lihat siniSayugia diingatkan bahawa tindakan itu hanya sekadar satu gimik politik murahan Umno, khususnya untuk...
Zainol Fadzli menunjukan dokumen bukti penyalahgunaankuasa yang dilakukan oleh Setpol MB Perak,Ust Misbahul MunirAnggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin telah membuat laporan terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir di ibu pejabat BPR Perak atas dakwaan salah guna kuasa di sini Dokumen yang membuktikan salah laku Misbah?Misbahul Munir didakwa telah mengarahkan Pengarah JPS...

PULUHAN RUMAH DILANDA BANJIR DI LAWIN

Dicatat oleh MisbahulMunir
Setiausaha Politik Menteri Besar Perak UstazMohd Misbahul Munir Masduki menyerahkan sumbanganwang tunai bagi pihak Menteri Besar kepadasalah seorang mangsa banjir di Kampung Lawin, GrikOctober 15, 2008 GRIK : Sebanyak 50 keluarga di Kampung Lawin, dekat sini kemusnahan harta benda teutama perkakasan rumah apabila rumah mereka dilanda banjir pada Selasa.Kebanyakan daripada mereka yang menetap di kawasan lembah berhampiran aliran sungai...

Meriah Pemimpin bersama rakyat di Sungai Rokam

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, October 13, 2008
Oleh alhusseynIpoh, 11 Oktober : Sambutan Hari Raya yang diadakan di Dewan Orang Ramai Sungai Rokam, anjuran bersama JKKK Kg Sungai Rokam, Pejabat Agama Islam Daerah Ipoh dan Parlimen Gopeng telah berjaya menarik kehadiran lebih dua ribu masyarakat tempatan berbilang kaum untuk berkumpul dan bermesra bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tersebut.Majlis yang dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perak bersama isterinya, Datin Seri Fatimah...

Jepun akan melabur di Perak

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, October 11, 2008
Duta Besar Jepun Ke Malaysia , Masahiko Horie dan isteri Mrs. Yoko Horie telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Perak baru-baru ini.Duta tersebut dalam pertemuan dengan Menteri Besar dan Exco telah menyatakan hasrat untuk melabur di negeri Perak.Pertemuan tersebut dipercayai akan lebih mengeratkan lagi hubungan dagangan antara Jepun dan negeri Perak di masa hadapan.Beliau mengharapkan agar Perak akan terus dimajukan...

ISU TAPAK PEJABAT AGAMA SUNGAI SIPUT

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, October 10, 2008
Isu ini tersebar dalam SMS sehingga ada pimpinan PAS juga bertanyakan kebenaran mesej dari SMS tersebut kepada saya. Ada yang terus melemparkan tohmahan dengan menuduh MB Perak dan EXCO Islam tunduk dengan kehendak DAP, kepentinggan Islam dipinggirkan kerana menurut kehendak DAP dan kaum Cina.Sebenarnya kerajaan BN yang terdahulu telah meluluskan tapak tersebut bagi pembinaan sebuah pejabat Agama di Sungai Siput sekiranya nanti Sg Siput dinaikan taraf sebagai sebuah daerah.Tapak tersebut tidaklah luas sangat , lebih kurang ¼ ekar sahaja luasnya. Lokasinya pula sangat tidak strategic, terletak di celah-celah sekolah jenis kebangsaan Cina, dewan tokong dan tadika perpaduan. Lokasinya juga tidak kelihatan dari jalanraya. Projek pembinaannya pula menunggu sehingga Sg Siput naik taraf menjadi sebuah daerah.Oleh kerana kedudukan yang cukup tidak strategic, kerajaan negeri yang baru telah mencadangkan lokasi lain yang lebih luas dan besar serta berhampiran dengan masjid Sungai Siput. Tapak tersebut pula diberi pula kepada...

Mangsa Kebakaran di Kg Ngor, Sauk diabaikan

Dicatat oleh MisbahulMunir
Saya membaca di laman blog perakekpress.com, bahawa ada tiga mangsa kebakaran 3 bulan yang lalu diabaikan oleh Kerajaan Perak, sehingga mereka masih lagi tinggal di dewan orang ramai. Saya berjanji akan menyiasat kes ini. Sebaik membaca berita tersebut, saya telah mengubungi Pegawai Khas EXCO Kebajikan supaya menyiasat kes ini. Sekiranya benar berita tersebut, terus ambil tindakan. Selama ini, kalau berlaku apa sahaja musibah, mesej pasti akan sampai kepada saya atau pegawai-pegawai MB yang lain walaupun berlaku di tempat yang jauh. Biasanya terus ada tindakan samada pihak parti ataupun kerajaan.Saya mohon kemaafan kalau pengabaian ini kerana kealpaan ka...

MANGSA RIBUT DI FELDA NASARUDDIN DIBANTU

Dicatat oleh MisbahulMunir
Kerajaan Pakatan Rakyat dan PAS telah menghulurkan bantuan kepada 100 lebih mangsa rebut yang melanda penduduk di Felda Nasaruddin, Bota 2 hari yang lepas. MB Perak sendiri memperuntukkan 12 ribu untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa tersebut, manakala PAS Perak turut menyumbang 10 ribu lebih bagi tujuan yang sama.Turut membantu ialah PAS Kawasan Parit dan Unit Amal Perak yang sejak petang hari kejadian telah bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa...

RADIO PERAK TIDAK HORMATI YAB MB PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir
Aidil Fitri adalah ruang dan peluang terbaik untuk seluruh rakyat negeri Perak mendengar amanat Menteri Besarnya yang sangat disayanginya itu. Namun peluang itu dinafikan oleh Radio 3 negeri Perak apabila stesyen radio itu tidak memberi peluang kepada YAB MB Perak menyampaikan ucapan hari raya.Rakyat Perak terkejut, terkilan dan hairan terhadap sikap Radio 3 Perak tersebut. Sebagai MB sudah tentu, beliau ingin menyampaikan ucapan hari raya, menyampaikan amanat-amanat penting yang berupa nasihat kepada rakyat agar menghayati dan menyelami falsafah syawalmemohon maaf bagi pihak kerajaan Pakatan Rakyat terhadap salah dan silap sepanjang diberi mandat dan amanah oleh rakyat bagi menerajui kerajaan.Sebaliknya, radio 3 Perak memberi peluang kepada pegawai –pegawai tinggi kerajaan yang lain menyampaikan ucapan hari raya. Kita tidak berdengki dalam hal ini. Persoalannya siapa pemimpin kerajaan di Perak sebenarnya, siapa yang diberi mandat oleh rakyat untuk memimpin negeri Perak, siapa yang bertanggungjawab ke atas kebajikan...

30 Ribu di Rumah Terbuka Nizar

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, October 3, 2008
Ipoh, 1 Okt : Lebih 30,000 rakyat pelbagai lapisan menghadiri rumah terbuka Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamamad Nizar Jamaluddin di kediaman rasminya di sini hari ini sempena Hari Raya Aidil Fitri. Satu angka besar yang di luar jangkaan.Nizar dan isteri Datin Seri Fatimah Taat telah meluangkan masa selama lebih tiga jam untuk beramah mesra dan bersalaman dengan para tetamu yang bermula jam 2 petang hingga 5 petang. Tetamu bagaimanapun...

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!